Friday, April 30, 2010

belum sempat

...belum sempat untuk mengatakan apa2..dia terus pergi meninggalkan aku sendiri..yg penuh dengan kelukaan dihati...diri ini inginkan kedamaian agar tiada lagi kemusnahan diri dan perhubungan...tapi...belum sempat mengaturkan senyuman..airmata bercucuran laju jatuh membasahi pipi ini..entah mengapa terlalu pilu hati ini kerna tiada siapa yang memperdulikan hati yg sekian lama terguris...entah mengapa senang saja hati ini disakiti..puas aku tafsirkan apa kehendak naluri ini..yang ku tahu...sebak didada yang masih belum terubat hampir parah...ku pasrah dengan segala suratan yang telah tertulis di sudut kehidupan ku kini...ALHAMDULILLAH pada ALLAH YG MAHA MENGUASAI...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, April 29, 2010

Hadis : Empat kunci kebahagiaan

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Kau bukan milikku

Cinta ini, biarku tahan..walaupun suatu waktu nanti, ku akan bertemu dengan seseorang insan yang tidak kurasakan bagaimana perasaan Cinta ku padamu, akan ku tahan perasaan itu..ku terima cintanya demi untuk memadamkan rinduku padamu. Dan sayang serta cintaku padamu.. Ku akan harungi ini lagi. Semuanya ini telahku harungi. Kepahitan ini bukan untuk selama-lamanya. Dan hanya kesabaran yang membuatkan jiwaku terasa damai. Demi untuk menyambung hidup yang kesepian tanpa cinta, sudahku tempuhi. Dan kuredha ini terjadi.Ku korbankan perasaan ini demi mu. Terima kasih kerna kau sudi mengerti perasaan ini setelah kau membaca luahan coretan ini. Dan bahagialah kau bersama dengannya KEKASIHMU. Sayangi dia seadanya. Terimalah cintanya. Keakhir hanyat ini akan ku titipkan rinduku padamu.. Seandainya terasa dipipimu angin yang sekali meniup di wajahmu..itulah rinduku padamu…


-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, April 26, 2010

Jangan Biarkan Cinta Pergi.....?

"Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
,
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya.

Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati......"

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, April 24, 2010

penatnyer.........

hari nie penat sangat2......dari pagi tadi bangun awal sebab nak masuk exam MUET dari kul 8 sampai kul 1 petang...masa exam MUET, ntah apa2 aku p jawab....soalan nmpak mengelirukan lah...writing ok sikit...reading tue aku rasa ada problem ckit...masa aku jawab tadi alhamdulillah cun2 lah jugak...dah usaha, so tawakkal jak lah...

petang plak g pantai kaul lagi...xda apa2 pun kat sana...just jalan2 jak..nak cari kawan tapi x jumpa,...so, petang cikit, balik lah g poli balik...hhhmmm...penattt....hehehe....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, April 22, 2010

BELAJAR DARI YG TLH BELAJAR...

Menurut Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Sebagai seorang pelajar, kita menang masih belajar dan pasti akan membuat kesilapan. Dalam usia yang masih muda juga ada banyak lagi perkara dalam hidup yang tidak diketahui oleh kita. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk belajar dan mengurangkan kesilapan ialah dengan belajar daripada mereka yang telah pun melalui yang akan kita lalui.

Jadi nasihat-nasihat daripada orang yang lebih dewasa daripada kita, yang lebih bijak daripada kita dan yang lebih berpengalaman daripada kita perlu kita dengar. Kebijaksanaan dan pengalaman mereka ini dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Adakalanya kita memang perlu mendapatkan nasihat daripada mereka ini.

Setiap orang yang berjaya ada mentor masing-masing. Daripada mentor tersebutlah mereka mendapatkan pelbagai nasihat berkaitan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Malang sekali ada juga di kalangan pelajar yang sama ada sombong tidak mahu mendengar nasihat atau pun bodoh tidak mahu mengikut nasihat. Ini bertepatan sekali dengan satu bidalan Melayu, "Bodoh tak dengar kata, cerdik tak boleh ikut".

Oleh itu kita perlulah belajar dengan orang telah belajar terlebih dahulu daripada kita.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, April 21, 2010

…GIRL…

When GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind…

When GIRL is not arguing,
She is thinking deeply…

When a GIRL looks at you with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around…

When a GIRL answer’s “I’m fine” after a few seconds,
She is not at all fine…

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying…

When a GIRL on your chest,
She is wishing for you to be her’s forever …

When a GIRL calls you every day,
She is seeking for your attention…

When a GIRL sms’s you everyday,
She want you to reply at least once…

When a GIRL say’s I LOVE YOU,
She means it…

When a GIRL says that she can’t live without you,
She has made up her mind that you are her future…

When a GIRL say’s I MISS YOU,
No one in this world can miss you more than her…

-THE OTHER SIDE OF ME-

….BOY…

When a BOY is quiet
He has nothing to say

When a BOY is not arguing
He not in the mood of arguing

When a boy looks at you with eyes full of questions
He is really confused

When a BOY answer’s “I’m fine” after a few seconds,
He is actually fine…

When a boy stares of you,
He is either amazed or angry..

When a BOY lays in your lap,
He is wishing for you to be his forever…

When a BOY calls you every day,
He is spending a lot of talk time to get your attention…

When a BOY sms’s you everyday,
He is forwarding them…

When a BOY say’s I LOVE YOU,
It’s not the first time..

When a BOY say’s he can’t live without you,
He has made up his mind that you are his for at least one week….

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, April 20, 2010

Surat Buat Gadisku

Segala pujian ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namaNya ku mulai suratku ini. Selawat dan salam ku hulurkan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah, keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya ku atur risalah ini…Khas Untukmu Wahai Gadisku!!!
Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai Gadisku.. Aku sedar tentang ilmuku tentang tubuhmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah, akal dan jiwa halusmu. Ku akur kekuranganku tentangmu. Maka di awal suratku ini, ku susun sepuluh jari meminta maaf darimu…kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu atau mencemarkan kesucian fitrahmu atau meleset dari hakikat dirimu.

Aku tahu, sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu. Bukan aku!!!! Orang yang berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku. sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apalagi mengoreksi lahir batinmu. Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku disini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering tenggelam timbul dalam benakku. dan kalau sesekali aku tersinggung tentang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima, bukan?

Wahai Gadisku,

Ketika aku mengingati kalimah berikut ini…………….(wahai sekalian manusia, takutlah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1. Atau………..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr Mustafa Assiba’iy m/s 15, riwayat Ahmad……..seringkali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tidak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya kemana perginya perasaan simpati mereka terhadap saudara sendiri? Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka telah ketandusan sifat kemanusiaan mereka atau memang mereka kehilangan sifat itu?……………………Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!

Adakalanya aku juga terfikir kenapa perempuan seringkali menjadi mangsa lelaki? dan bukan lelaki menjadi mangsa perempuan? Atau………..lelaki juga menjadi mangsa???????????? Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Aku kesal…

Wahai Gadisku

Aku turut bimbang, kau yang ku cintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecapi nikmat cinta. kemudian terseret ke alam percintaan dan kesudahannya ketagih cinta!!! Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad “pesakit cinta”. Aku teringat ungkapan Bapak Hamka dalam sebuah bukunya…………….”cinta itu suatu penyakit tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh! Ganjil bukan?”

Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta atau dijangkiti penyakit cinta jangan di usik-usik. Tak usah dirawat-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta. Kenapa? Kerana orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatan diceroboh, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “MEMPERTAHANKAN HAK PERIBADI” katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun atau puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api cinta yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu!!! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu didada!!!!!!!!!!!

Inilah yang aku takut!!!! Inilah yang aku bimbang!!!!!!!!!!

Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!!!!!!!!!!!!!!

Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agong di dalam surah Az-Zukhruf (perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”…….jangan-jangan dikau yang ku cintai di alam ini tanpa restu Tuhan menjadi musuh di akhirat kelak. dan aku yang kau senangi di dunia ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika bercinta sementara merana selama-lamanya!!!

Dan kepahitan yang paling awal ketika itu ialah keterlanjuran yang tidak mampu dikawal iaitu ketika nafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku bimbang dan aku takut kalau-kalau gadisku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan……….maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan atau di atas kesilapannya membuka gawang!
Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi 3 kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ibu bapanya yang melahir dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah.

Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuananmu sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.

Wahai Gadisku

Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan bertemu. semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita asal saja kita boleh bersama di bawah payung Allah disaat tiada lagi payung lain selain payungNya.
Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi? Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di akhirat nanti.
Biarlah aku menyintaimu tanpa mengetahui namamu siapa. Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu. Dan biarlah kau juga seumpamaku………….

Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra atau Maryam al-Butuul atau Nasibah atau Rabi’ah Adawiyyah atau Zainab al-Ghazali atau Hamidah qutb dan seumpamanya. Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah “rupa paras” nya yang menawan.

Biarku petik secebis “rupa paras” mereka itu untuk modelmu.
Nama Rabi’ah Adawiyah sesungguhnya amat cocok dengan ‘rupa paras’ berikut ini:
Suatu hari, Hasan al-Basri bersama 2 sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka dengan baik tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan al-Basri menjawab : “Nafsu lelaki ada satu manakala nafsu perempuan sembilan nafsu”. Lalu Rabi’ah menjawab ” Jika benar demikian,kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian? Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan al-Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, April 19, 2010

KERANA DIA...

Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya. Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan penuh indah.

jika cinta itu di tangisi dengan air mata maka tinggalkan lah cinta itu
cinta itu bukan untuk di tangisi malah ia dicipta utk di nikmati
maka nikmatilah anugerah cinta itu dengan bijak dan terbaik.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga
Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya
Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir
kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Andainya dikau jodohku yang tertulis di loh mahfuz,
Allah pasti akan mencampakkan rase kasih sayang dalam hatiku,
dan jua hatimu.

-THE OTHER SIDE OF ME-

PENTAS PERDEBATAN...

Alhamdulillah akhirnya aku Berjaya menghabiskan nafas terakhirku di pentas perdebatan ..gerai pun menang jugak…dapat kategori promosi terhebat..thanks a lot my frenz..walaupun agak sedikit kecundang kerana hanya mendapat tempat sebagai naib johan, namun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bertanding bagi pihak jabatan perdagangan..pada mulanya team kami yang menentang team jabatan kejuruteraan mekanikal menjadi johan di semi final yang bangunnya aku membentangkan hujah sebagai ketua pembangkang, seterusya rudy sebagai pembangkang ke-2 yang melontarkan hujah di bawah dua kata kunci.. kejayaan kami di semi final ini juga tidak disangka2 menjadi kenyataan..namun pada peringakat akhir, team kami gagal berhadapan dengan team jabatan kejuruteraan teknologi maklumat dan komunikasi..kedua2 pihak lawan agak terkilan apabila tajuk yang diberikan adalah pada saat-saat akhir dan spontan yang bagi aku langsung tidak masuk akal dan akan menyebabkan aku dan ahli team yang lain hilang tumpuan.. walau bagaimanapun aku bangga dengan kejayaan yang ada..alhamdulillah…marilah baca teks ucapan aku sebagai ketua pembangkang..
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim…………………
Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum kata mengatur bicara….
Assalamualaikum..salam sejahtera,salam 1 malaysia dan selamat bersidang saya ucapkan…
Terima kasih YB tuan Yg Dipertua , penjaga masa yang begitu setia dengan waktunya..rakan-rakan barisan kontradiksi, jemaah cabinet kerajaan, seterusnya ahli-ahli dewan yang dihormati …
TUAN YG DIPERTUA,
Usul masih tetap sama iaitu penggunaan telefon bimbit di tempat awam adalah dilarang. Namun sebagai pihak kontradiksi yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di Negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan pihak kerajaan.
Sebentar tadi, YAB PM telah membentang satu usul iaitu……………………………………………...................
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Namun setelah kami kaji dan kami telusuri terdapat kelemahan dan ketidak relevanan usul kerajaan pd hari ini dengan izin YDipertua kami memohon membangkang dan menolak usul kerajaan.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan
YB PM yang sebentar tadi telah memberikan definisi dan takrifan usul kita pd hari ini.
Kami barisan pembangkang menerima dengan sedikit pindaan definisi usul pihak kerajaan
Izinkan saya yg dipertua, saya mohon untuk meminda frasa . Kontradiksi Kami mentakrifkan frasa penggunaan telefon bimbit di tempat awam adalah dibenarkan. Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu, Wikipedia Malaysia,Telefon bimbit yang berasal daripada bhsa Greek yg bermaksud (tele iaitu jauh ) (manakala phone iaitu suara). Telefon bimbit pula ditakrifkan sebagai (telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) Manakala tempat awam pula adalah tempat yang sering dikunjungi oleh masyarakat.
Rasionalnya penggunaan telefon bimbit di tempat awam adalah dibenarkan dan diberikan keutamaan kata kunci yang kukuh untuk terus dipergetuhkan .
Oleh itu saya memohon ahli-ahli dewan menerima pindaan definisi pihak pembangkang
Tuan Yg dipertua dan ahli2 dewan

pihak pembangkang telah meletakkan satu premis yang simplistic iaitu “penggunaan telefon bimbit dibolehkan penggunaannya di tempat awam”
Rasionalnya ialah telefon bimbit menjadi alat peranti yang amat penting bagi rakyat Malaysia dalam hal-hal seperti kecemasan dan perhubungan talian antara dua pihak pada masa-masa yang bernas.
Untuk mengukuhkan premis pihak pembangkang bagi menolak usul, kami telah meletakkan 3 strategi utama iaitu, saya selaku ketua pembangkang akan membentangkan hujah pertama di bawah indicator kami iaitu:
“ telefon bimbit penting dalam transaksi perniagaan “
Manakala pembangkang ke2 akan membentangkan hujah beliau di bawah kata kunci:
2. telefon bimbit adalah satu kepentingan
3. telefon bimbit sebagai medan komunikasi
Seterusnya……..
Pembangkang yang ke-3 pula,saya telah amanahkan untuk membidas dan membetulkan satu persatu
Kepincangan hujah barisan kerajaan yang cuba meraih simpati ahli2 untk menerima usul yg mereka telah dan akan bentangkan. pembangkang ke3 akan mengukuhkan tembok pertahanan kami dengan menyokong hujah2 pihak pembangkang dan menolak usul pda hari ini

Tuan yang dipertua dan ahli2 dewan
Bangunnya YAB perdana menteri sebentar tadi sangat petah melontar bicara lantas telah memberi satu definisi yg rapuh lagi kontang berkenaan dengan tajuk perdebatn kita petang ini.
Premis yg mereka kemukakan tadi tidak rasional dan tidak relevan langsung dengan usul yg mereka sendiri bentangkan
Seterusnya izinkan saya untuk membidas hujah yg tlh dikemukan oleh YB PM sebentar td . PM tlh membentangkn 1 hujah iaitu
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..



Bidasan saya amat mudah bukan?
Ahli dewan sekalian,

Kututup rapat tirai bidasan, kuselakkan pula tirai hujah di bawah lembayung kata “ telefon bimbit resolusi masalah”
Menurut laporan dalam berita harian yang bertarikh 16 oktober 2004 di Stockholm, laporan kajian yang disiarkan oleh jurnal antarabangsa Epidemology, telefon bimbit kini digunakan sebagai sebuah peranti perhubungan dalam perniagaan. Daripada perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hampir 100 peratus peratus masyarakat di negara ini menggunakan telefon bimbit sehingga kanak-kanak yang berusia 8 tahun juga memiliki sebuah telefon bimbit ataupun lebih. Di sini saya membentangkan kepentingan penggunaan telefon bimbit bukan sahaja digunakan di rumah ataupun pejabat tetapi di kawasan awam yang di mana berlakunya transaksi perniagaan seperti di restoran. Nampaknya pihak pencadang masih ragu dengan contoh yang saya berikan, marilah saya hidangkan contoh ke dua pula seperti seorang usahawan mahupun ahli perniagaan, sekiranya terdapat temujanji perniagaan ataupun kalau orang zaman moden sekarang ini menyebutnya sebagai appointment luar pejabat dari segi penentuan tempat dan juga masa sudah tentulah telefon bimbit yang dijadikan sebagai salahsatu alat interaktif lagi efisien dari segi masa bagi menguruskan item2 yg biasanya dianggap remeh tersebut. Oleh itu adakah pihak kerajaan masih lagi ingin menafikan akan kepentingan penggunaan telefon bimbit di tempat awam.?Perlu diingat YB ahli perniagaan pun penting untuk meningkatkan ekonomi Negara bukan sahaja dalam bidang pembangunan malah mencakupi semua perkara.

Nah, sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa penggunaan telefon bimbit sebagai salahsatu medium yang amat penting bukan sahaja dalam urusan perniagaan secara amnya malah penggunaan telefon bimbit di tempat awam secara spesifikasinya adalah tidak menjadi satu kesalahan.
Dan selaras dgn permis kami iaitu “penggunaan telefon bimbit di tempat awam adalah dibenarkan”
maka usul (hujah kerajaan)………………………………………………………………………………………………….

Wajar ditolak sebulat suara.
Memang sukar bagi kita menerima kenyataan YB , tetapi sekiranya diri kita semakin goyah apa salahnya kita memperbetulkan kesilapan lalu kita. Marilah kita bersama-sama menolak 100% pembentangan usul yang dibentangkan pada petang ini. Usahlah berdolak-dalik lagi YB..silalah angkat kerusi dan duduklah sebaris dengan kami dalam menentang tajuk perbahasan kita pada hari ini. Nampaknya detik masa penjaga masa juga mencemburui perdebatan pentas saya pada petang ini, akhir kata saya mohon terus membangkang…
Sekian terima kasih.
Hehehe…sebenarnya lupa sua bah mo debat…masa tue terpaksa sak sebab teda wakil dari jabatan…hihi..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, April 18, 2010

mulakan yang terhenti

Cerpen cinta ini telah disampaikan oleh saudari WIEN_QT

Sejarah silam tidak dapat aku lupakan. ROY telah meracuni hidup aku. Adakah lelaki itu semua jahat dan kejam? Adakah kaum wanita sering menjadi mangsa. Mungkin salah kaum wanita kerana tidak berfikir menggunakan akal. Tetapi kenapa kaum lelaki sering melukai kaum wanita. Apakah mereka tidak mengetahui pahala dan dosa? Andai kata nasib sepertiku menimpa kepada ahli keluarga lelaki tersebut,bagaimana? Mengapa mereka tidak berfikir begitu? Patutkah kaum wanita ditindas dengan begitu kejam? Merosakkan gadis-gadis yang wujud di muka bumi Tuhan…? Ah..! nasi sudah jadi bubur. Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.

Hari-hari aku seakan-akan gelap. Aku tidak dapat melihat dunia ini memiliki cahaya. Oh Tuhan, berikanlah aku sinar cahaya dan hidayahmu. Aku meneruskan perjuangan aku untuk terus hidup. Membina hidup baru dengan lebih bermakna. Lelaki? Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Mungkin lebih aman aku hidup begini. Tidak perlu memikirkan masalah lain.

Aku sering ke pantai apabila mempunyai masa lapang. Di situ aku sering kenangkan kembali kisah-kisah silam yang aku memang tidak mampu lupakan. Petang itu angin bertiup kencang. Tudung yang aku simpulkan dengan gaya ala-ala wardina ditiup angin mengikut rentak tiupan angin. Sapu tangan yang seringku bawa sentiasa di dalam peganganku. Sejak di bangku sekolah aku memamg gemar membawa sapu tangan. Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana. Sebab itu sapu tangan sentiasa berada dalam peganganku.

Angin yang kencang itu telah membuatkan sapu tangan aku itu terlepas dari peganganku. Aku berlari untuk mendapatkannya. Tiba-tiba aku tersungkur kerana terpijak kain baju kurung yang aku sarungkan ke tubuhku. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di depanku. Ah! Malunyaaa….!! Aku cepat-cepat membetulkan kedudukan aku.

“Jauhnya lari? Nah, sapu tangan awak” entah siapa gerangannya memulangkan sapu tangan aku tersebut.
“Terima kasih….” Aku mengucapkan dengan penuh ikhlas sambil tertanya-tanya siapakan jejaka kacak yang ala-ala ‘Chinese look’ itu. Fasih pula dia cakap Melayu.

“Just call me Daus….” Laki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh.

“Firdaus?” Aku menyoal kembali.

“Wah, pandai juga awak meneka nama saya ye?”
Lelaki itu seolah-olah memerliku.

“la… Melayu ke… Aku ingat Cina tadi” Bisik hati kecilku.

Aku terbaring di atas katil yang empuk di dalam bilikku. “Just call me Daus” Tiba-tiba aku tersentak. La…mimpi rupa-rupanya. Aku terus bangkit dari katil dan bersiap untuk ke pejabat.
Hari itu aku ada ‘meeting’ dengan klien dari China berkenaan dengan lukisan grafik yang telah menarik perhatianku untuk menjadikan syarikatnya sebagai salah satu syarikat kongsi di syarikat aku.

Setibanya di bilik mesyuarat semua ahli lembaga sudah bersedia. Tiba-tiba mataku memandang tepat ke wajah seorang lelaki dengan penuh terkejut. Setelah habis mesyuarat tersebut aku bertemu dengan jejaka itu.

“Have we meet this before?” aku menyoalnya.
“Rasanya ini pertemuan kita yang pertama Encik Farina” kenapa muka laki ni macam muka laki dalam mimpi aku huh? Pelik-pelik…

“Terima kasih kerana sudi menjadi salah satu rakan kongsi di syarikat kami Encik Firdaus…” eh,apasal aku panggil dia Firdaus…?

“Rasanya saya tidak bagi tahu nama saya lagi. Macam mana Encik Farina tahu ye?” Tanya Firdaus kehairanan.

“Oh, tadi assistant saya bagi tahu” Aku mencari alasan untuk menetupi ‘kesalahan’ aku itu.
Sekali lagi insan bergelar lelaki muncul dalam hidupku saat itu. Sejak hari itu kami menjadi mesra. Mungkin kerana aku telah melantik dia sebagai pereka grafik di syarikat aku.

“Aku ingin menjadi pasangan hidupmu, Rina….” Setelah 2 tahun kami bekerja di bawah bumbung yang sama Firdaus melafazkannya.

“Maaf Fir, aku tak mahu dilukai sekali lagi. Dan engkau pasti menyesal memilihku untuk menjadi temanmu”. Entah kenapa dengan tenang aku menerangkannya dan terasa hangat air mataku membasahi pipiku.

“Rina, aku dipertemukan dengan kau bukan kerana aku ingin bertemu dengan kau. Tetapi semua ini telah ditentukan oleh Tuhan, Rina”
“Tapi Fir, kau tak faham!” Tiba-tiba suaraku meninggi dan Firdaus memandang tepat ke anak mataku dengan penuh serius.

“Apa yang aku tidak faham tentang kau Rina? Kenapa? Kau masih teringat kisah silam kau? Lupakan Rina… Past is past… How about your future?”
Hah! Apa yang dia tahu tentang kisah silam aku?
“Sejak pertama kali aku melihat kau hanya satu yang bermain dalam fikiran aku. Kau milikku…”
“Apa maksud kau Fir?”

“Roy… dia bukan sengaja meninggalkan kau begitu Rina, Roy tu abang sepupu aku. Aku tahu segala-galanya tentang kalian. Sebelum Roy memejamkan matanya dia berpesan kepadaku untuk mencari kau. Dia amat menyayangi kau Rina. Teramat sangat. Dia memohon maaf darimu kerana tidak dapat menjadikan kau teman hidup semati dengannya”
“Tapi kenapa Fir? Kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku? Apa dah jadi dengan Roy?” Hatiku menjadi resah.

“Roy menghidap barah hati. Dia terpaksa menghilangkan diri. Dia tidak mahu kau mengetahui kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kau dan dia berpesan kepadaku untuk menjaga kau, Rina”

Ya, Allah… ampunkan la dosaku kerana telah menyalah anggap tentang orang yang pernah mendiami dalam hatiku ini. Cucuri rahmat ke atas rohnya”
Sejak hari itu aku mula rasa tenang menjalani kehidupan seharian aku. Roy, kau sungguh baik sekali. Semoga kau tergolong dalam golongan yang mulia ye. Harap-harap kita akan bertemu lagi dan memulakan apa yang telah terhenti suatu ketika dahulu. I love you!”

-THE OTHER SIDE OF ME-

buatmu cinta..

Ku Mahu Kau Tahu

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, April 15, 2010

bila demam.....

aku pun xtau nk luah apa lagi... aku pun xtau nak percaya siapa dalam hal nie..biarlah...malas nak fikir benda2 tue lagi...aku bahagia...ada kawan2 di sisi..tempat aku berkongsi suka duka bersama...tempat aku luahkan segalanya...aku tahu walaupun kawan x selalu di sisi, namun aku tabah menghadapi semua niw..aku kalau boleh xnak fikir pasal dia lagi dah...aku nak bahagia macam orang lain jugak...Allah ada untuk KU dan aku tahu Allah x pernah tinggalkan aku...aku tahu ini adalah jalan terbaik yang diberikan olehNya kepada aku...pasti ada hikmah di sebalik kelukaan ini..kepada rakan2 ku, thankz sebab sentiasa bagi semangat untuk aku meneruskan hidup walau tanpa dia....yup!! aku kena jadi pompuan yang matang..aku nak tunjukkan ngan semua orang yang aku bukan budak2 lagi dah...aku pun ada perasaan kan...aku pun tau rasa sedih jugak...aku pun tahu nangis jugak...tapi napa ada orang yang suka sangat buat aku nangis???? ada sahabat yang buat aku rasa terkilan...napa sahabat aku sendiri pun tak berikan sepenuh perhatian untuk aku?? napa sahabat aku pergi bila aku perlukan dia di sisiku????ntahlah ...mungkin dah lumrah kejadian manusia kan.... bila senang, kita sama2... tapi bila susah, kita sorang2 lah pulak... xpa... aku tau semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya... wien cuma kena jadi gadis yang baik jak... jadi gadis yang pandai...wien kena study bagus2 biar org x pandang rendah ngan wien k...chaiyok2 wien...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, April 14, 2010

..Kemanisan cinta-Mu yg ku dambakan..

Ahh..
Tumpas lagi aku di malam ini..
Keimanan yang sering di pertahankan musnah lagi..
Tatkala nafsu dan iblis yang di jadikan raja dalam diri..
Keimanan yang nipis itu di koyakkan sekali lagi..
Lantaran kebodohan hambaMU yang mengatakan dirinya pejuang di jalanMU..

Dimanakah kedudukanku di sisimu Ya Rabb..?
Dimanakah darjatku di sisimu Ya Rahman?
Apa masih punya tempatkah aku di sisiMU itu Ya Rahim?

Aku cukup takut kepadaMu Ya Allah..
Takut dengan dosa-dosa yang sering ku lakukan..
Takut dengan nikmat-nikmatMu yang sering ku salah gunakan..
Takut dengan amanah-amanahMu yang berani ku pikul ini..

Sekali lagi Ya Rabb..
Aku tewas lagi dalam menjaga keimanan ini..
Tewas dengan nafsu diri dan bisikan makhluk yang dimurkaiMu itu Ya Rabb..
Terkadang aku bertanya pada diriku sendiri..
Apa benarkah aku adalah pejuang di jalanMU ya Rabb?
Apa benarkah aku umat Nabi Muhammad Saw yang dikasihiMU itu?
Apa benarkah aku adalah makhluk yang di muliakan olehMu itu?
Lantaran taubat yang biasa ku lakukan itu di jadikan permainan..
Seolah-olah suatu lakonan di hadapanMu..
Di lakukan hanya kerana takut padaMu buat seketika cuma..
Benarlah aku seorang pelakon yang sungguh hebat di hadapanMu..

Sungguh aku adalah seorang makhlukMu yang hina..
Bodoh lagi daif di sisiMU..
Terkadang aku cukup malu padaMU Ya Rabb..
Kerana mengotori kesucian cintaku kepadaMU dan cintaMU kepadaku..
Ampunilah hambaMu ini Ya Tuhanku..
Kerana sering memungkiri janjinya kepadaMU..
Alpa dalam menunaikan hak-hak yang harus ditunaikan kepadaMU..

Sungguh..
Aku cintakanMu ya Rabb..
Terlalu rindukan saat-saat bersujud di hadapanMU..
Di kala malam aku memujiMU
Di kala malam aku merintih padaMu..
Di kala malam aku bercerita kepadaMu..
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi buatMu Ya Rabb..
Melainkan aku sayang kepadaMU..
Cinta kepadaMu..

Jadi ku mohon dengan setulusnya kepadaMU Ya Rahman..
Tenggelamkanlah aku dalam cinta ini Ya Rahim..
Kerana aku tahu kau maha Pengampun bagi hamba-hambaMU..
Dan aku sangat yakin dengan itu..
Kau pasti mengampuni dosa-dosaku..
Semoga engkau tidak mengambil apa yang telah engkau berikan padaku ini..
yakni..
'HIDAYAH'

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, April 13, 2010

kisah cinta langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka bercinta.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, April 12, 2010

Jangan Menangis Kerana Cinta Manusia Wien

..Suasana pantai pada pagi ini amat indah sekali. Sang mentari baru terbit dari ufuk timur dan mula kelihatan sinar cahayanya. Kelihatan beberapa ekor burung camar bermain riang di langit seolah-olah turut menghayati ketenangan suasana pagi ini.

Kelihatan seorang GADIS (AINA) sedang duduk di tepi pantai sambil merenung ke arah laut seolah-olah sedang melihat keindahan suasana laut namun tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain-main dalam fikirannya . Matanya kelihatan cengkung dan kuyu. Rambutnya kusut-masai dan tak terurus. Jika dilihat dari wajahnya,jelas menunjukkan bahawa dia sedang berduka.

Seketika, kelihatan pula seorang lelaki tua datang dan duduk di samping gadis tersebut.

"Assalamu'alaikum,nak,"….

gadis tersebut tersentak daripada lamunannya.

"Waalaikumsalam..eh,ayah,"

Lelaki tua yang duduk di samping gadis tersebut mengukirkan sebuah senyuman manis dihiasi pula dengan lesung pipitnya yang membuatkan sesiapa yang memandang senyumannya akan berasa tenang.

"Nak, ayah faham kenapa kamu berduka, "lelaki tua itu mula mengeluarkan bicara katanya.

"Nak, cinta manusia tidak kekal. Terkadang kita menyintai seseorang namun tak semestinya orang yang kita cintai itu akan turut menyintai kita. Cinta bukannya boleh dipaksa kerana ia adalah melibatkan perasaan. Nak, dengarlah cakap ayah. Hentikanlah tangisanmu. Janganlah kau mengikut emosi dan nafsumu. Bangkitlah kembali,nak. Ayah tidak mahu kerana seorang insan bernama lelaki membuatkan dirimu lemah tak bermaya.,"

gadis itu mula bersuara meluahkan perasaannya,"Tetapi, ayah. Perit sangat rasanya apabila menyintai seseorang namun tidak dibalas malah dihina dan dicerca pula,"

"Sayang, nak… Sayyidi Ahmad Ar-Rifa'i pernah berkata, "Berapa banyak suara sepatu (lenggok wanita) di sekitar lelaki telah menerbangkan kepalanya dan menghilangkan agamanya, "Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan perasaan emosimu. Sekiranya engkau inginkan cinta mu dibalas maka utamakanlah cinta kepada Sang Pemilik Cinta Sejati… Insya Allah cintamu pasti akan dibalas."


"Siapakah Sang Pemilik Cinta Sejati itu,ayah?" tanya gadis itu kepada lelaki tua itu.
"Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Maha Pemilik Cinta, nak. Seandainya engkau mengutamakan cintaNya nescaya engkau tidak akan berputus asa dan akan menjadi insan yang kuat dan bertaqwa. Bersabarlah,nak. Moga-moga kamu dianugerahi Allah insan yang bertaqwa dan menyintaimu kerana Allah. Usahlah menangis lagi, jangan bazirkan air matamu kerana sesuatu yang kecil. Tangisilah dirimu kerana engkau masih terhijab dariNya..."Jawab lelaki tua tersebut sambil memegang bahu gadis tersebut....Moga2 kisah ini dapat dimanfa'atkan bersama,Wassalam…..

-THE OTHER SIDE OF ME-

HOW ABOUT US??????

Every day, we awaken with another chance at life?
Sometimes we forget how lucky we are and we often forget
To appreciate the title things around us, that means so much.
Here’s a poem I wish to share with all of you.
Thank you for being a part of this wonderful group….

Too often we don’t realize
What we have until it is gone
Too often we wait too late to say
“I’m sorry – I was wrong”
Sometimes it seems we hurt the ones
We hold dearest to our hearts
And we allow foolish things
To tear our lives apart

For too many times we let
Unimportant things into our minds,
And then it’s usually too late
To see what made us blind

So be sure that you let people know
How much they mean to you
Take that time to say the words
Before your time is through

Be sure that you appreciate
Everything you’ve got
And be thankful for the little things
In life that mean a lot.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, April 11, 2010

BUAT SAHABATKU

TERSENYUMLAH SAHABATKU

Persahabatan adalah sebuah ikatan yang sangat tulus dan murni selalu sedia berbagi disaat suka dan duka, selalu siap menjadi tempat sandaran pada saat seseorang terpuruk, dan selalu siap mencari jalan keluar bersama-sama saat sahabatnya terluka itulah symbol persahabatan sejati. Ku persembahkan sebuah puisi untuk sahabat-sahatat tercintaku doaku selalu menyertai setiap langkah kalian, senyum kalian s’lalu aku dambakan setiap pertemuan kita baik secara langsung maupun tidak karena bagiku kalian adalah identitas sejatiku.

SAHABATKU
Kupandang dirimu dengan mataku
Kusimpan namamu dihatiku
Senyummu tak pernah pudar dari ingatanku
Bersama kita arungi kisah-kisah
Tanpa batas ikatan waktu
Tanganku takkan sungkang merangkul pundakmu
Nasehatku takkan habis menenangkanmu
Saat lara menyayat hatimu
Saat s’mua tinggalkan dirimu
Kukan s’lalu setia temani dirimu
Sahabatku, ijinkan aku hadir disisimu
Menjagamu saat kau butuh sandara
Memelukmu saat kau butuh pelipur lara
Menjagamu saat kau terjatuh
Merawatmu dikala hatimu terluka
Sahabatku, bersama kita berjalan
Tertawa menangis bersama
Saat badai datang menerpa
Saat sang bintang tersenyum pada kita
Tangan kita tak pernah terlepas
Kukan s’lalu menjagamu
Meski hadirku tak s’lamanya bersamamu
Namun doaku tak pernah putus
Menghantar semua rasa sayang terdalam
Hingga senyummu s’lalu kulihat
Sahabatku, jangan ragu kesetiaanku
Ingin s’lalu kuhadir disisimu
Menjagamu saat suka duka
Hingga tawamu s’lalu ramaikan hari
Menentramkan hatiku tiap saat
Sahabatku, raih tanganku
Genggam erat jemariku
Tersenyumlah padaku
Karena tulus kukatakan
Ku s’lalu menyayangimu



Puisi itu ungkapan perasaanku terdalam buat sahabat-sahabatku, siapa saja yang mengerti betapa besar dan indahnya persahabatn itu. Rasa itu tidak akan pernah hilang sampai kapanpun memori tentang kalian akan selalu terkenang dan suatu saat akan selalu menjadi catatan berharga untuk disampaikan pada generasi-generasi berikutnya sebagai contoh teladan untuk mereka ikuti. Semoga tulisan yang penulis buat ini bisa membuat semua yang membacanya menghargai pentingnya sebuah persahabatan bahwa sebenarnya persahabatan itu sangatlah indah dan berharga, seperti yang penulis miliki teman-teman tersayang dan selalu siap membantu penulis pada saat penulis membutuhkan bantuan, begitupun mereka tidak pernah sungkang untuk berbagi semua cerita sehingga kita boleh bersama-sama menyelesaikan masalah kita seberat apapun juga. Terima kasih sahabatku berkat kalian aku bisa menulis semua ini dan yakinilah bahwa bagiku kAMU sangatlah berharga...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, April 10, 2010

CINTA.

Cinta itu boleh diumpamakan
Bagai makan sambal belacan
Walau pedas hingga mengalir air mata
Masih mahu dimakan juga

Cintai lah orang yang engkau kasihi sekadarnya belaka
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari kelak
juga bencilah terhadap orang yang engkau benci sekadarnya saja
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Jika kamu ingin bercinta cintailah orang yang mencintai mu, bukan orang yang terpaksa mencintai mu.
cinta adalah suatu yang unik
adakalanya ia sukar ditafsirkan
namun tatkala hati sudah menemui cinta yang hakiki
berdoalah moga ia menemani jalan kebahagiaan
di dunia dan akhirat.
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang
lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasih mu,
tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi itu tidak tahu apa yang sesungguh nya kamu rasakan.
Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk menemukan bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.
Kata orang cinta itu buta
Kata orang lagi cinta itu membutakan
Sebenarnya cinta itu tak bermata
Yang bermata itu adalah manusia
Kerana dari mata bertemu matalah
Maka terlahir lah cinta
Dan dari segelintir manusialah
Menjadikan cinta itu buta.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, April 9, 2010

Kenapa mesti bersedih kerana CINTA...?

This is not the first time for me to write down something..something that really struck in my mind suddenly as I read through some of the messages posted here, so many poems, rhymes, letters yang mengisahkan cinta sedih, pilu, rindu merindui etc. Oh well...tema CINTA..women definitely as always- associated by this LOVE scene.. Love..such a powerful word eventhough it only consists 4 letters. Nonetheless, we're drown by these letters especially when it is uttered by someone that you really like and adore. Entah kenapa karenah CINTA terlalu mengambil banyak masa kita sebagai manusia dlm mengharungi kehidupan? I'm not saying that we don't need love? Yeap...we need it though..selagi masih bernafas..selagi nyawa dikandung badan...walaupun kulit semakin berkeduts..perasaan cinta tetap di sanubari..nobody can ever deny that! Perasaan cinta datang dan akan datang walaupon dia hadir tanpa diundang. Tapi kenapa kita terlalu mengongkong diri kerana CINTA? I've heard stories, lots of them..saddening, hurting, horrifying, frustrations, deperessions..gawssh...Especially kat orang perempuan..everything kerana CINTA kita terhadap seseorang.


KENAPA MESTI KITA TANGISI ORANG YANG TIDAK MENGHARGAI CINTA SEDANGKAN ORANG ITU SENDIRI TIDAK AMBIL PEDULI PERASAAN KITA? KENAPA MESTI DIINGATI LAGI KEPADA MAHKLUK YG SUDAH MELUKAKAN HATI KITA YANG KITA SENDIRI MERASAKAN LUKA YANG BERDARAH TAK MUNGKIN SEMBUH KEMBALI?

We felt that the world is cave on us!...Dunia nie mcm dah nak kiamat??

Janganlah kita menunjukkan kelemahan kita teruk sgt dengan gugurnyaa air mata dan memikirkan nasib yang menimpa..Percayalah..lebih ramai manusia yang bertarung nyawa semata2 untuk hidup..yang lebih dahsyat dugaannya, yang lebih perit kehidupannya, kadang2 nak makan pun susah apatah lagi untuk bercinta?..kita hanya disakiti jiwa dan perasaan sahaja, bukan menderita penyakit kronik, bukan kehilangan tempat bergantung..jadi bersyukurlah dengan apa yg terjadi kerana semua itu adalah hikmah dariNYA.. Maybe we start wondering why this is happening to us? We do expect some answers...but at times, the answers doesn't came along easily..at times it arrives when u least expected it. Kadang2 apa yg terjadi xda jawapannya langsung. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.


Oleh itu ..janganlah kita membuang masa menangisi pada yg telah pergi meninggalkan kita..janganlan kita membuang masa kerana soal CINTA sahaja.. Segala apa yg berlaku kadang2 dari kesalahan dan kecuaian kita jugak..bercinta sampai tak ingat dunia..kadang2 cinta kita tidak diberkati jadi datanglah musibah..jadi, apa2 pun kita kena fikir semula apa puncanya? Apakah cinta yang disarankan dalam Islam? Apakah orang yg kita cinta itu benar2 jujur dan iklas? Janganlah kita terpedaya kerana kata2nya yang manis..as we knew, man are good int their words..they talked on what we women wanted to hear and listen!

Ketahuilah masa itu emas, Allah meminjamkan nyawa hanya seketika..hiasilah kehidupan kita dengan amalan2 yang menguntungkan..tingkatkan la ibadah, muhasabahlah diri dan tingkatkanlah diri kita agar kita menjadi manusia yang cermerlang, gemilang dan terbilang bak kata Pak Lah. Lelaki atau wanita itu bukanlah suatu makhluk yang terlalu penting yang kita seharusnyaa banyak korbankan masa untuk mereka..Allah beri kita akal fikiran..pertimbangkanlah segala apa yg berlaku dengan wajar dan rasional. Berbaloikah kita menyusahkan diri sendiri kerana seseorang yg tidak tahu menghargai diri kita?? Renungkan...CINTA pd Allah kekal abadi..CINTA pd manusia hanya seketika..namun begitu..sudah tentu kita mengharapkan seseorang yang terbaik buat kita..insya-allah segala permintaan akan dimakbulkanNYA..

Be patience..at times we tend to meet the wrong person..so that at the end, when you meet the right kind of person, we will be more appreciative.

Love is blind...ungkapan ini dah tak relevan..love is blind because we are not being in the conscienceness state..we're madly deeply in love with the person, sampaikan kita sanggup ikut kata2 mereka, we're not alert actually!..my advice..be more alert..bukalah mata, hati dan minda bila bercinta agar kita tidak tersilap langkah dan lebih berhati2..jadikan semua ini satu cabaran dalam kehidupan yang kita harus tempuhi as a human being.. Life is full of surprises..you'll never know what comes along the way.


Expect nothing, live frugally on surprise! To all kengkawan out there..be strong! Life is a learning process, there's always bends n twists along the way..but don't let yourself fall into the muddy water..banyak lagi perkara yg lebih penting selain mengenang dan menagih CINTA pd yang dah terbukti bukan jodoh dan hak milik kita..renung-renungkanlah...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, April 5, 2010

Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.


Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.


Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.


Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byk lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya

-THE OTHER SIDE OF ME-

ketika cinta bertasbih

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, April 4, 2010

Ada Kalanya Sepi Itu Indah

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suata hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?


Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.


Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.


Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak dapat melupakanmu.


Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.


Adakalanya kita perlu melangkat ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan, "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahgia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."


Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.


Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai...

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.


Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).


Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.


Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, April 2, 2010

Panduan menghadapi masalah putus cinta

Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.

Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?

1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Ujian dari Allah

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)".

"Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyatan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 9:16)"

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155)"

-THE OTHER SIDE OF ME-

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. 2:214)".

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

Menangis kerana rasa takut.

Menangis kerana cinta.

Menangis kerana gembira.

Menangis kerana menghadapi penderitaan.

Menangis kerana terlalu sedih.

Menangis kerana terasa hina dan lemah.

Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

Apabila dahinya berpeluh.

Air matanya berlinang.

Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

-TE OTHER SIDE OF ME-

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang

ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan

mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air

sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.

Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang

bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti

jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa

yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga

menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, April 1, 2010

Di tangan-Mu segala ketentuan

Sesungguhnya, air mata yang ditahan 2-3 hari yang lalu akhirnya tumpah jua… sampaikan dalam solat pun menitis di tikar sembahyangku… ya Allah…

Betapa ujian yang menimpa diriku hanyalah secebis dari ujian-ujian-Mu…

Ya Allah, kuatkanlah diriku menempuhi segalanya Ya Allah…

dan ya Allah, kuatkanlah diriku jua dalam mengharungi kehidupan ini serta janganlah engkau memesongkan hatiku setelah engkau meluruskannya…aku berserah diri hanya kepadaMu Ya Allah...

Jika memang engkau menciptakan dirinya bukan untukku, maka aku mohon jauhkanlah dia dari hatiku dan pandangan ku Ya Allah....Tiada kuasa lain yang mampu melainkan dikau...

-THE OTHER SIDE OF ME-

THE OTHER SIDE OF ME

Akhawat yang dikasihi fillah,

ana tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan ana berasa sempurna apabila mengenalinya..syukran sahabiah fillah..antum menyempurnakan dan menyerikan hari-hari ana di kolej..moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta rabitah…ameen..insyaAllah ~

Dalam kesakitan teruji kesabaran,

dalam perjuangan teruji keikhlasan,

dalam ukhuwah teruji ketulusan,

dalam tawakal teruji keyakinan,

Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah ..~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

Saiyidina Umar Al Khattab

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia..peringatan buat diri sendiri..Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,

rahsia sebuah keikhlasan,

rahsia sabar yang indah,

rahsia ketaqwaan,

rahsia menyalakan zikir,

rahsia sebuah kesyukuran,

rahsia redhanya pada takdirMu,

rahsia senyuman yang menggembirakan…

Ya Allah, thabatkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..

moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

-THE OTHER SIDE OF ME-

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

yang bermaksud:

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..