Monday, May 31, 2010

luka seorang sahabat

Sarah segera beranjak dari kelas Ryki dengan langkah cepat sambil menahan air mata yang hendak jatuh membasahi lantai kelas itu. Sementara itu, suasana kelas menjadi ribut seperti semula. Sarah memandang kaos kakinya yang telah berwarna hitam kucal. Sudah seminggu yang lalu ia tidak mengganti kaos kakinya. Alasannya singkat saja, sudah tiga hari hujan lebat belum juga reda.

Seisi Lab-Kom pada saat itu tidak memperhatikan Sarah yang sedang asyik menukarkan kaos kakinya dengan kaos kaki Ryki. Ryki memang sangat berbeda dengan yang lain, ia adalah sesosok cowok yang sangat memperhatikan kelengkapan alat-alat sekolah, tidak seperti Sarah yang hobinya menghilangkan alat-alat tulis milik teman-teman sekelasnya. Tepatnya jam pelajaran Komputer usai, Ryki tampak uring-uringan mencari kaos kakinya, sementara di sana hanya ada Arfy dan Novia.


“Fy, lo liat kaos kaki gue nggak?” tanya


Ryki kepada Arfy.
“Enggak kok. Bukannya tadi lo selipin di
sepatu lo sendiri?” tanya balik Arfy kepada Ryki, si
pemilik hobi basket itu.

“Makanya itu Fy. Tadi perasaan, gue selipin
di sepatu. Tapi kok, malah kucel kayak gini, ya?”
tanya Ryki yang sedang sangat kebingungan itu.
“Mungkin, ketuker sama kaos kaki yang lain
kali. Terus, kalau memang ada yang nuker, siapa
dong?” Arfy lagi-lagi memberikan pendapatnya.
“Ya sih. Tapinya kan, kita nggak boleh nuduh
orang sembarangan dong.”


“Ya udah deh, terserah lo aja, Ry. Lagian,

daripada kita nyari kaos kaki lo yang nggak ketemu itu, mendingan kita balik ke kelas aja! Siapa tahu, yang lain nemuin,” ungkap Arfy sambil memegang pundaknya Ryki dengan maksud meredakan kekhawatiran Ryki yang tengah memuncak itu. Akhirnya, mereka berdua kembali ke kelas, sambil berusaha meneliti satu persatu kaos kaki siswa-siswi yang lain. Tapi sangat disayangkan, hasilnya nol. Tentu saja, hal tersebut menjadi bahan pembicaraan setiap siswa. Bukan itu saja, setiap siswa saling tuduh-menuduh antara satu dengan yang lainn

-THE OTHER SIDE OF ME-

aku d perjalanan

adooii............handphone rosak lah...masok air...kepada kawan2 wien, sorry erk...xdapat nak contact sebab handphone nie lah...erm...nasib bek xda boyfren...kalau ada, kan susah...hihihi...

malam nie dah sampai tawau dah....rindunya ngan tawau..ngan family n kawan2 jugak...hihihi...

nengok bulan penuh malam nie....bestnya....cute jer...

awakkk...

kan saya pena cakap....jauh mana pun jarak kita, kita tetap nengok bulan yang sama kan...hehehehehe....nengoklah bulan purnama tue...saya harap bila awak nengok bulan tue, awak akan ingat dekat saya sebab saya xkan pernah lupakan awak....bye2....heheheh...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, May 29, 2010

balik kampong...

esok saya dah nak bertolak dah dari mukah gi miri naik bas transborneo...pukul 8.00 pagi..ntah kul bpa lah sampai miri nanti....pas tue sampai miri x tau nak stay mana... cian kan... nak stay surau airport tapi xleh plak...huhuhu...sedih nie..harap2 xda apa2 halangan lah esok...pas tue isnin nanti g kk plak dari miri nek air asia...hhmm...

Ya Allah...lancarkanlah segala urusdanku di dunia dan di akhirat....hanya kepadamu aku meminta pertolongan ya Allah....amiinn...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, May 28, 2010

BILA MASALAH DATANG

Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan? Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan. Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri. Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri. Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang. Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

-THE OTHER SIDE OF ME-

FALSAFAH..

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bendungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, May 25, 2010

WAHAI HATI..DENGARKANLAH...

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

-THE OTHER SIDE OF ME-

merdeka!!!

Akhirnya…tepat pukul 10.15 pagi tadi, aku menghabiskan ayat-ayat terakhir dari tinta penaku dengan menjawab paper exam KEUSAHAWANAN P3117… aku dengan penuh harapan melangkah keluar daripada dewan peperiksaan dengan mengatur langkah yang agak kemas.. bukan berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan tetapi aku terlalu gembira apabila menamatkan kertas soalan tadi …. Tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu dan akhirnya aku dan rakan-rakan sekelas yang lain Berjaya menamatkan pengajian untuk semester nie.. harap-harap semuanya Berjaya dan takkan ada member yang repeat lagi untuk semester nie… semoga Berjaya kawan2!!!

Dalam tempoh masa 2 tahun pengajian di politeknik mukah Sarawak nie, macam-macam kenangan yang tercipta samada yang manis mahupun yang pahit…kenangan yang manis tue aku akan terus abadikan dalam ingatanku dan bagi yang pahit-pahit tue, aku juz akan jadikan suatu kisah hitam dan menjadi pengajaran untuk aku… sedihnya nak berpisah ngan rakan2 seperjuangan…. Tadi, masa dah habis paper, sempat gak mamam ngan rakan sekelas dekat kafe tue…gelak tawa , hilaian rakan-rakan sesekali memecah suasana kafe pagi tadi.. malu jugak dengan pelajar-pelajar yang lain..punya bising budak-budak Diploma Sains Kesetiausahaan makan dekat meja hujung tue… hehehe… sebenarnya di sebalik kegembiraan kami tue, mesti ada rasa sebak di dada sebab dah nak berpisah .. tak tau bila dapat jumpa dorang-dorang nie lagi… konvo nanti lah kot.. konvo pun dijangka akan berlangsung pada bulan april tahun depan.. wah… agak lama gak kan…

Hmm….aku tak sabar nak semak keputusan peperiksaan akhir sem nie tau.. tapi kali nie aku tak target lah dapat AKJ coz subjek memang killer sikit lah… aku Cuma berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan menerima segala yang ditakdirkannya dan sesungguhnya aku tahu semua yang terbaik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa… mengimbau kenangan bersama teman2 daripada semester 1 hingga 4 nie, tiba-tiba jak keluar titik2 jernih dari kelopak mata aku… sedih sangat nak tinggalkan dorang nie tau even banyak konflik yang berlaku…hehehe…biasalah tue dalam persahabatan kan….

Petang tadi pun, kawan2 ramai yang dah balik kampong halaman…jelez nengok dorang semua balik kampong…esok, ka kana ngan mina dah balik sabah dah…lusa plak memeng ngan sherley dah balik tawau…aku ngan ira nie jak lah yang jadi guard poli sebab balik 30 hb.. hehehe…macam mana lah keadaan kitaorang balik nanti ar?? Banyak sangat barang…pening kepala fikir kan hal nie… hihi…nanti sampai umah, nak tido puas2… nak mam masakan ibu ngan adik… mo tido ngan ibu lah nanti… rindu sangat2 ngan ibu n ayah kat umah tue…adik2 pun sama…hah…nie adik aku yang sorang nie, 21 hb jun nanti dia dah nak mendaftar dekat politeknik kuching pulak….dia dapat tawaran pengajian diploma in programming ( pengaturcaraan computer)… hari tue apply pemasaran, ntah tetiba plak dapat pengaturcaraan… mesti x best nie, xda adik kat umah… selalunya, kat umah aku mesti buli dia… hehehe…. Xdalah… sayang adik aku tue… rajin… harap dia dapat buat yang terbaik untuk diploma dia selama 3 tahun di politeknik kuching tue nanti….aminnn…

Bah, sampai sini dulu lah ya cita kali nie… mo gi amik kain kat ampaian…hari nak ujan dah…bye kawan2….salam sayang….

-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, May 21, 2010

KISAH SEORANG GURU DENGAN BUDAK SEKOLAH

“assalamualaikum cikgu……”

Ha! Nielah word yang mula2 sekali ditaip oleh budak sekolah bila nak hantar pesanan ringkas untuk cikgu dia…

“waalaikumsalam budak…”

Hehe…cikgu perempuan tue balas mesej budak sekolah macam nie lah…..

Bagai isi dengan kuku….beginilah diibaratkan perhubungan antara Budak sekolah ngan seorang cikgu nie… persahabatan mereka sudah agak lama terjalin….. walaupun mereka berdua nie hanya bertemu di alam fantasi sebab tak pernah jumpa face to face, tetapi keakraban mereka memang tak dapat nak dinafikan…lebih daripada sahabat yang ada kat dunia reality…hehe….

Mengimbas kembali saat2 mula berkenalan dahulu, hanya bertemu di laman social TAGGED saje…hehehe….masa chat dekat TAGGED, cikgu selalu komen picture2 yang budak sekolah upload… masa tue budak sekolah tengah sedih sebab dia baru jer hilang orang yang terpenting dalam hidup dia…masa dekat TAGGED tue, budak sekolah selalu kongsi cita ngan cikgu nie coz budak sekolah tahu cikgu nie seorang pendengar yang baik… lepas dengar jer kisah cinta budak sekolah ngan Mr.Y yang tak kesampaian tue, cikgu mesti bagi respond and feedback yang berguna… cikgu cakap “ sabar ea budak…budak kena ingat, jodoh dah ditentukan oleh Allah..kalau ada jodoh, tak ke mana juga lah budak..” cikgu selalu jer naikkan semangat budak sekolah nie…walaupun kemungkinan dalam hati cikgu tue, dia dah tau yang Mr Y takkan balik ngan budak sekolah lagi…

Masa semakin berlalu, mereka berdua pun semakin rapat…lepas dari laman social TAGGED, cikgu ngan budak sekolah nie beralih pulak lah ke laman sosial FACEBOOK.. kat sana lagi lah macam2 dorang dua nie cita,,,,,best sangat2…semua cita suka, cita duka and kelakar… semua budak cita ngan cikgu…rupanya dalam masa yang sama, cikgu pun mengalami nasib yang sama ngan budak sekolah…cikgu pun tengah sedih rupanya…cikgu pun selalu luah masalah dia kat budak sekolah…. Budak sekolah dengar jer cita cikgu dia.. budak sekolah sedih sangat dengar cita cikgu, sebab cita dia memang menyedihkan…pas tue cikgu cakap “kisah kita sama kan budak” then, budak sekolah pun jawab “ yelah cikgu.. kisah kita sama.. tak apalah..kita sabar je lah kan..itulah jalan yang terbaik”..” yup..betul tue..”cikgu membalas kata2 budak sekolah tadi…

Beza umur cikgu ngan budak sekolah tak jauh pun…cikgu lebih tua 2 tahun jer..cikgu mengajar kt bintulu, then budak sekolah study kat mukah… best kan hubungan dorang…. “cubit paha kiri, paha kanan terasa juga” macam nie lah diibaratkan bila cikgu or budak sekolah ada masalah dan mengalami kesedihan, yang satu nya pasti merasainya juga….sedih…hhhmmmm….syukur sangat dapat kenal ngan cikgu… cikgu baik… sentiasa ada untuk budak sekolah tak kira lah bila budak sekolah suka mahupun bila budak sekolah sedih…cikgu sentiasa ada….

Tapi sayang……….hubungan dorang sejak akhir2 nie, tiba2 jadi dingin…agak rapuh dah… dah tak mesra macam dulu lagi…budak sekolah tak tahu apa puncanya…budak sekolah sedih sangat2 saat nie…budak sekolah cuba fikir positif…budak sekolah cakap, “ hmm..maybe ada salah faham cikit..tak apalah..budak cuba faham k cikgu”…..tapi yang budak sekolah cuma tahu, dia sayangkan cikgu dia… budak sekolah tingggalkan sepucuk surat untuk cikgu dia kat atas meja…

P/S

Salam cikgu yang disayangi…

Pertama sekali, Saya nak mintak maaf kalau banyak sangat buat salah ngan cikgu sepanjang persahabaan kita nie ek…saya tak berniat langsung nak buat cikgu marah, tapi saya betul2 tak tahu apa salah saya cikgu…bila cikgu nak balik…saya rindu kita jadi macam dulu cikgu….saya Cuma harapkan kemaafan dan nak mintak restu dan doa dari cikgu….tak lama lagi saya nak exam, cikgu salah seorang dari sumber semangat saya…saya sayang cikgu sampai bila-bila,….terima kasih atas segalanya cikgu…

Salam sayang dari budak sekolah…

-THE OTHER SIDE OF ME-

exam

sekarang tengah duduk kat luar blog and nengok bulan...seronok nengok telatah budak2 pompuan yang duk kamsis nie jalan dari bilik g makan kat kafe...macam2 perangai dorang...best plak duduk sorang2 kat sini tapi banyak nyamuk lah...duii....

x sedar dah lepas dah 4 paper final...ada 2 paper lagi...x sabar nak balik tawau jumpa family dan terutamanya rindu makan di ABC...huhu...TAWAU...tunggu kedatanganku ya... paper tadi oklah jugak...personality grooming tue ada problem ckit...x expect plak kuar soalan macam tue semalam...sedihnya tak dapat jawab ngan baik semalam... paper ada isnin ngan selasa minggu depan...subjek paling banyak jam kredit iaitu keusahawanan P 3117 hari selasa..takut gak nie tapi tawakal je bila dah usaha...x sabar nak balik kampung tau...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, May 18, 2010

Awak………

Salam awak….

Saya sebenarnya tak tau dari mana saya kena mula..Saya tak tau napa tetiba je nak cita pasal awak lagi dalam blog nie..saya rindukan awak kot…

Awak…

Saya tengah exam sekarang nie…baru lepas dua paper : document production dan structure of commerce..ada 4 paper lagi wak…saya tak tau awak napa saya jadi rindu sangat2 kat awak hari nie..tadi masa dah sampai kat dewan peperiksaan, saya nampak pasangan couple tengah bincang buat review sikit pasal subjek dorang..tetiba saya ingat kat awak…saya sedih awak…peperiksaan kali nie saya lalui tanpa awak di sisi..masa sem 1 dan sem 2 dulu kan awak ada temankan saya dan selalu bagi saya semangat untuk berjaya dan tak putus asa…

Awak….

Semester nie saya gi exam tanpa restu dari awak..sendiri jer…xda orang nak bagi saya kata-kata semangat sebelum saya masuk dewan..apa-apa pun saya masih ingat kata-kata awak yang bunyi nya lebih kurang macam nie lah..”sayang…masa kat dewan tue nanti, ada jam besar tau dekat depan sekali..besarrrr jam tue..sayang jangan nervous k..jawab soalan dengan tenang”..macam tue lah kata-kata awak dan saya ingat pesan awak tue…saya masuk exam relax je awak..saya tak nervous pun..alhamdulillah…saya dah buat yang termampu saya…saya nak buat yang terbaik untuk sem nie awak…saya nak dapatkan pingat akj lagi macam semester 1 dulu..awak janji nak bagi saya hadiah kan bila saya dapat akj “ nanti …sayang dapat akj, abg bagi hadiah ea”..nie kata-kata awak kan…tima kasih awak sebab bagi saya hadiah bermakna tue pada saya…tapi…………kalau sem nie saya dapat anugerah akj, awak dah tak dapat nak bagi saya hadiah lagi kan sebab awak dah tak da kat sisi saya…dulu, saya study malam sambil baca sms dari awak tau…sekarang hp saya tak bunyi-bunyi lagi dah awak..kalau saya study, saya simpan je h/p kat laci…rindu kenangan masa kita gi semak keputusan peperiksaan akhir julai 2008 tue kat restoran singgah selalu ngan ira kan…

Awak…

Tak sedar kan….dah lama rupanya awak tinggalkan saya sendiri…saya rindu sangat kat awak dan saya masih sayangkan awak maacam dulu lagi…saya tak nak orang lain ambil tempat awak dalam hati saya…awak nak tau…ada beberapa orang dah nak couple ngan saya, tapi saya tak nak…sebab saya masih sayang kan awak lagi….saya tau, awak sekarang dah pun bahagia dengan pilihan hati awak dan saya tak nak runtuhkan masjid yang bakal awak bina bersama dia…saya tahu awak berdua saling menyayangi dan menyintai…tapi, izinkanlah saya untuk terus menyintai dan menyayangi awak k selagi saya mampu dan selagi saya bertahan….nanti tiba satu saat untuk di mana saya harus lupakan dan lepaskan awak, saya akan cuba untuk lupakan awak sedikit demi sedikit dan cuba terima kenyataan yang awak bukan milik saya lagi….saya suka tengok awak sekarang….awak dah bahagia bersama dengan dia kan…saya tengok awak dari jauh pun dah cukup dah buat saya happy..jagalah dia baik-baik ea awak…jangan lukakan hati dia…perempuan nie biasa kalau bab-bab merajuk…awak kena faham dan kena tahan dengan perangai dia tau…tue tandanya dia nak sedikit perhatian dari awak…pujuk dia k…jangan nak marah-marah sebab orang pompuan sensitive…tak boleh kena marah..macam saya lah…hehehe….

Awak….

Terima kasih ea sebab tinggalkan saya…awak ajar saya banyak benda yang saya tak sedar sebelum nie…saya dapat kenal diri saya dengan lebih mendalam…saya dapat jadi orang yang tau jadi lebih sabar…dan awak ajar saya erti pengorbanan yang sebenar….saya terpaksa korbankan kasih dan cinta saya untuk awak…saya percaya, ada jodoh takkan ke mana walaupun awak tak suka dengan statement nie kan..saya dah amanahkan seseorang untuk ambil alih tempat saya di hati awak…saya percaya dia akan jaga awak dengan baik…insyaAllah..kalau ada jodoh, kita boleh jumpa lagi dan jadi kawan kan…saya harap 1 hari nanti, awak boleh terima saya jadi kawan awak…dan saya nak awak tahu, saya tak pernah nak salahkan awak…akhir sekali, halalkan lah semua makan-minum saya dengan awak dulu ea dan ampunkan dosa-dosa saya masa ngan awak..ok…maafkan saya kalau saya tak dapat buat yang terbaik untuk awak dan tak dapat jadi macam apa yang awak nak…itu bukan saya awak..saya dah ditakdirkan lahir macam nie..saya tak suka jadi seorang yang hipokrit…saya Cuma berharap agar kasih sayang saya pada awak tidak melebihi kasih sayang saya pada yang Maha Esa…

Awak…

Hari tue, saya ada gi kampong awak..saja nak jalan-jalan…lama jugak saya kat sana..saya tak gi umah awak lah…saya cuma duduk kat pondok tunggu bas yang awak jemput saya tue masa saya gi umah awak dulu…adalah dalam 2, 3 jam saya duduk sana sorang-sorang..pas tue, saya balik lah..masa tue cuti l.i..saya boring so, pergi lah sana…saya ada gak nampak kelibat umah awak tapi takut nak gi sana…huhuhu…Saya dengar awak dah ada lesen memandu ek….tak taulah betul ke tak…saya Cuma nak nasihatkan awak kalau bawak keta tue, hati-hati k..ingatlah orang yang tersayang…walaupun impian saya nak naik keta bersama awak tak tercapai tapi baguslah awak dah ada lesen…boleh-bawak kawan-kawan awak jalan dah…jaga makan minum awak tue, janganlah kat umah sendiri pun awak masak Maggie je ..tak pun mesti awak makan nasi lauk telur ngan kicap kan…awak kan dah ada bilik baru kat umah…rajin-rajin kemas bilik k..hehe…kalau petang-petang tue, gi main bola atau main futsal janganlah aktif sangat..nanti kaki sakit lagi..jangan balik lewat sangat..nanti mak risau…jangan tinggal solat awak…saya tak dad ah nak kejutkan awak bagun solat subuh tau..so, jangan malas nak bangun subuh lagi k..dah besar dah awak tue…kalau umah kat pasir putih tu banjir lagi, pandai-pandai jaga diri k…jaga family…awak tue anak sulung..besar tanggungjawab tue…baiklah awak..sampai sini je lah nukilan saya untuk awak…kalaulah awak terjumpa dan terbaca blog saya nie, sampaikan salam saya pada mak awak, nenek awak, kawan-kawan awak yang mengenali saya , adik lelaki awak yang comel dan rajin men air tue..hehe…tak lupa jugak salam kat kucing-kucing awak yang manja tue k….sekian…wassalam….

Salam rindu dan sayang dari saya:

Ketika cinta memanggilmu, maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku. Jika cinta memelukmu, maka dakaplah ia walaupun pedang disela-sela sayapnya melukaimu.

Cinta tak pernah menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan lelaki menyentuh tangan perempuan, mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, May 15, 2010

penantianku

kau pernah datang membawa bunga-bunga tawa

mengembalikan ceria yang hampir sirna

ceria slalu bersamamu,...

muram itu tlah meninggalkanku.



namun kini,kau menghilang di telan kealpaan..

jujur..aku tak terbiasa tanpamu,

aku tak terbiasa tanpa sapamu

kini sepi merayap di hati...

aku terhempas pada landasan kesendirian



dan bila kau tak lagi hiraukanku...

lebih baik aku berlari bersembunyi dari kesepian waktu

dan bila nanti kau kembali dan tak menemukanku

maafkanlah aku,kerana aku cukup letih menantimu.


-THE OTHER SIDE OF ME-

dinner

wah...........penatnya....semalam gi dinner appreciation night untuk pelajar semester akhir jabatan perdagangan poli mukah sarawak...best jugak tau malam tadi....cuma letih cikit lah...tambah perasaan malas nk involve coz isnin nie kan dah start exam...ingat nak buat pecutan terakhir dah tapi ada plak majlis makan malam malam tadi...tapi..apa2 pun..memang best sesangat malam tadi...enjoy...hehe....walaupun xda baju yang cantik2, at least dapat jumpa ngan kengkawan n paling best sesi bergambar ngan lectures... hahaha.... masa exchange gift, aku dapat hadiah cerek plastik tau...xtau sapa bagi...hehe...apa2 pun, tq pada yang punya hadiah...hhhmmm...exam pun dah dekat...doakan aku dapat perform lagi baik untuk sem nie k...

tq...chaiyok2....

Tuesday, May 11, 2010

hanyalah tuhan saja bisa menentukan semua kesabaran daku menantimu....ku tetap memaafkan dan berdoa kau kembali..sebelum diri melangkah pergi...

Monday, May 10, 2010

Cinta dan Persahabatan

Aleya dan Liyana adalah dua teman sejati. Mereka bersahabat sejak kecil lagi kerana mereka adalah berjiran. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama. Begitulah juga yang digelarkan oleh penduduk-penduduk kampung di sekitarnya. Ibu bapa Aleya dan Liyana juga tidak menghalang hubungan akrab kedua-duanya kerana mereka mempunyai akal fikiran yang pintar di sekolah.

Satu hari di makmal kimia, Aleya dan liyana telah mempelajari tentang proses hidrolisis. Lalu, Aleya berkata kepada Liyana,

“ Liyana, aku ada buat formula sendiri tau. Kau nak dengar?” Tanya Aleya kepada Liyana dengan bersungguh-sungguh.

Ya, ya. Aku nak dengar. Tapi, ada kaitan ke dengan apa yang cikgu ajar pasal hidrolisis ni?” Tanya Liyana.

“ Eh, mestilah ada. Cuba dengar ni. Hidrolisiskan unsur-unsur katod kemarahan dengan isomer-isomer prasangka serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer persahabatan yang oktet. Hurmmm… Apa pendapat kau tentang formula yang aku reka ni ?” aju Aleya setelah dia meletakkan pensel yang digunakan untuk melakar formula yang diciptanya itu di atas sekeping kertas seperti lagak seorang yang mahir.

“ Hehe.. Ada- ada sajalah kau ni Aleya. Pandai kau ubah suai formula Cikgu Amar tu. Nanti tak pasal-pasal dalam ujian, aku tak tulis formula yang Cikgu Amar ajar tu tapi tertulis pula formula yang kau ajar ni,” seloroh Liyana dengan sedikit serius tetapi ada senyuman di hujung bibirnya.

“ Aishh..janganlah sampai macam tu pula. Nanti Cikgu Amar soal kau siapa yang ajar formula tu, teruklah aku. Nanti bukan dia marah kau saja, aku pun mesti kena,” balas Aleya setelah membayangkan sendiri apa yang bakal berlaku.

“ Dah, dah. Mulalah dia bayangkan yang pelik-pelik. Tapikan Aleya, boleh tak kau janji dengan aku yang kita akan menjadi kawan baik sampailah bila-bila,” Tanya Liyana kepada Aleya.
“ Ok. Aku janji. Mestilah kita jadi kawan baik sampai bila-bila pun sebab kitakan dah berkenalan masa dalam perut ibu masing-masing lagi. Tapi, bezanya kau keluar seminggu lbh awal je dari aku. Tak sabar nak tengok dunia,” seloroh Aleya.

“ Tengok tu. Mulalah dia merepek-repek lagi tu. Hehe..You’re my best friends, Aleya,” ucap Liyana sambil memeluk bahu Aleya.

“You’re my best friends too!!” ucap Aleya di telinga Liyana sambil tersenyum lebar.
Lalu mereka berjalan beriringan keluar dari makmal dengan sisa tawa yang masih ada lagi sejak tadi.

Beberapa tahun berlalu, Aleya dan Liyana melanjutkan pula pelajaran di universiti tempatan. Tetapi kini mereka tidak lagi ibarat belangkas kerana terpaksa berpisah. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Namun, mereka masih lagi berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“ Tit..tit..”. Telefon bimbit Liyana berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterimanya. Lalu, Liyana membaca mesej yang diterimanya.

“ Jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu dua insane yang terpisah, jauh itu dua hati yang dipisah. Namun, jauh itu ada rindu yang tak sudah..(”,)”.

Begitulah mesej yang diterima oleh Liyana daripada Aleya. Demilian jugalah rutin mereka jika ada kelapangan, saling membalas meseh- mesej sebagai tanda memperingati sahabat yang dikasihi.

Namun, pengaruh budaya di tempat baru menyebabkan Aleya berubah sedikit sikap baiknya. Dia sudah pandai mencari teman lelaki semasa belajar walaupun sudah berjanji dengan keluarganya bahawasanya dia tidak akanb bercinta ketika sedang belajar. Namunjanji itu tinggal sekadar janji sahaja. Apatah lagi dia jauh dari keluarga. Segala-galanya dia bebas untuk lakukan tanpa kongkongan keluarga.

Disebabkan kelalaian Aleya bercinta bersama seorang lelaki, pelajarannya terabai. Selain itu, banyak wang pinjaman dan elaun yang diberikan oleh ayahnya telah aleya belanjakan bersama teman lelakinya itu. Ibarat dirasuk syaitan, Aliya langsung tidak menyedari segala perbuatannya itu jauhberbeza dengan perangai asalnya sebelum ini yang penuh dengan didikan keluarga. Sifat borosnya menjadi-jadi sehinggakan aleya semakin berani meminta tambahan wang poket yang lebih dari sepatutnya kepada keluarganya. Hal ini amat merungsingkan ayah dan ibunya.

Suatu hari, malang tak berbau. Perusahaan syarikat milik ayah aleya diisytiharkan bankrap disebabkan wang pendapatan syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan yang besar oleh syarikat di samping tidak dapat melangsaikan hutang yang lapuk syarikat itu. Mendengarkan berita buruk itu, ayah Aleya diserang sakit jantung hinggga menyebabkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Dari titik-titik hitam itu, aleya mulai sedar akan kesilapannya. Seharusnya dia membantu arwah ayahnya itu dalam membangunkan syarikat dan bukannya menambahkan bebanan kewangan yang telah dialami oleh arwah ayahnya itu. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Apapun yang aleya buat tidak dapatmengembalikan ayah yang disaynginya kerana beliau telah pergi menghadap-nya terlebih dahulu.

Bagi untuk menebus kesilapannya, Aleya telah mengubah cara hidupnya. Dia telah belajar berdikari dengan apa yang dimilikinya. Tetapi dia sangat kecewa kerana di saat hatinya sedih, teman lelakinya tiada di sisi, malah meninggalkan dirinya terkontang-kanting seorang diri. Sebelum ini dia fikir bahawa Shah akan sentiasa menemaninya di kala susah dan senang namun jangkaannya sudah nyata meleset sama sekali. Shah sememangnya mahukan kemewahan dirinya dan bukannya ikhlas terhadap dirinya. Buktinya, setelah pelbagai musibah yang melanda, Shah semakin menjauhkan diri dari Aleya dan akhirnya menghilangkan diri. Luka di hati kian parah akibat kekecewaan yang dialaminya.

Meskipun begitu, ketika dirinya susah, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Liyan adan keluarga sangat baik hati. Mereka telah menumpangkan Aleya dan ibunya di rumah mereka disebabkan ketidakmampuan Aleya dan ibunya untuk menyewa rumah sendiri. Aleya terasa sangat malu dengan perbuatannya selama ini. Segala-galanya terlambat untuk dikembalikan semula. Hanya kepada-Nya dimohon limpah kurnia dan kemaafan.

Suatu petang aleya dan Liyana duduk di pangkin di bawah pohon ketapang yang rendang sambil menghirup suasana nyaman kampong mereka. Aleya merenung wajah Liyana dalam-dalam. Redupnya paras wajah Liyana seperti suasana yangdirasainya sekarang amat menenangkan jiwanya.

“Liyana, aku nak minta maaf banyak-banyak jika aku ada buat salah dan menyusahkan kau dan keluarga kau selama ini”, kata aleya dengan sayu dan melimpahkan segala air yang bertakung di benteng matanya itu. Aleya dipeluk erat-erat seikhlas hati.
“ Aleya, kau tak pernah buat silap pun pada aku. Kalau ada sekecil zarah pun aku dah tentu maafkan kau. Keluarga aku pun tak kisah kalau kau dan ibu ka uterus tinggal bersama-sama kami. Kau jangan risau ya,” pujuk Liyana.

Aleya melepaskan pelukan lalu membetulkan duduknya. Matanya yang terus-terusan menggugurkan mutiara-mutiara jernih itu disekanya perlahan-lahan supaya tidak mengaburi penglihatannya yang berhadapan dengan Liyana.

“ Liyana, kau sangat baik pada aku. Aku malu sangat sebab keluarga kau sangat bersederhana. Takut-takut menyusahkan pula kehadiran aku dan ibuku di sini.

“ Tidak, Aleya. Aku dan keluarga tak pernah fikir macam tu. Kau tenang ya. Hurmmm…Aleya, aku ada satu cerita pendek. Kau nak dengar tak cerita ciptaan aku ni?,” tingkah Liyana untuk menceriakan suasana.

“ Hehe..Wah, kau pun dah pandai mencipta cerita pula ya? Bila kau belajar ni? Cepat-cepat, aku dah sedia nak dengar ni,” Aleya bersuara ceria mengenangkan saat-saat mereka di alam persekolahan suatu ketika dahulu.

“ Eh, adalah. Aku belajar mencipta senyap-senyap je. Macam ni ceritanya; suatu hari cinta dan kawan berjalan-jalan. Tiba-tiba, cinta terjatuh ke dalam lubang. Kenapa cinta boleh terjatuh? Hurmm.. Kerana cinta itu buta. Kenapa kawan sanggup tolong cinta? Lalu, kawan pun menjawab yang dia takkan melupakan persahabatan,”cerita Liyana dengan egala gaya dari muka sampailah ke tangan dibuatnya.

“ Terima kasih Liyana. Kau telah menyedarkan aku betapa pentingnya tali persahabatan itu sebenarnya. Memang tak ternilai dengan wang ringgit. Aku akan menghargai persahabatan ini,” janji Aleya.

Dan sang suria yang sedang memancarkan sinar malapnya menjadi saksi kepada janji dua sahabat itu sebelum sang bulan muncul menjalankan rutinnya.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, May 9, 2010

pesan roh kepada manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, May 8, 2010

seandainya..

Seandainya aku ...bidadari
pastinya aku terbang
melingkari tiap langkah
dan arahmu.

Seandainya aku...bayu
pastinya dapat ku cium wajahmu
pada setiap senja beralun
akan ku bisikan namamu selalu
dalam gersang suaraku.

Seandainya aku ...hujan
pastinya akan ku basahi
tubuhmu dengan tempiasku
agar kau tetap segar
dalam ingatanku.

Seandainya aku ...malam
pastinya aku datang mengunjungimu
dengan kerdipan bintang
dan sinaran cahaya bulan
mencium dahimu
dalam tidur lenamu.

Tapi sayang...
aku hanyalah aku
dan salamku
sentiasa berbunga untukmu.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, May 5, 2010

Ya Allah, yang ku harapkan hanyalah kasihMu,
serta kasih sahabat yang mengasihiMu,
dan tidak kuharapkan,
kasih yang hanya berlandaskan nafsu,
kecintaan hanya pada dunia semata.

Sahabat…namun kuharap dikau mengerti,
aku hanya mohon yang terbaik untukmu,
kerana kau dan aku,
telah bersama bersaksikan Tuhan yang Satu.

Ya Allah ku berdoa padaMu,
agar Kau ampuni dosa-dosaku,
dan jangan sekali-kali Kau tinggalkanku,
tanpa cahaya petunjuk, penerang jiwaku.

Ya Allah, ketemukanlah daku,
dengan sahabat sejati,
yang bersama meneruskan perjuangan hidup,
hanya keranaMu, Tuhan yang Agung.
Sahabat, seandainya dikau sedar,
aku menuju ke lorong kebencian Tuhan,
bimbinglah aku kembali,
Dan seandainya dikau sedar,
aku menuju ke jalan keredhaan Tuhan,
Pujilah Allah, seikhlas hatimu.

Ya Allah, kurniakanlah kami,
kejayaan di dunia dan di akhirat,
Dan jauhilah diri kami,
Dari kotoran hidup yang menghinakan,
Dari azab akhirat yang membinasakan.
Ya Allah, sekiranya Kau metakdirkan,
kebencian sahabat kerana kasihMu padaku,

Aku redha dan syukur,
Kerna, tiada cahaya yang lebih gemilang,
Dari Nur KasihMu, Yang Maha Pengasih.
Wahai Tuhanku, ku tak layak ke SyurgaMu,
Namun, tidak sekali-kali kuinginkan NerakaMu,
Aku hanyalah hambaMu,
Yang sering alpa dan leka,
Dari itu kupohon,
Bimbinglah jiwaku, hatiku, rohku, jasadku,
dan segalanya yang Kau pinjamkan kepadaku.

Sahabat…kasihilah aku,
Hanya kerana Allah,
Tuhan Yang Maha Besar,
Yang Maha Hidup,
Dan Yang Maha Berdiri Sendiri…
Ameen…

-THE OTHER SIDE OF ME-
entah kenapa
hati ini merasa kehilangan
akan sesosok kepribadian
yang begitu lembut

yang menemani dalam kesendirian
yang menghangatkan dikala hati membeku
hari-hari dalam kebersamaan
mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka

canda tawa bersamamu
kini hanya penantian
tutur sapa dengan dirimu
kini hanyalah impian semata

jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati menanti hadirnya dirimu

-THE OTHER SIDE OF ME-

aku rindu kamu.......

hari demi hari, bulan berganti bulan dan begitu juga dengan tahun...semakin hari aku takut untuk membuat perhubungan dengan orang lagi...aku tau aku pasti akan kecewa...semua insan yang aku sayangi meninggalkan aku...aku sendiri tidak faham napa semua nie terjadi???

tapi aku bersyukur kepada Allah kerana ramai2 manusia, aku menjadi salah seorang dari pilihannya untuk diuji...aku bahagia...dapat kenal sahabat aku..yang selama nie banyak bagi aku support dan banyak bagi aku nasihat tika aku sedih...tika aku memerlukan, dia akan sentiasa ada... tapi...sekarang sahabat aku tak da ngan aku lagi dah... rindu ngan dia ... dia baik... dah anggap dia macam akak aku sendiri... tp, yalah.. kami dua berbeza... aku tak dapat jadi sahabat untuk dia... aku buat banyak kesilapan yang aku sendiri tak sedar....aku tak tau langsung...

apa-apa pun... buat yang mengerti, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan buat dirimu....vhaiyok2....hehehe....assalamuakaikum...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, May 4, 2010

Maafkan aku, sahabat....

Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, sahabat...
Karena ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu

Maafkan sahabatmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Karena inilah sahabatmu
Hanya sesosok manusia lemah yang penuh khilaf

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang selalu ada di sampingmu

Karena sekali lagi inilah sahabatmu
Yang penuh dengan kelalaian

Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh, jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas

Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena
Aku tak bisa membiarkan dirimu berharap kepadaku
Aku tak bisa membiarkan dirimu bergantung kepadaku

Sahabat, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna

Tolong, jangan berharap atau bahkan bergantung pada diriku
Aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tak bisa terus berada di sampingmu

Berharaplah pada RABB yang Maha Sempurna
Bergantunglah pada RABB yang Maha Agung
Kelak kau akan bertambah kuat
Karena kau telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus

ALLAH yang akan Menguatkanmu
ALLAH yang akan Menyokongmu
ALLAH yang akan Membantumu
ALLAH yang akan Berada di sampingmu
ALLAH yang akan Menjamin hidupmu

Bukan manusia seperti diriku...

Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak mendzolimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan

Sahabat...
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
Aku tak tahu berapa tahun, berapa hari, atau bahkan berapa menit lagi ALLAH akan Mencabut nyawaku

Aku hanya ingin bertemu dengan ALLAH dengan tenang
Tolong maafkan segala kekhilafanku

Aku mohon....

Maafkan aku, sahabat....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, May 3, 2010

aku dan kamu.????????

Tulisan ini aku dedikasikan untuk seorang sahabat ku..

perlu kamu ketahui bahawa tak ada sedikit pun di benakku untuk melupakan mu dan tak ada secuil pun penyesalan di hatiku setelah mengenalmu..jangan kau bebani diri mu sendiri,masih banyak orang yang memerlukanh kehadiran mu selain diriku,buatlah orang2 disekeli2ngmu kembali tersenyum .... aku hanya sahabat biasa yang tidak tahu apa yang sedang kau fikirkan...kita telah lama berkawan ... aku menyayangi kau seperti mana aku menyayangi sahabatku yang lain...aku menjauh bukanlah bererti aku ingin melupakanmu...tetapi aku tau kau juga mempunyai tugas lain di luar sana...kau juga ada sahabat baik yang lain bukan.. bahagiakanlah dia...bukankah itu yang slalu ingin kau lakukan....

persahabatan bagiku mempunyai makna yang sangat penting dan sangatlah berharga hingga tak ternilai..dalam tubuhku mengalir darah persahabatan,persahabatan bagiku tidak ada bekasnya dan tidak ada ìstilah BEKAS SAHABAT,dari dulu sekarang dan sampai nanti ....sahabat tetelah sahabat....

dan...buat sahabatku....aku harap kau faham keadaanku... aku manusia biasa... banyak kesilapan yang aku lakukan...biarlah aku sendiri...tanpa sesiapa di sisi...aku tak ingin membebankan bahumu lagi...bagi aku...kau lah sahabat paling aku sayangi....

salam sayang terakhir...daripada wien...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, May 1, 2010

KAU SAHABATKU........

Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita

Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah jangan berjalan
Jauhkan beban dari sang kelam

Mengapa kita mengotorinya
padahal suci didepan mata
Mengapa hati mesti dikhianati
Bila sang raja benar mengarahi....


-the other side of me-

erti sahabat

sahabatku………

seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..

seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……

alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….

dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..

kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam,,,

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..