Thursday, July 29, 2010

Cinta Mengubah Dunia

Cinta adalah sesuatu yang agung dan dahsyat. Semalam ia mengubah dunia, hari ini ia mampu mengembalikan semula dunia kepada asal. Semalam boleh berlalu tanpa apa-apa, tetapi hari ini ia boleh mengubah segala-galanya dek penangan cinta.

Taj Mahal yang terletak di Agra, India adalah suatu simbol erotik cinta sejati Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Cinta dan lara pemerintah kerajaan Moghul itu kepada seorang wanita dimanifestasikan dalam seni binaan yang tidak ternilai oleh akal manusia. Ini adalah dekorasi hasil cinta yang disemadikan dalam seni bina sejarah yang tidak akan hilang dalam sejarah dunia, ia adalah hanya sebuah citra cinta.

Kisah cinta Jalaluddin al-Rumi dalam kitabnya Masnawi. Cinta Rasulullah s.a.w pada umatnya dengan hadith-hadith yang ditinggalkan. Bahana cinta Rabiatul Adawiyah pada Allah s.w.t dengan mengorbankan dunianya. Manifestasi cinta seorang ibu sanggup mengorbankan diri untuk kelahiran anaknya. Romeo dan Juliet beradu cinta dan lara. Laila dan Majnun merana dalam rindu kasih cinta mereka dikuburan lembah pasir. Cinta kembara agung putera raja Qamaruzaman dengan Puteri Budur dalam kisah seribu satu malam dan banyak lagi dalam bingkisan sejarah dunia adalah jagoan-jagoan kisah cinta yang berputik dari kehalusan hati mereka.


Kecintaan kepada ilmu telah mewujudkan ketamadunan manusia sejak berpuluh ribu tahun yang dahulu. Orang-orang Islam dan Greek masing-masing berlumba-lumba mengembangkan ilmu pemikiran dan sains falsafah kerana kehidupan mereka yang penuh kecintaan terhadap ilmu. Buktinya, balai cerap dibina untuk meneroka ruang angkasa dan kitab-kitab ulung yang ditulis sebagai bukti sejarah kecintaan masyarakat Islam pada bidang astrologi dan ilmu-ilmu lain. Ilmu logik berpindah dari satu generasi ke satu generasi dan sekolah 'Academy' yang didirikan Plato menjadi kegilaan orang Greek terutamanya di Athens. Kisah cinta ilmu ini pula menjadi subtopik dalam seni falsafah cinta sepanjang hidup manusia.

-THE OTHER SIDE OF ME-

SENI CINTA

Seni cinta, adalah sesuatu yang abstrak. Tidak dapat disentuh dengan tangan dan tidak dapat dirasai kewujudannya oleh pancaindera yang lima. Tetapi cinta adalah seni halus yang bermain di jiwa, bercorak pada mata hati, berbuai-buai dengan buaian mesra dan kasih sayang. Cukup asyik.

Dalam konteks cinta manusia, selalunya berkaitan rapat dengan perhubungan kekal atau perkahwinan. Tetapi bagaimana pula istilah cinta dengan selain dari manusia? Adakah ia sama sepertinya cinta manusia atau ia mempunyai skema yang tersendiri?

Istilah cinta monyet, beruk atau beruang selalunya mengiring manusia pada proses menempiaskan hawa nafsu. Perlu diketahui, bahawa ramai manusia buta tentang cinta, hawa nafsu dan perbezaan antara dua istilah ini. Manusia kerap kali mengonotasikan hati yang berdebar-debar bila berdekatan dengan orang yang disukai adalah cinta. Karut. Cinta bukanlah hati yang berdebar-debar. Cinta adalah ketenangan, cinta adalah sakinah.

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kami cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu mawaddah (rasa kasih sayang) dan rahmat..." - Surah ar-Rum Ayat 21.

Perkahwinan adalah suatu manifestasi daripada frasa cinta dan kasih sayang. Tetapi adakah ianya benar? dan semua orang yang berkahwin melalui frasa cinta dan kasih sayang?

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ketika itu saya fikir mereka masih belum matang sepenuhnya untuk berbicara tentang cinta. Namun saya cuba membawa pemikiran cinta yang sebenar pada mereka. Persoalan saya pada kawan-kawan saya itu adalah 'Apakah sebenarnya matlamat yang paling utama manusia berkahwin? Adakah kerana cinta, atau kerana sekadar mengikut sunnah, ataupun sebab nafsu semulajadi manusia, ataupun lainnya untuk perkembangan zuriat?'

Ada yang memberi jawapan kesemuanya. Namun saya menolak kerana kerana itu jawapan diatas kertas periksa. Saya mahu jawapan itu dijawab dengan ikhlas dari sumber hati rakan saya yang disoal itu. Masing-masing memikirkannya untuk mencari satu jawapan yang tepat. Ada yang memberikan jawapan kerana zuriat, ada pula yang menjawab kerana nafsu manusiawi, dan jawapan-jawapan lain. Tetapi jawapan cinta amat sedikit yang saya dengari. Saya membuat kesimpulan awal, mereka masih belum kenal erti cinta mungkin, ataupun memang remaja selalunya menipu apabila mereka ditanya tentang cinta kerana mereka belum faham erti cinta.


-THE OTHER SIDE OF ME-

kebahagiaan dalam perpisahan

pasti semua orang yang ada dalam dunia nie pernah mengalami perpisahan kan.... tak kira lah perpisahan antara kawan ka, antara kekasih ka, antara sapa-sapa jak lah... mungkin ramai lagi merasakan keperitan daripada keindahan... aku sendiri juga pernah mengalami perpisahan.. dan bagi aku, perpisahan tu bukanlah yang indah... tapi memang menyakitkan.... adalah masalah yang jadi punca perpisahan aku... hahaha... malas mo fikir... tapi kalau fikir-fikir balik kan.. x semua gak kan perpisahan tu menyakitkan... ada gak yang membahagiakan... hehehe... cuba fikir2... sapa-sapa yang mungkin pernah putus cinta, mestilah rasa sakit kan tapi fikir gak lah bro n sis... haha.. saat-saat putus diingat, tapi time bahagia x ingat plak... apa lah... hehehe... bha..nanti continue lagi ar... ada keja plak nie... nie pun masih di ofis...x tau bila dapat balik sebab duit tak kira abis lagi... hehehe...


wassalam..



-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, July 28, 2010

happy

wah.....tadi gaji dah masuk.. bestnya semua orang ofis nie happy... aku tumpang happy jak lah sebab gaji aku dak masuk lagi.. maybe 2, 3 hari lagi tue.. haha... slip gaji ada suda... bleh tahan gak lah gaji... stgh bulan keja adalah jugak ??????? ratus... haha.. rahsia... x leh bagitau sapa2... hihi... best nya... keja ngan orang baik2 nie.. even kekadang tekanan gak lah.. biasalah bha tu kan.. mana ada tempat keja yang dak bagi tekanan.. masa l.i dulu pun tekanan gak tau.. tapi ckit jak... hehehe... wah... malam nie ada orang belanja nengok wayang... terima kasih lah... nanti kfc plak.. hahaha.... bestnyaaa.... happy.... d tempat keja nie lah aku rasa happy... kalau d umah tu mesti boring dakda buat apa2..hehe... klah itu jak untuk kali nie... wassalam...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, July 26, 2010

wanita solehah...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

-THE OTHER SIDE OF ME-

susah cari kerja???

hari nie aku macam biasa...keja ok.. tapi badmud ckit..tak tau lah napa... hhmm.. biarin ajalah... facebook aku pun lama dah dak bukak nie... cita2 ngan abg2 opis nie tadi, tetiba plak aku tertarik ngan keterangan seorang pekerja sini.. dia cakap lebih kurang macam nie lah " baru aku tau susahnya orang tuak kerja cari duit kan.. menyesal aku dak belajar betul2" ha.. macam nie lah... aku pun fikir dalam2 apa yang dia cakapkan tadi... duii.. betul bha.. memang sakit owh cari duit nie.. aku pun baru faham cemana ayah cari duit untuk tampung keluarga selama nie.. walaupun ayah keja x hebat macam orang lain, tapi alhamdulillah kami dapat sumber yang halal.. aku nie kan anak sulung.. lagi lah besar tanggungjawab mo pimpin adik2 lagi.. aku harap aku boleh jadi anak yang boleh diharap lepas nie.. x mo kecewakan ibu ngan ayah... cemanalah ya agak nya orang-orang yang keja petani, buruh kasar, nelayan dan keja-keja lain yang teruk-teruk tue???? x dapat aku bayang kan... susah mencari nafkah demi anak-anak yang disayangi... bagus jugak kalau anak-anak dorang nie boleh diharap... kalau yang tau melawan sak.. tau menerajang mak bapak sak... macam mana pulak tue??? sapa yang mo di salahkan?? mak bapak ka yang salah mendidik?? hhmm.... ciannya ayah...

ayah...wini janji mo jadi anak yang baik untuk ibu ngan ayah... wini mo buktikan wini boleh berjaya macam orang lain gak...sayang ibu ngan ayah tau....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, July 25, 2010

kadang2...

kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi ...
banyak pula dugaan yang datang...

kadang-kadang kita berdoa minta cerdik, tapi...
masalah pula yang bertandang...

kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi...
huru hara pula menjelang...

dugaan menjadikan mental kita kuat..
masalah menjadikan kita berfikir...
huru hara menjadikan kita lebih tabah...

SUBHANALLAH...
betapa hebatnya Allah..
semua aturannya ada hikmah..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, July 24, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


AMIN.....

-THE OTHER SIDE OF ME-

kau temukan dia

kau temukan lagi seseorang yg bisa
menjadi pendampingmu saat kau lemah
dia kan mencuba membuatmu bahagia
dan menjadi penyokong saat kau lemah

di saat kau merasa lemah tak berdaya
dia kan mencuba memelukmu dngn hatinya

kau temukan lagi seseorang yg bisa
menjadi pendampingmu saat kau lemah
dia kan mencuba membuatmu bahagia
dan menjadi penyokong saat kau lelah
(letih tak berdaya)

kuingin engkau percaya
bahawa aku bahagia melihatmu dengannya
aku minta tetaplah setia
kerana aku bahagia melihatmu dengannya

tak ada lagi yg aku takutkan
dari kehilangan ini
aku akan tetap berdiri

kau temukan lagi seseorang yg bisa
menjadi pendampingmu saat kau lemah
(letih tak berdaya)

berbahagialah di sampingnya..semoga dia menjadi peneman suka dan duka mu...

amiinnn....


-THE OTHER SIDE OF ME-

alhamdulillah

Jika benar itu cinta, mengapa selalu mengingkari…
Jika memang masih ingin bersama, kenapa mesti saling menutupi…

Aku hanya ingin bahagia, walau bahagia itu kadang2 menyakitkan….
Walaupun kadang2 tak adil, kerana memang tak ada yang blh benar2 adil…
Bahkan keadilan sendiri pun tak kan adil…

Tapi jika memang cinta itu sudah tak ada…
Atau bahkan tak pernah ada,
Tolong pergi sejauh2nya dariku…
Kerana sekali lagi ku hanya ingin bahagia…


-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, July 23, 2010

hampir jatuh air mataku kerana sahabat

Aku kira, aku sangat cekal saat ini. Bukan memuji diri sendiri, sekadar mencetuskan satu episod yang paling bermakna dalam hidup. Aku berani berkata-kata. Bersungguh-sungguh menyampaikan pesan. Sering sahaja berbicara dari hati ke hati. Saling menziarah. Saling memberi. Sehingga sampai sekarang, episod demi episod itu masih terbayang-bayang. Terkenang-kenang. Terhidu-hidu.

Boleh jatuh air mata aku, sahabat. Mengenangkan segala-galanya, buat aku rasa..

Rasa sesuatu!

Rasakah kau apa yang aku rasa?

Persahabatan yang sukar aku gambarkan seperti apa. Coraknya bagaimana? Isinya macam apa? Terlalu manis. Mungkin kerana kita bersahabat bukan kerana rupa, harta, pangkat. Sama-sama bergerak memperbaiki diri, saling membuang hasad dengki, prasangka buruk, mudah memberi maaf, saling mempercayai, saling menyampaikan pesan dengan sabar dan kebenaran.

Ingatkah, kita pernah bertanyakan tentang pengisian jiwa demi pembaikan diri kita bersama. Semangat muda luar biasa.

Subhanallah.

Juga sampai satu ketika, kita berpelukan, menangis. Kerana satu hari tiba-tiba, terperangkap dengan hasutan syaitan, saling diam, dan masing-masing tak bertegur sapa. Hari itu juga, sama-sama menyatakan maaf, menghapuskan salah faham dan sengketa.

Kerana..kerana..

Kerana aku tak mungkin, tanpamu sahabat! Hati aku gelisah.. Jiwa aku ini resah..

Walaupun saat itu kita masih buta tentang teori persahabatan kerana Allah, namun hakikatnya kita sedang menjalani praktikalnya bersama-sama. Kerana itu, aku rasa kita bahagia. Terlalu.

tapi kini....aku dan kau sudah berbeza...mungkin kerana silapku....maafkan aku...



-THE OTHER SIDE OF ME-

My beloved...

Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

-THE OTHER SIDE OF ME-

SAD??? nope... hehe

KESEDIHAN..Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia,kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata,namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:

1.Bila kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh seseorang,mulalah kita menjadi negatif,terasa kekurangan diri..aku bodoh,aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu,aku ini..semua yang menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat kita merendah diri.

2.Bila ada negara yg di landa ribut,taufan spt di China skrg dan spt Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa tahun dulu..ramai yg terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu kita yg mendengar apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan keluarga tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah ramai yg simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan bantuan dari negara luar termasuk Msia.Sama juga seperti kawan2 kita yang sedang kesedihan kerana putus cinta,kena tipu,kehilangan org tersayang..kita cuba bantu mereka meredakan kesedihan atau berkongsi masalah mereka dengan nasihat dan kata2 positif.Inilah contoh bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.

Sebenarnya,Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kesedihan sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau kecelakaan pada diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya samada hendak membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila cinta putus di tengah jalan,ia sebenarya membawa seseorang itu ke titik permulaan dalam hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamerkan diri,dan bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa kemusnahan diri.Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan sebab itu jangan membuat keputusan dalamkeadaan kita yang tertekan.Pilihan ditangan kita.
Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh membaiki jiwa kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku hidup ini dengan tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita,...

'KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN'

Utk kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah ia..cambahkan ia,agar esok dapat memungut faedah kegembiraan darinya dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi..'

*Utk 'M' sekali lagi apa yg kau mahu aku lakukan, telah aku lakukan disini dan kau sendiri tahu bagaimana aku saat2 begini.


Utk kawan2 disini sbenarnya sy sendiri dalam kesedihan,Namun saya cuba pamerkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini sebagai pengubat/penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenaka saya,saya yg duka turut jd hepi.So,.............

BE HEPIIII.... ;) Hidup mesti diterus kan!

-THE OTHER SIDE OF ME-

RedhaMu aku harapkan

Aku perlu terima segalanya dengan hati yang sabar dan tabah.

Aku perlu terima segalanya dengan penuh kesyukuran.

Aku perlu terima segalanya dengan harapan pasti ada penyelesaiannya

Aku perlu terima segalanya dengan berfikiran terbuka agar aku dapat berfikir dengan lebih baik.

Aku perlu terima segalanya dengan hakikat bahawa allah sayang akan aku kerana mengurniakan aku ujian demi ujian.

Aku perlu terima segalanya dengan harapan aku tidak akan berputus asa.

Aku perlu terima segalanya jika itu jalan membahagiakan orang lain...

Yup...aku terima segalanya....



Darimu aku datang dan kepadamu aku kembali
Berilah kepadaku kekuatan untuk menjadi khalifahmu dimuka bumi ini.
Berilah keyakinan kepadaku untuk terus melangkah dengan penuh keyakinan.
Tunjukilah kepadaku segala kebenaran.
Berilah kepadaku rezeki..tetapkanlah rezeki ku..
Tutupkanlah pandangan mereka yang ingin menzalimi diriku..



AMIN..



-THE OTHER SIDE OF ME-

in love??????

When you are in love, the world seems like a great place to live in.
Love has that effect on everyone.
Life seems worthy of living and fate seems more giving.
Being in love is therefore one of the most enriching and precious experiences of one's life.
The following "in love" quotes discuss what it is like to be enriched by love.


Words cannot express the grief one feels when one loses love.
Then again, wise words can heal wounds and help us reflect on the tragedy.
If you have undergone a personal loss
-- the loss of love or of a loved one --
you will find this list of lost love quotes very relevant.

THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, July 22, 2010

Izinkanlah aku menyintaimu

Wahai Tuhanku Ya Allah.


Pertama tamanya aku menulis bukan mengeluh tapi kerana kasihku padaMu Tuhan

Aku dijadikan manusia untuk sentiasa bersyukur. Kau maha mengetahui segala galanya. Sedangkan aku hanya manusia yang hanya pasrah dihadapanMu. Sesungguhnya tiada siapa yang lebih berhak memiliki aku kecuali kamu kerana ibadah,hidup dan matiku hanya untukMu Ya Allah. Aku hanya menanti dengan penuh kesabaran kerana aku pasti aku akan miliki bahagia tidak disini tapi disana nanti.


Sudah puas aku melangkah mencari erti kehidupan ini, jika aku tumpukan hanya pada dunia, aku akan hilang untuk akhirat. Jika aku tumpukan akhirat, aku akan jauh ketinggalan di dunia ini. Aku inginkan kedua duanya. Rabbana atina fiddunya hasanah wal fil akhirati hasanah wa qinna adzabanar.


Disini aku menulis lagi. Betapa aku bahagia bila diuji, betapa aku bahagia mengerti kesabaran juga ketabahan, betapa aku bahagia aku meningkatkan diriku pada keimanan dan keteguhan jiwa agar aku tidak jatuh dan melayang jauh entah kemana. Aku cuba menghindari dosa dosa yang telah aku lalui. Aku tidak berdaya menahan segala kesedihan mengingati masa lalu kerana kelalaiku.


Aku minta padaMu Ya Allah! Tuntunlah aku kemana perginya diriku ini dan kemana setiap langkahku juga tegurilah aku seperti mana Engkau mengujiku agar aku tidak jatuh dari segala dosa dosa. Berikan aku keredhaan diatas bumiMu ini. Di atas nama cintaku padaMu Ya Allah. Atas nama cintaku yang kudus aku mengingati sebuah kehidupan yang telah Engkau tentukan padaku. Ibadah, hidup dan matiku hanya untukMu.


Setiap manusia diuji betapa hebatnya manusia yang dapat menerima setiap ujian dengan ketabahan tapi tidak pada aku. Waktu aku kehilangan insan tersayang, aku tidak rasa ketara. Sedihku seketika kerana aku masih ada keluarga. Setelah kehilangan dia, aku jadi manusia yang hilang fokus. Aku hanya menyendiri dan mencari erti diriku sendiri. Ada masa aku jadi pemarah, penyedih dan aku takut untuk sayangi sesiapapun kerana satu saat mereka juga akan meninggalkan aku.


Semakin lama aku pendam dengan sikap amarahku yang terlalu emosi ini telah termakan diriku. Aku jadi manusia yang suka pada kebencian. Aku jadi tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan. Ternyata bodohnya aku masa itu. Setelah aku cuba membuka pintu hatiku, lagi sekali aku jadi pemarah kerana aku benar benar ditipu dengan kata kata manusia yang hanya tinggal janji. Aku jadi benci dan semakin benci pada semua orang. Akhirnya aku temui cintaku, cintaku yang satu ini pada manusia yang merubah aku menjadi manusia yang penuh kebencian pada kasih sayang sehinggakan kasih sayang itu aku berikan pada semuanya.


Walaupun cuma tertulis untuk sementara aku kecapi kebahagiaan itu bersamanya, aku rasa satu pukulan hebat untukku menghadapi satu lagi kematian didepan mataku. Aku cuba sekali lagi belajar redha, ikhlas, sabar dan bertawaduk. Aku hanya manusia Ya Allah! Manusia yang tidak berdaya menahan segala kesedihan ini. Saat aku kehilangannya, aku rasa kehilangan sebuah permata yang tidak ternilai harganya sekali lagi.


Aku takut Ya Allah! Aku takut!! Aku mahu menangis sepuas puasnya tapi aku tidak bisa untuk menangis kerana ini satu membebankan dirinya. Ya Allah.........dakapilah aku Ya Allah agar aku bisa kuat menghadapi semua ini Ya Allah. Ya Allah! Ampunkan dosa dosaku Ya Allah!!


Ya Allah! Aku bersyukur padaMu yang memberikan aku jalan menuju ke fitrah kebesaranMu. Tapi aku tidak berdaya melawan segala yang Engkau takdirnya sehingga aku tidak sanggup lagi membunuh perasaanku lagi. Biar apa yang Engkau duga padaku, aku akan berusaha untuk kembali tenang. Kembali pada keredhaanMu walau apa pun terjadi. Aku kehilangan orang yang aku sayangi buat ketiga kali. Ya Allah!! La haula walla quwatta billahi aliyil azhim! Tiada yang lebih berkuasa melainkanMu Ya Allah! Sesungguhnya apa yang Engkau memperlihatkan aku tentang sebuah kematian yang tertubi tubi dihadapan mataku, ternyata Engkau mengingati aku tentang kematian aku entah bila. Bila kematian itu datang, tiada siapa yang tahu. Aku tidak tahu, siapapun tidak tahu. Apa yang harus aku lakukan bersiap sedia untuk menghadapinya.


Setiap nafasku yang kini, aku hanya pasrah dan terus pasrah. Melangkah dan terus melangkah. Alangkah indahnya, jika aku sentiasa melangkah dengan kesyukuran agar aku bisa terus melangkah dan terus melangkah kejalanMu Ya Allah. Aku cuba meletakan diriku dengan penuh kasih sayang pada semua orang agar aku bisa berbakti untuk sesiapapun. Aku tidak minta segala simpati dan perhatian. Aku hanya minta pengertian agar aku bisa meneruskan kehidupan ini. Ya Allah! Aku cinta padaMu!


Sekarang surat cintaku padaMu tertulis lagi dan aku akan teruskan surat cintaku ini padaMu. Izinkan aku teruskan mencintaiMu yang kekal dan abadi. Jika cintaku ini pada manusia hanya sementara. Izinkan aku! Izinkan aku mencintaiMu Ya Allah! Izinkan aku mencintaiMu sepanjang hayatku Ya Allah! Aku tidak berdaya melawan segala takdir yang diturunkan padaMu atas izinMu aku ingin merasakan bahagia seperti apa yang Engkau kehendaki. Izinkan aku terus berbakti kepadaMu dan juga hamba hambaMu. Mempermudahkanlah urusanku Ya Allah! Jangan Engkau biarkan aku walau sekelip mata pun. Aku tidak dapat melawan rasa cinta dan rinduku pada orang orang yang aku sayangi dan aku tidak sanggup berpisah denganMu walaupun sesaat. Aku ingin Engkau dakapi aku, sayangi aku dan ampunkan segala dosa dosaku. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini seorang diri Ya Allah!! Apa dayaku hanya manusia yang cuma menyerah pasrah. Aku sayangkan abahku, aku sayangi ibuku dan aku juga sayangi kekasihku. Mereka telah Engkau ambil kerana kasih sayangMu lebih dari diriku tapi tidak berdaya merasakan rindu yang amat dalam ini Ya Allah. Aku tidak berdaya! Aku tidak berdaya!!


Izinkan aku Ya Allah! Izinkan aku Ya Allah memiliki bahagia di dunia ini walaupun seketika. Aku bermunajat Cintaku padaMu. Bawalah aku bersamaMu jika sampai masaku nanti. Izinkan aku memiliki Husnul KhotimahMu. Izinkan aku!! Alhamdulillaah.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Masa ini mungkin yang terbaik

Kekasih semalam berlalu pergi
penuh samar deraian tangisan
wajah kepudaran direntap kehampaan
kecewa hati meronta
berat hati berkata
"mungkin ini masanya''

Selangkah itu bagai hirisan pedang
tiap titis tangisan itu bak permata yang ku buang
gelap hati dibawa ombak keresahan
ingin kuronta , tiada daya
kekuatanku hilang bagai batu menghempap, ketika ku berjalaan mencari teduh

Bagai apa pemergianku disambut ketawa
hati kotor merencana
apa daya.... hilang arah mencari siapa
''mungkin ini masanya''

Izinkan aku bercerita walaupun tiada sudi mendengarnya
jika ku sesat nanti jangan difikir
usah dikaluti
biarkan aku berlalu walau ada yang bergembira hati
''mungkin ini masanya''
perlu aku terima..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, July 21, 2010

cerita

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang
bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati
yang satu, sama ada telah kita berikan kepada
seseorang atau masih kita simpan sendiri.


Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti
pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika
anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan
mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya,
anda akan mendapat kesemuannya semula.

Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah
satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan
hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang
yang anda cintai itu, Tak usah reserve untuk orang
lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya
saja.

Jujur, balasannya nikmat; sebaliknya curang balasannya
derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik
manakala buruk dibalas buruk. Jika anda bermain-main
dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati.
Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya
di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati
yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai
orang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.

Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratus
di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami
seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri.
Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk
orang lain. Berbuat begitu bererti sengaja mencarik
bahagia. Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hati
atau memberikannya sepenuh hati. Berada di
tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan
rasa-rasa tidak selesa.

"Hatimu untuk siapa?" Sebenarnya satu pertanyaan yang
perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya
sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya
untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada
di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya
menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan
hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya.
Jujurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran anda
memang bermula daripada hati yang betul. Jika anda
telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku
jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan
setulusnya.

Jadilah seperti serikandi tatkala membulat hati untuk
berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali
keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat
perjuangan. Jika anda telah bergelar isteri, saatnya
untuk memberikan sepenuh hati pada sang suami; biarpun
dia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahan
curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk
menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah
miliknya.

Dia bukan suami yang baik, itu urusan dia dengan
TUHAN-nya; dia bukan seorang suami yang soleh, itu
urusan dia dengan TUHAN-nya; dia seorang suami yang
zalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan,
itu urusan dia dengan TUHAN-nya.

Anda tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabkan
terhadap semua kekalutannya, tapi anda akan
bertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnya
anda berikan seratus peratus pada dia.

"Hatimu untuk siapa?" Sebuah epilog cinta dari dua
insan yang saling memerlukan. Sama ada anda merelakan
ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri
itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya,
namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada
seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul
kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan
terus bersalah.

Fikir, renung dan tengok.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, July 20, 2010

DIAM DIRI LAGI BAIK..

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta SeKalian Makhluk ALLAH SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT (Naudzubillaahimindzalik).

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Diam Orang Mukmin Itu Ibadah.

Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula dalam ingatan.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

*HIKMAH DIAM.

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).

Madah Dari Hukama:

Banyak Diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara.

Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salah memikirkan kesilapan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

*Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih lagi mulia serta terpuji yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu.

*Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak.

[Orang yang 'Alim (Berilmu tinggi@banyak ilmu) biasanya PENDIAM.]

Wallahu'alam

-THE OTHER SIDE OF ME-

wanita

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)


Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Aku tetap aku

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan

Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...


Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."

-THE OTHER SIDE OF ME-

DIA TETAP SAHABATKU

kata mak,.....

KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,.....

KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....

kata atuk,......

KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....

kate sedare,....
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,.....

KAWAN tu tak ubah macam
durianbau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,.......

KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,.....

kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN

&

MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

-THE OTHER SIDE OF ME-

frenship...

Assalamualaikum W.b.t..

sahabat.........

Izinkan mata penaku menari, mencari irama penghargaan buat ikatan persahabatan yang terindah dan tidak ternilai ini.


Sahabatku...

Aku suka waktu kau mendorongku bersamamu. Menjadi mawar aspirasi di Taman Larangan buat sembahan raja mujahid di Syurga Idaman.

Aku suka waktu kau memberi bimbingan untukku tidak menjadi seperti epal yang berselerakan di tanah.

Aku suka waktu waktu kau memintaku kekal sebagai epal larangan di puncak yang di jamin keberkatan.

Aku suka waktu kau menceritakan perihal srikandi yang menjadi idola pemudi muslimah. Kekal berjuang walau nyawa menjadi taruhan.

Seperti Mashitah, di pujuk anak kecilnya menyusul jalan ke syurga. Juga seperti Sumayyah yang bias menggegar dunia. Fatimah Az-zahra, penghulu wanita syurga Rabiatul Adawiyyah, bahkan Ainul Mardhiah yang bakal dinobat sebagai pemaisuri buat Raja Syahid kerana berjihad mempertahankan kedaulatan Islam.

Aku gembira kerana mengenalimu sebagai SAHABATKU...

Teman,

injak kakiku terasa longlai ke udara,
Tiada rasa sayu,
Tiada rasa pilu.
Andai aku tiada,
Abadikan memori kita bersama...

Pahatkan tanda kuburku,
Dengan kasih sayang kalian,
Seharum mawar putih,
Dan wangian kasturi..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, July 19, 2010

pengalaman

sebagai pekerja baru dalam safeguard nie, aku harap semua staf dan yang lain2 bekerjasama dengan aku...best keja sini...bahagia...semua staf baik2 belaka dan memang lucu lah bha....pacik2 guard pun baikkkk sangat2....hehe.....kawan2 semua care....keja pun dak jugak bha teruk sangat...key in duit jak ...hantar g HQ...apa2 pun memang best lah bha....hhmm...pengalaman dapat keja macam nie, macam akauntan pulak aku rasa tau...haha....masa keja ni lah aku dapat lupakan semua nya...aku happy lah ngan dorang nie....hhmm...untuk kawan2 aku yang selalu mendukung aku dari belakang... aku harapkan yang terbaik untuk aku dan doakan yang terbaik untuk aku k... sama2 lah kita berjaya di dunia dan akhirat.... kalau ada rezeki, kita sambung study lagi k..nie keja untuk kumpul duit sak nie...jap jak bha... bukan lama pun..hahahha....k...

wassalam...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, July 17, 2010

sandaran hati

Cinta,
Pernahkah sesaat dikau fikirkan,
Mana mungkin Rembulan mengada tanpa Matahari ?
Mana mungkin Matahari mendahului Rembulan ?

Cinta,
Pernahkah sesaat dikau renungkan,
Mana mungkin ”tulang rusuk” mengada tanpa ”rongga dada” ?
Mana mungkin rumah mengada tanpa ada yang mendirikannya ?

Cinta,
Pernahkah sesaat dikau dengarkan,
Bahwa bintang-bintang di langit senantiasa bernyanyi riang,
Mana mungkin ”Ikan” mengada tanpa ”Air” !
Mana mungkin ”Ikan” mengada tanpa ”Air” !
Mana mungkin ”Ikan” mengada tanpa ”Air” !
Yakinlah padaku Cinta-ku,
Bahwa seluruh Kerajaan Bumi ini tak lebih berarti dari sebutir gandum,
Mari kita bangun Kerajaan Tersembunyi !
Kerajaan kita yang sejati,
Mari kita bangun sejatinya Peradaban Aquarius !
Dan sungguh !
Aquarius tidak akan pernah sempurna tanpa Pisces !
Bukankah harapanmu ingin menyumbangkan “sedikit saja” sesuatu yang berarti dalam hidup ini ?
Mari Cinta, kita wujudkan mimpimu, mimpiku dan mimpi-mimpi mereka.

Cinta,
Pernahkah terlintas di fikiranmu tentang sebuah kemungkinan,
Bahwa engkaulah Maha Dewi itu !
Bahwa engkaulah Putri Salju itu !
Bahwa engkaulah Nawang Wulan itu !
Dan ketahuilah, akulah si pemimpi itu !
Joko Tingkir yang berhasrat mencuri selendang putihmu !

Cinta,
Pernahkah dikau rasakan,
Sejuknya angin fajar membelai lembut wajahmu ?
Yakinlah padaku,
Itulah hembusan nafas cinta dan kerinduanku padamu,

Cinta,
Kumohon padamu sekali lagi,
Bukalah dan tajamkan mata hatimu,
Sungguh aku tak kan pernah bosan menunggu,
Karenamu aku tlah belajar tuk lampaui ruang dan waktu.


Cinta,
Mohon tatap lekat-lekat kedua bola mataku,
Dengar dan rasakan degup dan gemuruh jantungku,
Eja-lah setiap huruf yang meluap dari kedalaman samudera hatiku,
Bacalah setiap kata yang jatuh satu-per-satu di bibirku.

Duhai Cinta-ku,
Duhai Cahaya mata-ku,
Mohon tatap lekat-lekat kata-kata ini dengan kejernihan dan keindahan matamu,
Asal mula adalah Salju, sebelum tercipta Waktu,
Ingatkah engkau ?
Sungguh aku sepenuhnya sadar bahwa aku tengah bermimpi !
Engkaulah ”Salju” itu dan akulah ”Waktu” yang merangkak letih di permukaan Bumi,
Inilah sejatinya dongeng yang pernah dituliskan-nya untuk kita.
Ingatkah engkau ?
Dan sungguh ! kukatakan padanya,
Aku tak ingin ini hanya sekedar kenanaran mimpi !
Bersama Dia dan bersamamu,
Dengan cinta Dia dan dengan cinta kita kepada Dia,
Aku yakin kita mampu mewujudkannya di Bumi ini,
Tentunya, semua itu hanya akan mewujud dengan kuasa, kehendak, perkenan, serta ridha-Nya.
Mohon mengertilah..., mohon percayalah...,

Kumohon padamu Cinta-ku,
Sebelum semua cerita kehidupan ini usai,
Sebelum semua tirai sandiwara kehidupan ini disingkapkan,
Sebelum semua epos kehidupan ini diakhiri,
Mari kita sempurnakan semua itu,
Agar dunia bersama kita dapat belajar untuk mengetahui,
Bahwa semua adalah satu !
Agar dunia bersama kita mau menyadari,
Bahwa ketulusan dan kesederhanaan Cinta di atas segalanya !

Cinta,
Pesanku terakhir padamu,
Mohon baca, lihat, dengar dan mengertilah,
Belajarlah untuk memahami bahwa tidak ada istilah ”kebetulan” dalam hidup ini,
Semua tanda, semua huruf, semua puisi, semua nada, semua lagu, semua drama, semua film dan semua yang mengada kini tertuju hanya padamu.
Akulah Angin dan Engkaulah Api !

Cinta,
Jika benar engkaulah ”ikan” yang selama ini ku cari,
Maka engkau akan mengetahui, akulah ”samudera” yang senantiasa kau nanti.

Cinta,
Dimana pun jua engkau berada,
Sungguh telah kukirimkan semua tanda dan pesanku padamu,
Duhai Cinta-ku,
Duhai Maha Dewi-ku,
Duhai Belahan Jiwa-ku,
Duhai Bintang Jatuh-ku,
Duhai Putri Salju-ku,
Akulah tapak Sang Waktu yang berjalan mengitari wajah Bumi,
Akulah Waktu yang terduduk bersimpuh di antara subuh dan kilat senja,
Akulah Waktu yang berharap sebelum kebinasaan mutlak,
Salju kan turun kembali menghapus segala rupa,
Akulah pasir yang berbisik lirih padamu,
Bahwa mutiara terpendam harus segera diungkapkan,
Marilah, Oh duhai separuh jiwa-ku,
Kita sempurnakan semua puisi, semua syair, semua lagu, semua cerpen, semua drama, semua dongeng, semua sandiwara, semua film, semua buku, semua kitab, semua filsafat, semua agama, serta semua evolusi di muka Bumi ini.

Cinta,
Melalui wujud penyatuan kita ini.
Mari kita satukan dua kepingan cermin yang tlah lama terpisah,
Mari secara perlahan kita kilapkan cermin Bumi ini,
Agar wajah Rembulan kembali memantulkan cahya Matahari,
Yakinlah, bayangannya kan menyibak kegelapan yang menyelimuti Bumi,
Mari, mari Cinta-ku,
Mari kita sama-sama belajar untuk memahami seuntai kata rahasia,
Tiada daya dan upaya, kecuali dari dan milik Dia,
Mari kita sama-sama belajar untuk menyadari sebait puisi murni,
Sesungguhnya kita berasal dari-Dia dan akan kembali pada-Dia,
Meskipun sungguh sedikitpun kita tak punya kuasa,
Namun dengan kehendak, kuasa, ridha, serta perkenan-Nya,
Melalui, di dalam, dan bersama-Nya,
Secara perlahan mari kita sama-sama belajar berlayar dan berusaha menyelami samudera kehidupan,
Semoga akhirnya keberuntungan membawa kita pada Mutiara Yang Terpendam.

Cinta...,
Demi Dia, Dzat Yang Membelah batu hingga menetes air mata Cinta,
Aku datang bersimpuh memohon padamu dengan hati berlumur darah Cinta,
Kupinang engkau,
Atas dasar kecintaanku pada Dia.
Kupinang engkau,
Dengan mahar, kefakiran absolut-ku dihadapan Dia.
Kupinang engkau,
Dengan mahar, kebodohan absolut-ku dihadapan Dia.
Kupinang engkau,
Dengan mahar, sebuah ”Cincin Sulaiman” tanda bulat dan utuhnya keyakinan-ku,
Bahwa engkaulah pasangan sayap jiwa dan ruh-ku yang sejati,
Sungguh ! sulit bagiku tuk sampai pada ketinggian dan keagungan kursi-Mu hanya dengan satu sayap,
Dan jika engkau sudi untuk bermurah hati tuk menjadi istriku nanti,
Maka aku akan senantiasa memohon padamu Cinta,
Singkapkan kain kebaya yang menutupi ”betis” putih indahmu itu !
Dan jangan kau hiraukau jika aku terkapar pingsan beribu-ribu tahun karenanya !

Cinta,
Saatnya kututup puisi ini,
Dan kuajak engkau bersamaku bersimpuh dan memohon pada-Nya,
Dia Yang Maha Esa,
Dia Yang Maha Pecinta di atas semua pecinta,
Dia Yang Maha Lembut di atas semua yang lembut,
Dia Yang Maha Menyatukan segala yang terserak,
Semoga kiranya kehendak, kuasa, ridha dan cinta-Nya luruh dalam puisi pinangan ini.
Dan, dengan perkenan-Mu,
Kupintakan angin senja dengan lembut untuk menyampaikan pinangan ini padamu,
Dengan untaian kata,
Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantaramu.
Dan orang-orang yang tidak mampu menjaga dirinya.
Sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.
Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Cinta,
Kutunggu, dan sungguh akan selalu kutunggu jawabmu,
Sebagaimana seluruh seisi semesta alam pun senantiasa setia menunggumu.
Dan sudah selayaknya kita sepenuhnya yakin, bahwa Matahari tak kan pernah ingkar janji.

Amin ya Rabbal a’lamin.


-THE OTHER SIDE OF ME-

SEBELUM KAHWIN...SUDAH BERCINTA??????

bahaya cinta sebelum kahwin
~pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

~menyibukkan hati merindui makhluk yang tak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya

~hati akan terseksa dengan barah rindu

~rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan

~cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat

~aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta

~fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan

~jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku

~jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

nauzubillah!

-THE OTHER SIDE OF ME-

Perpisahan itu perlu aku fahami

~Kita dapat mengharunginya
~Aku boleh hidup tanpamu
~Minta pertolongan daripada seseorang
~Biarkan mereka membantu
~Terima kenyataan
~Aku bukan untukmu
~Kita tidak keseorangan
~Hari esok akan tiba
~Kita tidak akan berduka selamanya
~Kita seorang yang hebat
~Ambil masa untuk mengubatinya
~Kosongkan kepala
~Analisa kejadian yang berlaku
~Banyakkan berehat
~Berkerja secara produktif
~Berkongsi dengan orang yang berpengalaman
~Buat jadual baru
~Teruskan aktif
~Kita masih belum rasional lagi
~Kita tidak seaktif dahulu

-THE OTHER SIDE OF ME-

aku memahami mu lelaki.......

Seperti juga wanita yang ingin dirinya difahami, lelaki juga mahukan perkara yang sama terutama dari pasangan yang dicintainya. Oleh itu sebagai isteri tidak ada salahnya untuk member perhatian khusus pada suami agar dirinya mampu berasa selesa dari belaian anda. Ketika suami berhadapan dengan masalah atau menghadapi peristiwa sedih pastikan anda selalu ada di sisinya. Kehadiran anda pada saat itu merupakan kekautan untuknya bertahan dan keluar dari masalah yang sedang dihadapi.



Istilah I’ll be your shoulder to cry bukan saja ditujukan kepada kaum wanita yang mudah sekali menangis bila perasaannya terluka tapi juga untuk lelaki. Walaupun mereka pantang mengalirkan air mata di depan wanita khususnya, tapi sebagai manusia rasa sedih tidak dapat dielakkan pada waktu-waktu tertentu.



Sebagai seorang isteri anda harus bersedia untuk mendengar segala keluh kesahnya dan membuat dirinya kembali ketawa. Dia juga memerlukan tempat mencurahkan dan berkongsi isi hatinya.



Ketika seorang suami dihadapkan dengan pilihan yang mengelirukan, jadikan diri anda di pihak yang neutral dan tidak memihak ke satu-satu pihak. Berikan saranan terbaik untuknya agar mampu membuat keputusan tepat dengan rasa tenang keranan dirinya merasa bahawa anda selalu mendampinginya.

-THE OTHER SIDE OF ME-

bacalah.....

Awak,

terima kasih ye dtg dalam hidup saya
terima kasih juga sbb sudi jadi kawan saya

Awak,

kedatangan awak saya tak jemput
saya terima awak mcm kwn saya
even awak dah buat saya menangis
buat saya sedih
kecewa dengan sikap awak

Awak,

saya hargai kedatangan awak dalam hidup saya
tapi saya terkilan dengan awak
saya kecewa
saya sedih

Awak,

awak nak tahu kenapa saya cakap macam tu?
sebab kedatangan awak
kedatangan awak makin mengeruhkan hubungan kami
hubungan kami yang sedia ada keruh
dan kedatangan awak menyebabkan hubungan tu semakin keruh

Awak,

saya tak nak salah kan awak
saya tak nak salah kan pertemuan kita
tapi saya terkilan dengan sikap awak
kenape buat kami macam ni?
kenape nak buat kami berbalah?

Awak,

Saya harap awak sedar kesilapan awak
saya harap Allah akan berikan pertunjuk kepada awak
ke jalan yang benar
jalan yang di redhai Nya

Awak,

kemarahan dia masih ada bersama saya
kemarahan yang tak kan hilang
awak membuatkan kemarahan nya membuak-buak dengan saya
tanpa awak sedari
kemarahan nya menjadi kebencian pada saya

Awak,

terima kasih ye awak
terima kasih untuk segalanya

Wassalam.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, July 16, 2010

kerja lagi....

ari nie keja setengah hari sak... hehe... penat jugak even tak banyak keja tadi.. ntahlah... tekanan bha sejak akhir2 nie... betul gak org cakap...sabar orang tu ada tahapnya kan.... huhuhu... ndak tau lah plak kesabaranku... masih ka mo bersabar atau apa yang seharsnya aku buat ... haiyaa... mo mengeluh pun dak bagus... kak aku pena bagitau jangan mengeluh..x baik... hehehehe...ok3....sis, saya x marah lah ngan sis k... xda apa pun nak d marahkan.. kita anggap jak semua dak pena erjadi k... hehe...dah lah... nak g tido jap..penat...esok nak keja lagi..hehe...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, July 15, 2010

kerja..

masuk ari nie...2 ari dah keja....memang tekanan lah jugak tapi nak wt macam mana kan...amanah....kenalah buat keja dengan ikhlas dan berdedikasi...dalam page baru nie..aku nak cita semua cita baru rentang hidup aku... hehehe.... buat yang tersayang...doakan kita berjaya dunia dan akhirat ya...thankz sebab hadir dalam hidup saya... cita pasal keja nie...oklah jugak even xda rehat..biasalah kan klu keja swasta nie....basic gaji lumayan gak lah..alhamdulillah...ingat kalau ada rezeki, nak sambung study untuk intake disember nie nanti....doa2 kan lah k....k lah...nak sambung buat keja balik nie....assalamualaikum...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, July 4, 2010

CINTA

ntahlah..cinta lah balek2....aku pun dak tau lah napa....sukar dimengerti....ahh....biarlah.....malas mo fikir lagi....aku bahagia dah sekarang....hihihi....di samping rakan2 tersayang...aku tahu aku akan ceria seperti dahulu....hahahahha......

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..