Saturday, August 28, 2010

teristimewa buat dirimu...

KU TUJUKAN KHAS BUAT SAHABAT2 KU YANG SENTIASA ADA BERSAMA AKU KETIKA AKU DALAM KESENANGAN MAHUPUN KESUSAHAN...TERIMA KASIH SAHABATKU...


Sangat sulit mencari sesuatu yang bernama SAHABAT kerana itu bagi siapa pun yang sudah menemukan seseorang yang bernama Sahabat harap jagalah perhubungan itu, dekatkan ikatannya jangan sampai terputus tali ikatannya sungguh bersyukur mereka yang telah menemukan seseorang yang bernama Sahabat.

Wahai Sahabat tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelekan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju dan menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai dan alpa.

Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan sokongan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih kerana telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai sahabat kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa kita sedari telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat

Wahai Sahabat dimana kau kini,? kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.

Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah keteguhan kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buatkan dia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak dapat bertemu di surgaMu. Ameen

Terima kasih Sahabat

-THE OTHER SIDE OF ME-

subhanallah...terima kasih ya Rabb

Terima kasih atas hidup yang luar biasa ini
Terima kasih atas detak jantung ini
Terima kasih atas mata yang dapat melihat
Terima kasih atas telinga yang dapat mendengar
Terima kasih atas hati yang dapat merasa
Terima kasih atas tangan yang dapat mengenggam
Terima kasih atas kaki yang dapat berjalan
Terima kasih atas mulut yang dapat berbicara

Terima kasih atas orang tua yang bijak
Terima kasih atas sahabat yang setia menemani
Terima kasih atas adik-adik yang penuh semangat
Terima kasih atas orang-orang yang mencintai
Terima kasih atas saudara seperjuangan yang tak pernah letih

Terima kasih atas makanan yang meredakan lapar
Terima kasih atas selimut yang menghangatkan
Terima kasih atas atap yang melindungi
Terima kasih atas pakaian yang menutupi
Terima kasih atas udara yang kuhirup
Terima kasih atas tanah yang kupijak
Terima kasih atas burung-burung yang berterbangan
Terima kasih atas bintang-bintang yang indah
Terima kasih atas matahari yang menyinari

Terima kasih atas rasa cinta
Terima kasih atas rasa sayang
Terima kasih atas rasa kasih
Terima kasih atas pengorbanan
Terima kasih atas perjuangan
Terima kasih atas air mata

Terima kasih atas kesempatan untuk mengenal-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beribadah kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk berharap kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk bergantung kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beramal shaleh

Terima kasih atas segala yang tak pernah terucap
Kerana tak sanggup mulut ini mengucapkan syukurku yang tak terhingga
Kerana tak cukup pena ini menuliskan segala nikmat-Mu
Kerana tak cukup dunia ini melukiskan segala milik-Mu

Kerana Engkau begitu indah
kerana Engkau begitu sempurna
Kerana Engkau begitu mulia
Kerana Engkau begitu luar biasa....

Ampuni hamba ya RABB...
Tak pantas hamba menghitung segala nikmat-Mu

Hamba hanya dapat meneteskan air mata...
Tertunduk tak berdaya di hadapan-Mu...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, August 25, 2010

Sikap wanita yg disukai lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

-THE OTHER SIDE OF ME-

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat.”
Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: “Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami.”

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak…wansyur ‘alaina rahmatak…”

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: “Ilaahi…asqinaa…”

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian…”

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun…keluarlah ke hadapan kami…kerana engkaulah hujan tidak turun…”

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun.”

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: “Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku.”

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. “Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia.”

Allah berfirman, maksudnya: “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.”

Nabi Musa berkata: “Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu.”

Allah berfirman, maksudnya: “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!”

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

-THE OTHER SIDE OF ME-

cinta

Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan

Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta satu kepasrahan
Cinta perlukan teman

Insan oh insan
Takkan hidup tanpa cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta

Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu kasih sayang


-THE OTHER SIDE OF ME-

c.i.n.t.a

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, August 21, 2010

Jangan bersedih...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya " Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi..

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. al-Baqarah ayat 186.

Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung 100% kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita..

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang Surah az-Zumar ayat 53

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah.. perjalanannya sentiasa tenang dan damai.. hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin.. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang... Surah Maryam ayat 19.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN

tahun ini.....
Alhamdulillah....
syukur ke hadrat Ilahi........
masih sempat untuk aku mensucikan diri....
mensucikan hati.....
dari kotoran-kotoran duniawi.......


Ramadhan tiba lagi......
penuh dugaan dan cabaran.......
ujian yang kadang-kadangnya tiada tandingan...
untuk keluarga ataupun orang perseorangan.......


Ramadhan tiba lagi....
saat-saat yang di nanti......
oleh kanak-kanak yang senang hati......
menanti hari bahagia Aildilfitri........


Ramadhan tiba lagi....
bagi diriku mungkin seorang diri....
mungkin tiada penyeri...
mungkin Ramadhan terakhirku bersama dirinya yang kucintai........


Ramadhan tiba lagi.....
sejuta kemaafan ku pohon kepadaNya...
atas dosa-dosa silam yang ku bawa......
semoga aku mendapat rahmatnya......


Ramadhan tiba lagi.....
saat bahagia bersama keluarga....
berbuka bersama-sama......
menikmati rezeki yang tersedia...


Ramadhan tiba lagi.....
bulan mulia bulan berseri....
bukan setakat mensucikan diri...
tetapi lubuk mencari rezeki.....


Ramadhan tiba lagi............
penat bicara sampai disini.....
akan ku sambung bila berisi...
akal fikiran ku yang Allah beri........


Ramadhan tiba lagi....
Assalamualaikum......

-THE OTHER SIDE OF ME-

pilu.......

hiba,sepi,seorang diri.......
melalui hari-hari tanpa teman di sisi......
di bulan Ramadhan yang mulia ini...


aku sujud kepadaMU....
pedih,pilu,,sayu hatiku.......
mengharapkan kepadaMU........


berikan ku kekuatan.....
menempuhi semua dugaan.....
keindahan yang kuharapkan...
tinggal hanyalah kenangan.........


keinginanku,..kemahuanku...
hanyalah kamu......
tapi apakan dayaku....
aku masih tak termampu...



Ya Allah...
ku rayu,......ku rayu.....ku rayu...................kepadaMU.........
berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya....................
ilhamku pergi........
nafas ku berhenti..........
jasad ku mati....
otak ku beku.........
jiwa ku kosong.............
hati ku lemah........
akal ku hilang.....
cinta ku terbang......
rindu ku melayang.....
sayang ku,.......sayang ku......????????????????

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan datang lagi

alhamdulillah....

tanpa ku sedari, ramadhan datang lagi... bestnya...kononnya mau puasa penuh bulan nie, tapi apa kan daya, x dapat lah sebab setelah aku menghitung2. aku rasa memang dak dapat lah mo puasa penuh... first puasa bukan dengan family, wahh.. sedih gak tapi tak pa lah.. kehidupan time keja kan... memang lah macam tue... hmm.. hari nie balik umah dah.. yeye... mo buka puasa dengan masakan ibu.. keja ari nie awal habis... loading duit 2 beg jer.. hehehe.... aku macam rindu plak bha mo puasa di poli ngan kawan-kawan ku yang tersayang.... rindu kenangan sahur dan buka sama2... apa lagi kalau di poli, maggie jak lah jawabnya... hehehe...

semalam puasa sampai... ada dah 1 puasa ku... huahuahua... selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan ku dan yang mengenali diri nie... ampun maaf aku pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama nie banyak buat salah... bulan puasa nie, x nak lah sakitkan hati sapa2...kalau bolehlah... tapi aku kan manusia biasa, mana mungkin lari dari kesilapan... huhu...

baju raya pun tak buat lagi...tak da dah kedai jahit nak terima tempahan....huhu...beli jak lah jawabnya nie...hmm...mo beli warna apa ya??? bingung suda nie...

hehehe...



sekian....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, August 8, 2010

musuh dalam selimut

Rakan disangka musuh dan musuh rupanya rakan kita ... Itulah yang sebenarnya wujud samada di dalam dunia nyata mahupun dunia maya .. Boleh pandang kiri kanan tapi hati-hati sbb apa yang dipandang tue walaupun nampak lembut tapi sebenarnya boleh jadi keras berbisa ..

Itu yang aku dapat rasakan sekarang .. Apa yang boleh aku lakukan cumalah teruskan saja perjalanan hidup .. Lumrah dunia kita sebegitu rupa .. Ada yang akan berdiri atas pagar .. ada yang boleh jadi gunting dalam lipatan dalam paling teruk ialah duri dalam daging ..

Sapa yang boleh kita percaya dalam dunia ni lebih lagi dunia maya .. Kepada blogger yang aktif , pastinya dapat mengesan mana satu yang sebenarnya ikhlas bersahabat dengannya .. Sbb ada yang bersahabat hanya untuk menaikkan statusnya , ada yang bersahabat untuk meruntuhkan kita, ada yang bersahabat kerana kepentingan diri sendiri serta trafik dan ada yang sebenar benarnya ikhlas ..

Aku sendiri pon senantiasa berwaspada dalam bersahabat ni.. sbbnya takut ada yang terasa hati walaupun cuba sebaik mungkin agar tidak ada yang berdendam ...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, August 7, 2010

Teguran Rasulullah Pada Abu Bakar r.a

Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut.

Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi marah lalu bangun dan diikuti oleh Abu Bakar r.a. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mulai membalas kata-kata kasarnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Yang demikian itu aku tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan”.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: “Ya Abu Bakar! Terdapat tiga perkara yang benar yaitu:

1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.

2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawanannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.

3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.


-THE OTHER SIDE OF ME-

Friday, August 6, 2010

dia milik sahabatku...

Kau tikam hatiku di saat ku bahagia
Mengenal dia pujaan mimpiku tercinta

Kau ingin pertemukan hatiku dan hatinya
Tapi ternyata kau sendiri mengharap cintanya

Kurelakan dia
Wahai sahabatku
Bila kau sungguh mencintainya

Tolong jaga dia
Wahai sahabatku
Jangan sampai hatinya terluka
Seperti hatiku

Tetap tersenyum walau hatiku terluka
Menjadi bijaksana dengan pengorbanan cinta
Tenang sahabatku aku takkan membunuhmu
Bisikkan hatiku mencoba ‘tuk memaafkanmu

Seperti hatiku...


-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, August 5, 2010

kuatkan imanku

Ya Allah..terlalu berat ujian Mu ini..
Namun aku yakin tentu ada hikmahnya..
Walaupun tak terdaya aku memikulnya..
Tapi aku yakin bahawa Kau tidak akan menzalimi hambamu..
Ujian2 yg Kau berikan mmpu digalas hamba2Mu..

Namun Ya Allah..
Aku lemah tak berdaya..
Bantulah hambamu ini Ya Allah..
Andai perjalanan hidupku begini liku2nya..
Kau tabahkanlah hatiku menempuhinya..
Andai pengajianku tamat disini..
Kau redhakanlah aku menerimanya..
Berikanlah aku kekuatan menghadapi segalanya..

Andai kehidupan ini perlu aku lalui sendirian tanpa sesiapa disisi ku..
Kau berikan aku semangat menghadapinya..
Andai dia masih lagi utk Ku..
Kau permudahkan urusan kami Ya Allah..
Andai dia bukan lagi milikku..
Kau redhakanlah hatiku..
Ketahuilah saat ini aku tidak mengharap cinta manusia lagi..
Aku hanya mengharap cintamu Allah..
Ya Allah...andai ini kafarah atas dosa2 ku..

Aku terima Ya Allah..
Namun aku hanya insan biasa..berikanlah aku kekuatan..
Tabahkan hatiku..Lapangkan fikiranku..tenangkan jiwaku
Ya Allah andai ini takdir ku..Aku pasrah dan aku redha..
Aku terima segala ketentuanmu Ya Allah..
Hanya pada Mu aku berserah..Ya Allah..

Kuatkan imanku Ya Allah..
Menghadapi segalanya..
Permudahkanlah segalanya..
Amin ya rabb..

-THE OTHER SIDE OF ME-

SUARA HATIKU...

Melempar pandangan ke luar tingkap, satu pandangan kosong menerjah. Membilang jejak-jejak yang tertinggal di belakang lalu bertanya pada diri.. di manakah letaknya diri ini di dunia di luar sana? Masih adakah yang mengingati atau mengenali kalau tanpa sedar bahu berselisih di mana-mana?

Terkadang serasa dunia di luar sana begitu aneh dan begitu asing sehingga kadangkala memaksa diri mengunci rapat kebebasan itu hanya di ruang ini. Tapi ada masa-masanya sisi lain dalam diri bertanya.. berbaloikah..? Namun dengan cepat sedar mengetuk jaga.. segala perjalanan hidup ini yang telah sudah atau akan dilalui telah pun diatur sempurna oleh-Nya.

Pernah satu ketika, bicara fikir yang benar-benar menguasai diri... manakah bahu yang dapat disandarkan duka ini kalau mereka yang disayangi harus menyahut perjanjian yang telah ditentukan?

Saat tinta ini dilakar, titis yang hangat bergenang cuba ditahan agar tidak tumpah. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini sehingga diri ini tidak pasti sama ada masih sekuat dahulu atau sebaliknya. Pemergian arwah Tok Wan walaupun telah begitu lama terasa bagai semalam. Kekuatan yang tinggal.. hanyalah nenda dan makcik yang kuanggap bagaikan ibu sendiri.

Semoga ketabahan diri tidak pernah berkurang kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui perjalanan terbaik untuk hamba-Nya.


Ya Allah
Kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih dekat dengan-Mu
Kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih rindu pada kasih-Mu
Dan kiranya ingin Kau uji hati ini
Ujilah ia agar lebih reda dengan ujian-Mu.


-THE OTHER SIDE OF ME-

bicara hatiku

Berkerah keringat untuk menjadikan manusia itu lebih nilai kemanusiaannya bagai menggalas segunung pekerti yang semakin kusam warnanya. Kalau pekerti itu ibaratnya sepohon pokok.. telah lama daun-daunnya gugur sebelum tiba masanya. Di manakah silapnya apabila maruah tidak lagi mempunyai nilai..?

Benarlah.. dunia ini telah sampai ke hujungnya...

-THE OTHER SIDE OF ME-

penat.............

thankz lah sebab sudi visit blog aku ya kawan....


aku betul2 penat.........sangat2.... and mintak maaf untuk salah yang aku buat.....


sekian....

harap maklum...

THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, August 4, 2010

sahabat ... mungkin...

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
Airmatanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU'tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap berjaya menyelamatkannya.

Dia atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan,
'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.

Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?"

Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

[ Rasulullah s.a.w: “ Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat ” Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
Airmatanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU'tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap berjaya menyelamatkannya.

Dia atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan,
'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.

Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?"

Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

[ Rasulullah s.a.w: “ Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat ” ]

-THE OTHER SIDE OF ME-

yang senang dapat tue bukan sahabat

"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain."

Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.

"Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak."

Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.

Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.

Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.

Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??

Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.

"Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan."

Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.

Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.

Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.

"Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat."

Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…

"Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia."

-THE OTHER SIDE OF ME-

Monday, August 2, 2010

pesan imam ghazali

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahiln sedangkn kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


-THE OTHER SIDE OF ME-

laluan syaitan..

Aku renung dan aku fikir, dariapada pintu manakah syaitan memasuki hatiku. Tiba- tiba aku dapati bahwa syaitan itu memasuki pintu hati daripada sepuluh pintu:

1.Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sikap menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.


2.Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.


3.Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.


4.Kagum pada diri sendiri(ujub) , lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat –nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.


5.Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.


6.Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah( Cukup dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah.


7.Riya’ dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.


8.Bakhil , lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di tangan Allah itu kekal.


9.Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’.


10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia.


Ya Allah, jadikan aku orang yang mengingatiMu tika berdiriku, dudukku dan baringku.

Amin

-THE OTHER SIDE OF ME-

Allah mungkin sengaja....

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANGkerana mengingat kan kita bahawa dia bukan lah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujung nya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan larangan NYA..PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada NYA.


-THE OTHER SIDE OF ME-

ya Allah..

Ya Allah,Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...Ujian apakah ini Ya Allah....Aku tidak harus mempersoalkannya..

Ampunkan aku Ya Allah...Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..Aku Redha Ya Allah..Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..Aku selalu dikhianati oleh cinta manusiacinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..Hanya cinta Mu Ya Allah..Yang kekal Selamanya.....Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..