Saturday, April 30, 2011

kasih ibu membawa ke syurga

ya...sapa yg tak percaya kasih seorang ibu tu memang membawa ke syurga..sebab keredhaan Allah tu terletak pada keredhaan ibu bapa...jika di imbau semula zaman kita semua kanak2 dulu, ibulah segala2nya..bila kita merajuk dia datang pujuk, bila kita nak sesuatu dia cuba dapatkan untuk kita,pendek kata semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan..betul kan??namun, hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak2 kini ramai betul yang menderhaka dan tidak mempedulikan orang tua mereka..sedih..mungkin jugak aku adalah 1 daripada mereka2 tapi bagiku ibu lah segalanya...tanpanya, siapalah aku di dunia ini..


semakin hari aku semakin dewasa, insyaAllah 1 hari nanti aku akan jadi seorang ibu jugak bila sampai serunya..aku paling takut menderhaka kepada ibu..hukumnya adalah dosa paling besar tau..hanya Allah yang mampu membalas jasa baik ibu kita selama nie, tapi aku jadi hairan bila ada segelintir anak2 yang sanggup menengking malah memukul ibu mereka..tahukah kita, jika kita berbuat demikian, kita tidak akan dapat masuk syurga mahupun menghidu bau syurga...

bukan aku ingin menidakkan peranan seorang ayah dalam hal ini, tapi bagi aku ibulah segala2nya..yang sedihnya bila kita dewasa, kita sanggup melukakan hati ibu...sedihhhh....kepada ibu aku yang tercinta, wini mintak maaf kalau banyak buat salah dengan ibu sepanjang wini bergelar anak ibu yah...

justeru, berbaktilah kepada ibu bapa sementara mereka masih ada dengan kita. jangan apabila mereka sudah meninggal dunia barulah kita mahu membina batu nisan yang terbaik, tercantik , dan mencetak surah yassin khas untuk tahlil mereka....wallahu'alam...

TERIMA KASIH IBU....


sama2lah kita fikirkan yer...

-the other side of me-

Monday, April 18, 2011

sweet memories with them~~~

haaaa.....kali nie aku mo cerita pasal kenangan aku masa menjalani latihan industri dengan dorang2 ataupun bukan nama sebenar DCA & ATC...haha...kamu tau ka pa tu DCA & ATC?? DCA means Department of Civil Aviation...ATC tu Air Traffic Controller..bertempat di kawasan lapangan terbang tawau...di sini lah tempat aku bermanja, tempat aku meluahkan segalanya, tempat aku main2, tempat aku rasa bahagia..semuanya yang indah aku rasakan di sana....di sana juak lah aku beterep macam kerja kerajaan kunun padahal praktikal sak...hihi...

bersama kak shila, kak fit, abg sahar, abg pejoe, abg jijie, abg win, boss rosli (yg sukak kacau sarah ),abg haizar, abg panjang, abg bakhtiar, abg izlan, abg dut2(fazlie) dan yg lain2..ehh...korang mesti ingat aku lupa boss kan ..mana boleh lupa lah boss george, boss icak, uncle bangau, uncle masri, uncle ajak dan sapa lagi erk???haa....c eddy yang kini semakin buntal...hahahaha.....buntal2 pun jadi tukang masak kami ni ya..xda dia, kelaparan lah kami....dorang yang the best dalam hidupku tau....naaa sapa lagi yg aku x sebut???? adaka????

sayanggg dorang sangat2 bha....dorang baik betul....selalu belanja sarapan...eh' xpena yah..abg sahar jak pena 1x...kalau kak shila ngan kak fit jangan cakap lah....memang selalu...hahaha...


nengoklah pic tu mesti kamu semua boleh agak suda kan yang kami semua suda macam 1 keluarga...abg jijie jak serius begambar...ngan aku lah...dorang2 yang lain ya ampun hamprak...hahahha....jahat bha durang...bikin rusak gambar sejak bha eee... . .aku jadi lah adik dorang yg paling last....walaupun cuma 6 bulan bersama mereka, tapi aku banyak sangat belajar mana2 benda yang selama nie aku xtaw.. sebenarnya banyak lagi kenangan manis di sini...boss pun baikk betul...ingat org2 di controller tu fokus ka kerja ar??? mana da tue....

mari aku bongkar rahsia dorang...dorang tu lepak2 sak di atas tu yah...men fesbuk lagi keja durang..nnnnn yang paling sandi durang2 kan sukak mengintip pramugari sak yah..hahahha...paccah rahsia bro2 ku ATC...kuang3....btw dorang bukan nakal ar..semuanya x tinggal solat, di sebalik tu dorang2 ni lah jejaka2 yang paling ensem ya di DCA...hehehe....

ni kalau mo cita pasal gadis sunti 2 orang ni iaitu mdm shila n mdm fitria memang 1 bulan pun x abis...dorang 2 lah jugak tempat aku bermadu kasih...semua masalah aku masa tu dorang yang kongsi sesama...baik bha dorang...masa tu kak shila masih bawak keta proton iswara kaler merah...dengan kereta ni lah kali selalu jenjalan lepak di bandar kalau teda kerja...bukan jejalan sebenarnya...p escape yah...dorang memang sukak sangat lah bejalan....aku nie apa lagi memang ikut jak lah...sapa x sukak lau d spent kan...dorang dua nie raja begayak...balik2 buat baju kurung baru..bikin jeles bha...hahahhaa....sekarang kak shila banyak perubahan...bawak kereta persona suda...x suda di olok2 keta lamanya tue...nie pic durang..


comel kan durang...ni pic di admin..yg pic atas tue, pic kami di controller lah..besttt. . tinggiiii. . . ofis nie pun sebenarnya baru jak renovate bha nie..dulu buruk..haha..sorie boss...ha,yg baju purple tue kak shila...sebelah dia tu lah kak fit...yang 1 urg jejaka pakistan terakhir tu nama nya c bro atau lebih dikenali sebagai penjolok (sahar)...dia xtaw napa tersnap tu tym...hahaha....menyebok sak dia nie kan...kerjanya tu di atas tapi dia escap jalan2 p bawah...matilah payau tu bro....ha, yang ujung tu yang slim aku lah...wah..perasaan ni..kuang2..dulu jak slim... skarang macam derom jugak ni...mampus lah kalau x diet...aku memang x boleh lupa lah kenangan di sana...sekarang ni pun x sumanya ada d sana..

ramai jugak yang sua transfer g kampung dorang d semenanjung ghaza tu...abg izlan, abg jijie, abg haizar macam teda sua tu...huhuhu....apa2 pun memang di sana lah aku cipta kenangan yg paling terindah dalam malaysia....memang aku xkan lupakan semua memori masa aku di sana...ada masa nanti, aku mo gi sana jugak jalan2...


-the other side of me-

Sunday, April 17, 2011

warkah buat yang tersayang

assalamualaikum.....

malam nie aku merasakan jari jemari ku ini mula ingin menari di atas papan kekunci laptop ku yang cuma berjenama acer...malam nie aku nak kupas entri tentang 2 orang budak yang selama nie ibuk n ayahku jaga sejak kecil bagai menatang minyak yang penuh...


mula2 darwisy yang kini berusia dalam lingkungan 3-4 tahun..aku pun dah lupa bila tahun dia lahir....kami sekeluarga memang sayangg sangat2 kat dia....dia seorang budak kecil yang dengar cakap, rajin dan senang di ajar...tidak seperti kanak2 lain....actually dia bukan sapa2 bagi family aku..talian darah pun mungkin tiada...tapi ibu dia iaitu kak shila yang bekerja di jabatan penerbangan awam tawau iaitu tempat di mana aku menjalani latihan industri ku dahulu...mereka baru berpindah daripada kl so nak dapatkan pengasuh untuk jaga anak dia memang susah lah..so, dia amik keputusan untuk bagi ibu aku jaga anak pertama dia iaitu darwisy..darwisy nie memang comel lah sngat...kdg2 bila aku geram sangat mula lah aku start buli2 dia..sorie sayangku...hehehe...



kini dia dah meningkat dewasa, dia dah adik pun..nama adik dia mohd irham syauqi..alamak, lelaki jugak lah...aku tau mak dia nie kepingin sangat nak anak pompuan kan...hehehe...sabarlah kak shila...irham lagi lah comel..dia seorang bayi yang sangat penyabar dan bijak..aku suka jaga sebab dia x cerewet...x macam baby2 yang lain tu....syauqi pun sejak lahir ibu ngan ayah jaga...xlah jugak dorang rasa sunyi kat umah sebab ada budak 2 orang nie...eee...memang sayanggg sangat2 kat dorang...aku tak tau cemana nak ungkapkan rasa sayang kami sekeluarga dengan budak 2 nie....sangat comel...nanti korang tgk pic dorang erk...




ni bulan 7 nanti kalau xda halangan, mungkin dorang akan balik kl dan xda kat tawau lagi...sedihnya tuhan jak lah yang tahu...dekat 3 tahun jaga dorang kan, mesti rasa sunyi and rasa kehilangan bila dorang tak da,...selama nie dorang lah penyeri hidupku...aku sayang dorang bha....tapi kalau memang tuhan x takdirkan aku jaga dorang lebih lama, so aku redha...semoga dorang membesar dengan baik dan dengan didikan agama yang sempurna...amiinnn....

abang dengan adik jangan lupa mamak, atok, kak wini, kak ulfa, abg awik ngan kak yaya ya kalau dah besar nanti....kami semua tak pena lupakan abg awisy ngan adik syauki...semoga kamu berdua jadi anak yang taat pada kedua orang tu (shila & azrin)..kak wini doakan yang terbaik untuk abg ngn adik...abg awisy jangan nakal2 ya..jangan buli2 adik syauqi...jaga adik baik2 kalau ibu pegi keja k..jangan lawan2 cakap ibu ngan papa...nanti Allah marah...ada masa nanti, abg bawak ibu datang tawau jumpa mamak ngan atok lagi ya...bye2 sayangku....

-the other side of me-

Saturday, April 16, 2011

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga?

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat..

-the other side of me-

kenapa lah..???/

hhhmmmm.....

macam2 ragam manusia zaman sekarang nie kan....maksud aku ada yang baik, ada yang jahat, ada yang baik banyak, baik sikit, jahat banyak dan jahat sikit...hhmm...dan yang sewaktu dengannya...memang dah sejak azali tuhan ciptakan manusia dan segala isi di dalmnya nie berpasang-pasangan...ada siang maka adalah malamnya... ada matahari, adalah bulan nya...ada lelaki dan adalah perempuannya.. dan begitu jugak dengan perangai manusia nie..ada baik dan memang tak di nafikan ada jugak yang jahatnya...tak semua manusia diciptakan sempurna di sisi manusia dan juga di sisi tuhan yang Esa...


sebenarnya aku nie bukanlah pandai mo berkias2, tapi sebenarnya apayang aku nak sampaikan adalah cerita ceritu yang terjadi di ofis aku nie...aku tidak pernah bermaksud untuk melaga2kan orang2 yang ada di sekelilingku....langsung tak pernah terlintas di fikiran ku bahawa mereka2 itu adalah orang yang rupanya bertalam 2 muka....di hadapan aku, mereka buat sesuatu yang boleh dikira sangat baik tetapi apa yang berlaku di belakang ku rupa nya mereka2 nie tak seperti apa yang aku sangkakan selama nie...di belakang aku mereka2 mengumpat pasal aku....aku tak tahu lah apa yang best nya jaga tepi kain orang sampai tepi kain sendiri sudah tak terurus....bukan aku ingin mengata tapi itu lah kenyataan yang sedang aku hadapi...hari2 ku berhadapan dengan orang2 yang suka memburuk2kan orang lain...orang yang asyik makan daging saudaranya sendiri.....


aku menghadirkan diri di tempat kerja nie tak ada niat lain selain daripada ingin mencari rezeki yang halal....aku bukan datang gi ofis nie untuk suka2 and semata2 untuk mengumpat orang lain...hmm...aku tak faham lah orang2 yang ada di syarikat nie...semua rasa diri dorang hebat sangat sedangkan mereka pun bukannya hebat sangat....eeeeee.....gerammm.....sepatutnya mereka2 yg suda tuak tu insaf2 lah bha kan...ni ndak makin jadi2 lg ada......huhuhuhu....aku lah pulak jadi mangsa keadaan padahal aku xtaw papa pun pasal dorang nie.....kin panas jugak kadang2 tp pa boleh buat....nanti panjang lagi cerita...jalan terbaik yang patut aku buat bagus sabar sak lah....lagi pun aku bukan jenis orang yg sukak panjang2 cita...hhmm....

aku harap sak semoga mereka2 yang berkenaan tu cepat2 lah kembali ke pangkal jalan...ini pun nasihat untuk diri aku sendiri...amiiinnnnn.........

-the other side of me-

Thursday, April 14, 2011

pikom............

yarhh.........


hari nie start suda pikom pc fair di tawau kan...bha, kepada semua warga tawau, jom lah ramai2 gi dewan masyarakat tawau..kehadiran anda adalah di nanti2 kan terutamanya oleh bespren ku iaitu c memeng merangkap presiden pikom tahun ni....hehehehe...jan marah meng...hari ni aku tak keja lah...besalah kan jumaat...aku balik umah jak lah...nengok syauqi yg sangat2 comel...hehehe...rinduuu......


makin lama aku tak tau lah semakin bosan hidup di tawau...rasa macam mo p kk plak bha...semalam boss ada nanyak sapa2 juruwang yang mo transfer gi kk boleh isi borang n berurusan lah dgn HQ secepat yang mungkin....hhmmmm.....rasa macammm mo p...tapi xtaw mo tinggal mana nanti kalau di kk...aku ni belum biasa lagi hidup di bandar besar...bandar kicik2 jak...hahaha.....bestnya x lama adekku balik dari kuching..merasa lah aku kek lapis sarawak nie lagi...yess!!!

eh, nampaknya seperti tersasar jauh sudah kan aku punya entri nie...dari pikom sampai adekku plak....huhuhuhuhuhu.....bha, kalau nak tau lebih lanjut pasal pikom nie....sila lah hubungi rakan baik saya iaitu may menk di talian hayat....bye...

-the other side of me-

xsuka.....+ tension

x suka bha....satu ari nie kerjaku di ofis kenak marah sak kesian...xtaw lah napa..dari pagi sampai petang bha...aku rasa aku kerja cukup bagus suda tapi still jugak kenak marah...xtaulah pagi2 kenak marah boss...sudah lah auditor dri CIMB BANK HQ datang tadi, nasib bek semua ok...ingat jadi juruwang ni senang ka...malas bha di marah terus..ada sak x kenak...ni lah salah satu pasal aku rasa mo cau dari ofis nie even gaji yang company bagi memang meletupp gila..tapi yalah,, masa untuk family and kawan2 pun xda owh...kalau gaji sak tinggi tapi kurang kasih sayang, xda guna jugak kan...

pasal my love pun suda warning jan telampau keja...disuruh rehat2 jugak...yalah....insyaAllah kalau dapat keja lain aku pindah lah...yang dapat banyak cuti....best bha keja sini nie tapi tulah....sometimes buat aku jadi tensionnnn...hhhmmm...keja ku merungut sak kan tapi pa blh buat..tu lah fungsi nya nie blog kan..hehehe....bersambung.....nengoklah pic di bawah nie antara simptom2 orang tekanan dalam admin...hahahaha.....




-the other side of me-

Wednesday, April 13, 2011

bosan???? ntahlah...

entri yang aku sendiri rasa no comment...eeee....mencik dah keja bha..penat...ari2 jugak mo kenak marah...kenapa jugak gitu tue....sebenarnya keja sini sangatttlllaahhh best tapi yalah kan, salah sikit dah kena hantam ngan pengurus...tolonggg....dahlah keja sampai lewat malam..tau lah keja ni sensitif sangat sebab ada hubung kait dengan duit, tapi jangan lah asyik nak marah je even kita tak buat salah...bosanlahh...hhmmm....ari nie masa tengah naip ni pun aku masih duk buat ntah papa kat meja recond nie...macam org gila sak xtaw mo wat pa...

aku harap sangat dapat keja lain lepas ni yang ofis hour jak lah..senang urudan...bha, aku masuk keja lu...bye kawan2...

-the other side of me-

Sunday, April 10, 2011

konvo

alhamdulillah...

akhirnya detik2 yang selama nie aku tunggu tanpa ku sedari semakin hampir tiba... hhhaaa....ni mo cita pasal KONVOKESYEN kali ke 4 Politeknik Mukah Sarawak... lama sua aku rasa x jejakkan kaki gi bumi sarawak.. sanalah aku kenal bahagia dan sengsara... dengar2 aku dan klazmate yang lain akn berkonvokesyen pada 21 julai 2011 nanti di dewan PMU jak bha..jangan perasan lah mok gi konvo di tempat lain..eee...betul2 ndak sabar nie...ndak sabar mo jumpa kaan2 lama...semuanya mesti berubah suda tu kan...semua ada haluan masing2 suda..xtaw sapa lah yang suda jadi suri rumah tangga tu,...hehehe....

aku harap perjalanan gi sana nanti akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... aku daripada tawau g kk xtaw lagi nak nek apa...tapi kalau daripada kk gi sibu mmg sah lah nek MAS.. hehe...nasib bek ira sua belikan tiket owh...nie passport pun aku xtaw letak mana suda..pokoknya mmg aku betul2 x sabar mo konvo..mo jumpa pensyarah2 yang aku sayangi...betapa gembira nya aku saat tu nanti..tapi korang nak tau tak, disebailik kegembiraanku nie aku sedih gak sebab ibuk ngan ayahku x dapat ikut gi nengok aku konvo...insyaAllah kalau xda halangan, aku bawak lah adikku yang ada di kuching tu....hehehe...

bha sampai sini lu ar...banyak lagi mo cerita tapi banyak plak keja ku nie...hehee..bye2...

_the other side of me_

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..