Wednesday, May 5, 2010

Ya Allah, yang ku harapkan hanyalah kasihMu,
serta kasih sahabat yang mengasihiMu,
dan tidak kuharapkan,
kasih yang hanya berlandaskan nafsu,
kecintaan hanya pada dunia semata.

Sahabat…namun kuharap dikau mengerti,
aku hanya mohon yang terbaik untukmu,
kerana kau dan aku,
telah bersama bersaksikan Tuhan yang Satu.

Ya Allah ku berdoa padaMu,
agar Kau ampuni dosa-dosaku,
dan jangan sekali-kali Kau tinggalkanku,
tanpa cahaya petunjuk, penerang jiwaku.

Ya Allah, ketemukanlah daku,
dengan sahabat sejati,
yang bersama meneruskan perjuangan hidup,
hanya keranaMu, Tuhan yang Agung.
Sahabat, seandainya dikau sedar,
aku menuju ke lorong kebencian Tuhan,
bimbinglah aku kembali,
Dan seandainya dikau sedar,
aku menuju ke jalan keredhaan Tuhan,
Pujilah Allah, seikhlas hatimu.

Ya Allah, kurniakanlah kami,
kejayaan di dunia dan di akhirat,
Dan jauhilah diri kami,
Dari kotoran hidup yang menghinakan,
Dari azab akhirat yang membinasakan.
Ya Allah, sekiranya Kau metakdirkan,
kebencian sahabat kerana kasihMu padaku,

Aku redha dan syukur,
Kerna, tiada cahaya yang lebih gemilang,
Dari Nur KasihMu, Yang Maha Pengasih.
Wahai Tuhanku, ku tak layak ke SyurgaMu,
Namun, tidak sekali-kali kuinginkan NerakaMu,
Aku hanyalah hambaMu,
Yang sering alpa dan leka,
Dari itu kupohon,
Bimbinglah jiwaku, hatiku, rohku, jasadku,
dan segalanya yang Kau pinjamkan kepadaku.

Sahabat…kasihilah aku,
Hanya kerana Allah,
Tuhan Yang Maha Besar,
Yang Maha Hidup,
Dan Yang Maha Berdiri Sendiri…
Ameen…

-THE OTHER SIDE OF ME-
entah kenapa
hati ini merasa kehilangan
akan sesosok kepribadian
yang begitu lembut

yang menemani dalam kesendirian
yang menghangatkan dikala hati membeku
hari-hari dalam kebersamaan
mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka

canda tawa bersamamu
kini hanya penantian
tutur sapa dengan dirimu
kini hanyalah impian semata

jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati menanti hadirnya dirimu

-THE OTHER SIDE OF ME-

aku rindu kamu.......

hari demi hari, bulan berganti bulan dan begitu juga dengan tahun...semakin hari aku takut untuk membuat perhubungan dengan orang lagi...aku tau aku pasti akan kecewa...semua insan yang aku sayangi meninggalkan aku...aku sendiri tidak faham napa semua nie terjadi???

tapi aku bersyukur kepada Allah kerana ramai2 manusia, aku menjadi salah seorang dari pilihannya untuk diuji...aku bahagia...dapat kenal sahabat aku..yang selama nie banyak bagi aku support dan banyak bagi aku nasihat tika aku sedih...tika aku memerlukan, dia akan sentiasa ada... tapi...sekarang sahabat aku tak da ngan aku lagi dah... rindu ngan dia ... dia baik... dah anggap dia macam akak aku sendiri... tp, yalah.. kami dua berbeza... aku tak dapat jadi sahabat untuk dia... aku buat banyak kesilapan yang aku sendiri tak sedar....aku tak tau langsung...

apa-apa pun... buat yang mengerti, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan buat dirimu....vhaiyok2....hehehe....assalamuakaikum...

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..