ABOUT ME

nama : ASWINI HIDAYAH BINTI MUHAMMAD JAMIL
tarikh lahir: 30-10-1990
tempat lahir: hospital besar tawau

anak sulung dari 4 orang adik beradik...

mendapat pendidikan di sekolah rendah kebangsaan batu payung tawau, sekolah menengah kebangsaan kinabutan tawau dan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma sains kesetiausahaan di politeknik mukah sarawak....

Suka sembang, Suka orang yang sayang padanya, Suka ambil jalan tengah, Sangat menawan dan sopan santun, Kecantikan luar dan dalam, Tidak pandai berbohong dan berpura-pura, Mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, Sentiasa berkawan, Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, Cepat marah, Pentingkan diri sendiri, Tidak menolong orang kecuali diminta, Suka melihat dari perspektifnya sendiri, Tidak suka terima pandangan orang lain, Emosi yang mudah terusik, Suk berangan dan pandai bercakap, Emosi yang kelam kabut, Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), Suka melancong, bidang sastera dan seni Penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, Mudah terusik hati dan cemburu Ambil berat tentang orang lain, Suka kegiatan luar, Orang yang adil, Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran.


Sudah menjadi biasa hidup ku sepi, sejak kehilangan dan semenjak itu tertutup hati ku. Usah kau bertandang bertanyakan tentang siapa dihati ku menjadi penghibur kala ku sendiri. Pernahkah terfikir oleh mu, yang aku terdampar harapan terbakar. Dari pengalaman pahit itu ku cuba bangkit bentuk hidup baru dan aku mengenali rindu dan sepi hanyalah punca kecurangan memaksa hati ku terus bersendiri. Yang aku fikirkan perjalanan ini, menyerah cintaku, menyerah diriku, pada YANG MAHA SATU...

"sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.


Mungkin peratusan imanku yang dirasakan sedikit terjejas, atau kecuaian dan kealpaanku dalam mengukur status iman sendiri, menjadikan kau terkena tempiasnya. Hubungan-hubungan dengan manusia jadi sama-sama hambar. Malah, peratusan iman yang kian menurun itu menjadikan hati aku jadi kurang peka dan sensitif. Aku tidak peka dengan kehidupanmu, sahabat. Betapa aku kejam! Kejam, sahabat!


Mungkin juga kerana keegoan aku yang konon di zon selesa, dan selamat dalam tarbiyah, menjadikan aku terlupa satu perkara. Aku jadi sombong dengan ilmu yang aku dapat. Aku jadi angkuh dengan apa yang aku ada.


Aku terlupa, sesungguhnya, aku hanyalah penyeru, bukan seorang penghukum yang layak menghukum sesiapa. Sebagaimana aku ditarik ke jalan ini, tanpa hukuman dari seorang manusia, maka seharusnya aku menyerumu ke jalan ini, tanpa sedikitpun menghukummu. Penuh sabar, berhati-hati, mencari hati-hati untuk ditautkan kembali. Penuh tabah, memberi maaf, dan cekal membawamu ke jalan ini. Sungguh-sungguh. Sungguh yang sesungguh-sungguhnya!

“Ya Allah, aku dalam perjalanan membina imanku kembali. Bantulah aku. Ajarkanlah aku untuk mencintaiMu dan beriman dengan sepenuh-penuh iman dan ketaatan kepadaMu. Aku mengharap. Sesungguhnya mengharap.

Peliharalah mereka yang aku cintai keranaMu. Bukakanlah hati mereka untuk jalan ini, dan permudahkanlah laluan dan haluan mereka. Jangan Kau biar langkah mereka tersesat ya Allah, halakanlah mereka ke jalanMu. Jalan yang Engkau redha.

Aku sayang mereka ya Allah. Aku sayang..! :(“

Ketahuilah diriku, kau hanya ada dua jalan. Satu jalan kebaikan. Satu lagi jalan kefasikan. Satu jalan menempuh ke Syurga. Satu jalan lagi menempuh ke Neraka. Kau adalah musafir yang sedang berehat di bawah pohon yang teduh. Kembaramu bukan terhenti di situ. Kau akan berjalan lagi, berjalan lagi, hinggalah ke destinasi abadi. Akhirat yang kekal selamanya.

Aku mohon ampunanMu ya Allah. Ampunkanlah aku atas kelekaanku. Kelupaanku. Kerakusanku dalam mengecap segala nikmat dunia. Janganlah kau biarkan aku menentukan hidupku sendiri, walau dalam sekelip mata. Luruskan jalan ini. Hijrahkanlah aku menuju jalanMu. Ajarkanlah aku. Ajarkanlah.


Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah..Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran..Andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.. Teguhkanlah keyakinan mu kepadaNYA dengan sebenar-benarnya.. Pertolongan ALLAH itu dekat bagi mereka yang benar-benar yakin padaNYA.. [ Ya Allah,hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redhaMU..ku damba cinta ILLAHI, redhaNYA ku jejaki.. ]


-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..