Tuesday, March 30, 2010

akuu..........

INGATLAH SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN, DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN....

FIKIRKAN HAL-HAL YANG PALING HEBAT, DAN ENGKAU AKAN MENJADI TERHEBAT. TETAPKAN AKAL PADA HAL TERTINGGI, DAN ENGKAU AKAN MENCAPAI YANG TERTINGGI.

WANITA YANG CANTIK TANPA PERIBADI YANG MULIA, UMPAMA KACA YANG BERSIANR-SINAR , TETAPI TIDAK MELIHAT APA-APA...

KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN. TERUSKAN PERJUANGAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP.

-THE OTHER SIDE OF ME-

hhhmmmmmm

xda papa dah nak cita...kedit xda...semalam dah macam2 tekanan datang...xpalah..dugaan kot...redha jer...huhu...

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, March 28, 2010

akhirnya kau pergi jua sayang...

Assalamualaikum wahai kekasih yang ku cintai


Maafkanlah aku andai surat ini mengganggu ketenteraman hidup barumu. Ketika kau membaca surat ini, aku berada jauh dari sarawak untuk mencari diri yang hilang. Di sini aku ingin menyatakan bahawa aku akan mendoakan kebahagiaanmu. Jagalah isterimu dan anakmu yang bakal lahir dengan baik. Aku redha dengan segala yang berlaku. Cuma satu sahaja yang ingin aku menyuarakan kepadamu. Izinkanlah aku menyintai dirimu seperti dulu walaupun aku bertepuk sebelah tangan. Itu sahaja yang mampu membuat aku gembira. Sudah tentu engkau tahukan bahawa cintaku padamu tidak pernah pudar dan tak pernah layu. Beberapa tahun sudah berlalu. Dulu kau pernah berjanji padaku untuk sehidup semati denganku. Sudahku duga, ini semua akan berlaku. Sebab itu aku pernah berkata kepada kau aku tidak suka pada janji manis manusia yang susah untuk ditepati. Sampai disini sahaja warkah untukmu kali ini. Ini adalah warkah yang terakhir aku menulis kepadamu. Semoga cinta dan rinduku kepadamu hilang bila aku pulang ke Sarawak semula. Kirim salamku kepada isterimu dan juga sahabat baikku, Imanina ( bukan nama sebenar).

Salam Sayangku buatmu,

Siti khadijjah BUKAN NAMA SEBENAR)…


Fariz( bukan nama sebenar) menyeka airmata yang berlinangan. Tidak dia menyangka begitu hebatnya cinta siti khadijjah kepadanya. Siti khadijjah merupakan seorang guru tadika di sebuah kampong, di daerah Bintulu, Sarawak.Tiba – tiba Fariz merasakan bahawa dirinya begitu kejam kerana menghancurkan hati seorang wanita yang tulus seperti siti khadijjah. “Maafkan aku, ieja.” Bisik Fariz pada angin yang lalu seolah- olah bisikkan itu akan sampai ketelinga Siti Khadijjah. ‘Aku mengahwini Imanina bukan kerana aku menyintainya. Aku mengahwininya kerana aku ingin menyelamatkan Imanina dan kandungannya. Izman meninggalkan aku dengan beban yang tak sepatutnya aku pikul. Aku masih menyintaimu, siti khadijjah!’ raung Fariz dalam hati. Dia berjanji. Sebaik sahaja Imanina bersalin, dia akan ceraikan Imanina. Sepanjang perkahwinan mereka, Fariz tidak pernah bersentuhan dengan Imanina. Dan dia juga berjanji akan mencari ssiti khadijah walau bagaimanapun caranya.


“Abang, bangun. Dah pagi ni.” Imanina mengejut suaminya yang masih terlena. Fariz membuka matanya dengan perlahan. Terlihat isterinya yang sedang mengandungkan anak kepada abangnya, Izman. Apabila terkenangkan surat siti khadijjah yang diterima semalam dia semakin rasa bersalah. “Iman, duduk sini sekejap.” Arah Fariz apabila isterinya ingin melangkah keluar dari kamarnya. “Ada apa, bang?” Imanina bertanya. “Abang harap Iman paham dengan perasaan abang. Iman tahukan yang abang masih cintakan siti khadijjah walaupun kita sudah berkahwin setahun lebih?” Fariz memulakan perbincangannya. Imanina hanya mengangguk. “Lepas Iman bersalinkan anak Izman, abang akan ceraikan Iman dan abang akan lamar Ieja. Abang akan kirimkan Iman duit untuk perbelanjaan Iman dan anak yang bakal lahir ini.” Fariz menerangkan hajatnya. Imanina sedikit pun tidak terkejut dengan pengakuan suaminya itu. Mereka berdua berkahwin hanya diatas kertas tetapi tidak pernah bersentuhan dan tidak pernah tidur sebilik selama perkahwinan mereka kerana masing-masing tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang singkat. Kerana keluarga Imanina ingin menutup malu, mereka mengatakan bahawa Fariz yang terlanjur dengan Imanina sedangkan Izman, arwah abang kepada Fariz yang melakukan kerja yang dikhianati itu. “Iman paham, bang. Iman tahu kerana Iman, masa depan abang dengan siti khadijjah tercemar dan Iman betul-betul menyesal atas kelakuan Iman selama ini, bang.” Imanina merasa sebak. Fariz bangun meninggalkan Imanina yang sedang sibuk melayan perasaannya.


Di dalam pejabat Fariz tidak mampu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjanya. Dia asyik teringatkan siti khadijjah. Seorang wanita ayu yang bertudung. Tinggi lampai dan berkulit putih melepak. Terkenang zaman persekolahan mereka. Ketika itu mereka mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga siti khadijjah. Dalam masa 2 hari ibu Siti Khadijjah merestui hubungan mereka kerana yakin dengan anak perempuan tunggalnya pandai menjaga diri dan tahu batas pergaulan. “Encik Fariz, ada tetamu sedang menunggu encik di lobbi.” Nuradillah, pembantu Fariz menghubungi Fariz melalui interkom yang tersedia diatas meja. “Baiklah. Saya akan turun sekarang,” fariz membalas. Fariz mencapai kot hitam yang disidai dibelakang kerusinya disarung. Dia berpesan kepada pembantunya supaya mengambil semua panggilan untuknya. Dalam masa lima minit, dia sudah berada di lobbi pejabatnya. Dari jauh dia melihat sesusuk lelaki yang amat dikenalinya. Tetapi dia terlupa dengan nama lelaki itu. “Fariz,” lelaki itu memanggil namanya. Fariz menghampiri lelaki itu. “Ya? Boleh saya tahu nama awak? Rasa macam kenal?” Fariz cuba untuk mengenali lelaki yang berada didepannya sekarang. “Sampai hati kau, Riz. Kau dah tak kenal aku. Ini Shahrin lah.” Fariz cuba mengingati nama itu. “Ohhh!!! Kau apa khabar? Lama aku tak jumpa kau.” Fariz beramah apabila dia mengingati bahawa lelaki itu adalah teman karibnya masa di zaman sekolah dahulu. “Baik alhamdulilah. Sebenarnya, aku ada hal nak cakap dengan kau.” Wajah Shahrin berubah menjadi sayu. Fariz tidak dapat mengagak apakah sebenarnya nak di sampaikan oleh Shahrin. “Mari kita bincang dipejabat aku.” Fariz menunjukkan Shahrin ke pejabatnya. “Mari, masuk.” Fariz mempelawa Shahrin yang dibelakangnya. Shahrin menjadi kagum dengan sahabatnya itu. Walaupun sudah bergelar bos, dia tidak pernah meninggi diri dengan kawan yang lain tidak seperti sesetengah orang. Fariz mempersilakan Shahrin duduk sementara dia memesan dua cawan teh. Setelah Nuradillah menghantar minuman, Fariz bertanya kepada Shahrin tentang apa yang ingin disampaikan kepadanya. “Sebenarnya, aku baru balik dari Miri semalam. Aku terserempak dengan Siti Khadijjah,” Shahrin memulakan perbualan. Fariz menjadi semakin tidak sabar dengan cerita yang ingin disampaikan oleh Shahrin. “Aku harap kau banyak bersabar, Riz. Aku pun tak sangka perkara ini akan berlaku.” Shahrin masih tidak lagi memberitahu apa yang berlaku. Fariz menjadi semakin tidak sabar. “Apa yang terjadi pada dia, Rin?” Fariz bertanya. “Dia menghidap penyakit kronik. Dia terlantar dihospital sekarang.” Shahrin menjelaskan apa yang berlaku. “APA?! Sakit apa, Rin?” hampir jatuh airmata lelaki Fariz terkenangkan wanita yang amat dicintainya. “Lukemia. Dia dalam keadaan serious sekarang ni.” Fariz seolah – olah tidak berpijak di bumi yang nyata apabila berita yang buruk menimpa wanita kesayanganya itu.

Keseokkan harinya, Fariz pergi melawat Siti Khadijjah di hospital. Fariz hampir menagis melihat keadaan Siti Khadijjah yang menderita akibat penyakitnya dan menderita akibat putus cinta. Fariz semakin rasa bersalah kerana meninggalkan Siti Khadijjah dalam penderitaan. “Maafkan Riz, Sayang.” Ucap Fariz sambil membelai rambut Siti khadijjah yang panjang. Pucat lesu sahaja muka siti khadijjah. Apabila doktor yang merawat siti khadijjah masuk, Fariz menayakan tentang keadaan siti khadijjah. Doktor itu menjemput Fariz kebiliknya. Setelah dipersilakan duduk, doktor itu mengambil fail yang tertera nama siti khadijjah. “Sebenarnya, Cik siti khadijjah sudah banyak megalami tekanan hidupnya. Saya dapat menafsirkannya dimata kasar. Keadaan Cik siti khadijjah agak kritikal pada masa ini. Ajal maut di tangan tuhan. Dalam saintifik, kami dapat menjangka Cik siti khadijjah hanya mampu hidup enam bulan sahaja lagi. Bukankah tadi saya katakana bahawa ajal maut jodoh semuanya di tangan tuhan. Kami hanya mampu meramal tuhan yang menentukannya. Saya harap encik tabah menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.” Setelah mendengar bicara doktor tadi, Fariz masuk semula kedalam bilik khas yang siti khadijjah ditempatkan. Fariz duduk disisi siti khadijjah yang sedang lena dalam tidurnya entah bila dia akan sedar tiada siapa yang tahu. “Ieja, sedarlah secepat mungkin sayang. Aku akan sentiasa menunggumu. Janganlah kau tinggalkan aku kesepian, sayang. Aku ingin hidup bersamamu walaupun seminit.” Akhirnya airmata yang ditahannya jatuh berlinangan. Dia seperti orang hilang pertimbangan apabila melihat Siti khadijjah yang dikasihinya didalam keadaan yang kritikal. ‘akan aku bahagiakanmu hingga ke akhir hayatmu, Siti khadijjah.’ Bisik hati Fariz.

Hari demi hari berlalu, Siti khadijjah masih belum sedar. Imanina sudah selamat melahirkan anak Izman, abang kepada Fariz. Dan pada hari itu juga, Fariz menceraikan Imanina dengan talak satu. Kehidupan mereka sudah tak sehaluan lagi. Petang itu, sedang Fariz berehat di taman yang dikhaskan untuk para pengunjung hospital itu, Fariz dikejutkan dngan berita gembira yang Siti Khadijjah sudah sedar. Sudah hampir sebulan dia menunggu Siti Khadijjah untuk sedar. Fariz berlari ke kamar Siti Khadijjah. Gembiranya tak terkata apabila Siti Khadijjah tersenyum kearahnya. “Ieja dah sedar, sayang?” Fariz bertanya sambil menggenggam tangan Siti Khadijjah. Siti Khadijjah mengangguk sambil menagis. “Mengapa menagis sayang?” Fariz pelik melihat Siti Khadijjah menagis. Siti Khadijjah menggeleng. Fariz mengesat airmata Siti Khadijjah.

Dua bulan sudah berlalu. Lagi empat bulan Siti Khadijjah bakal meninggalkannya buat selama lamanya, fikir Fariz. Fariz dan Siti Khadijjah akhirnya berkahwin tanpa bersanding. Mereka hanya bernikah. Itu yang penting. Dalam minggu kedua, Siti Khadijjah dibenarkan pulang kerumah kerana kesihatannya semakin baik. “Akhirnya Ieja dapat rasakan kebahagiaan bersama orang yang Ieja cintai.’ Ucap Ieja tulus ditelinga suaminya. Fariz tersenyum. Sebenarnya, Siti Khadijjah terlupa yang Fariz pernah berkahwin dengan sahabat karibnya sendiri. Fariz membawa Siti Khadijjah pulang ke Sarawak. Di sepanjang perjalanan, Siti Khadijjah banyak bercakap dari Fariz kerana Fariz sedang menghitung hari menunggu saat Siti Khadijjah yang dikasihinya pergi meninggalkannya buat selama lamanya.

Sebulan kemudiaan, Siti Khadijjah disahkan mengandungkan anak sulung mereka.Umur kandungannya hanya tiga minggu. Sempatkah Siti Khadijjah meninggalkan zuriat buatnya? Tanya hati Fariz. Hampir dekat dengan kematian Siti Khadijjah, makin Fariz tidak mahu melepaskan Siti Khadijjah keluar dari bilik mereka. Tidak pernah dia merasa kebahagiaan sebegini rupa. Fariz hanya berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur isterinya yang baru dikahwini selama dua bulan yang lalu. Dia inginkan keluarga yang bahagia. Dia tidak mahu Siti Khadijjah meninggalkannya dalam masa terdekat ini. Setiap malam Fariz melakukan solat tahajud, dia sering berdoa sehingga menagis kerana inginkan isterinya berada disampingnya selamanya. Setiap masa Fariz berdoa supaya dipanjangkan jodoh mereka dan dipanjangkan hayat Siti Khadijjah.

Pejam celik sudah masuk sembilan bulan Siti Khadijjah mengandung. Fariz semakin bersyukur kerana sudah hampir sepuluh bulan dia hidup bersama Siti Khadijjah. Hanya menunggu masa melahirkan anak mereka sahaja. Bila kandungan Ieja sudah menjangkau enam bulan, Fariz sudah mula berkerja kerana banyak kerja yang ditinggalkannya semasa dia ke johor kelmarin. Pada tengah hari itu, sedang dia sibuk menyemak dokumen yang baru di hantar dan diperlukan approval darinya, Fariz dikejutkan dengan satu berita yang paling ditunggu tunggukan. Siti Khadijjah bakal melahirkan anaknya. Dengan segera dia mengambil cuti kecemasan dan terus memandu kehospital. Selepas 16 jam di wad bersalin, Siti Khadijjah dan Fariz mendapat seorang puteri. Nurul Fazlina. Anak sulung mereka. Fariz merasakan keluarganya semakin lengkap dengan adanya Nurul Fazlina sebagai pengikat cinta mereka.

Bulan berganti bulan, keadaan Siti Khadijjah menjadi semakin parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU. Doktor telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa Siti Khadijjah. Tetapi hanya Allah yang bisa menentukan segalanya. Sudah ajal Siti Khadijjah, dia disambut Ilahi. Fariz pasrah dengan apa yang berlaku. Dengan Nurul Fazlina, kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa Siti Khadijjah. “Akhirnya, kau pergi jua, sayang. Meninggalkanku seorang anak yang comel persismu. Akan aku jaga anak ini demi cinta ku padamu.” Fariz berkata sambil menatap wajah Siti Khadijjah yang pucat dan tidak bernyawa.

Di tanah perkuburan, Fariz duduk berteleku di sisi kubur isterinya yang baru sahaj meninggalkannya. Rasa baru sekejap tadi mereka berkahwin tetapi apakan daya dia hanya seorang manusia. Jam dipergelangan tangan menunjukkan hampir pukul enam petang. Fariz bangkit dari tempat yang didudukinya. Dia berjalan perlahan menuju ke keretanya. Sebaik sahaja dia sampai di keretanya, di menoleh kebelakang. ‘semoga kau dicucuri rahmat, sayang. Akan aku ingatimu didalam setiap doaku. Kau adalah mutiara hatiku walau kau tiada lagi disisi.’ Bisik hati Fariz. Buat kesekian kalinya, airmata lelakinya jatuh berlinangan.









Fariz
Sejak perkenalan pertama
Aku sudah terpaut padamu
Ingin sahaja ku mengatakan kata cinta
Tetapi aku takut aku yang bertepuk sebelah tangan

Fariz
Jika aku tiada lagi disisimu
Jagalah anak kita dengan baik
Ajarlah dia apa yang baik
Dan apa yang buruk
Semoga dia menjadi anak sholehah

Fariz
Ingatlah
Bersabarlah
Dah bertawakalah kepada allah

Aku akan tetap menyayangimu walaupun jasadku sudah tersemadi di dalam tanah.

Wasalam.

Fariz meletakkan kembali frame yang diukir cantik. Itu sebagai tanda hari ulang tahunya yang pertama bersama arwah Siti Khadijjah. Dia tetap akan menjaga Nurul Fazlina seorang diri. Dia tidak akan perlukan wanita lain dalam hidupnya. Hidup dan matinya kini hanya untuk Nurul Fazlina seorang.

-TAMAT-

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, March 27, 2010

nengok nie....

warkah seorang lelaki yang ku idamkan......


Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku.

Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.

-THE OTHER SIDE OF ME-

happy birthday

Assalamualaikum w.b.t….
Hhmmm…..hari nie hari jadi seorang yang bolehlah dikatakan penting dalam hidupku…selamat hari jadi yang ke 22 sis…semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa…wien sentiasa doakan kebahagiaan akak dunia dan akhirat…tua dah akak kan..hehe….jaga diri baik2 sis…wien xleh nak wish birthday akak guna sms or call sebab wien takut wien akan ganggu masa akak…cukup wien post je wish wien dalam blog nie…wien x pernah lupa untuk wish birthday akak…

Semoga bahagia di samping yang tersayang dan semoga sentiasa mendapat apa yang akak inginkan dalam hidup ini…wien cuma nak akak tau yang wien sayangkan akak dan dia..so, jaga diri baik2 dan hiasi peribadi…wien harap akak boleh jaga dia dengan sebaiknya…jangan hampakan dia kak..wien tau dia sayangkan akak sangat2 dan wien tahu akak pun merti sayangkan dia jugak kan..akak xleh nak tipu wien kak…ngan orang lain mungkinlah akak boleh tipu tapi bukan wien…
Apa-apa pun, maafkan wien sekiranya masuk campur urusan rumah tangga akak dengan dia..wien langsung x pernah berniat nak merosakkan hubungan akak dengan dia..semoga berkekalan ke akhir usia..hehe…
salam sayang dan rindu dari wien…

Friday, March 26, 2010

lega.............

assalamualaikum...

wah...lega dah rasa sebab habis dah tadi buat presentation B.I..x sangka plak aku dapat jugak buat yang terbaik tadi walaupun persiapan dari group kami mmg x ready..kesian tau.. malam kiteorang tido kol 2 pagi...bangun kul 4 pagi untuk hafal teks..haha...untuk group member aku iaitu irawati dan memeng thankx coz dapat back up presentation kita tadi k...

aku ingat kita dak dapat buat yang terbaik untuk presentation tadi, tetapi, kita boleh jugak berjaya...alhamdulillah....

masuk kelas grooming plak...kuiz pun dapat buat yang terbaik walaupun masa untuk study just beberapa jam kelmarin..syukur alhamdulillah...
hehehehe...happy nya rasa....

esok kami ada kursus pra-perkahwinan di ULPL,..dari pkul 7 pagi hingga pkul 5 petang dan bersambung lagi hari ahad nanti..mesti mengantok kan...hahaha...dak apalah...janji ada sijil..hihi....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, March 25, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah....
korang nak tahu x?? hari nie kan kami 1 hari xda kelas..best jak rasa..bangun tadi kul 5.30 solat subuh pas tue tidor balik..then, bangun jam 8...pas tue aku p lah cuci kain n mandi..then, buat sarapan..pas tue kan...dari jam 10.30 sampailah kul 3 petang aku study sak grooming dan ready untuk presentation bi esok...hehe...

ingat xda kelas nie boleh tidor2, rupa2nya lagi sandi daripada ada kelas sebab esok ada kuiz bah..ndui..cian classmate aku..suma macam tue tau...hihi..dak pa lah..lumrah lah bah tue sebagai seorang student...

ish3..dak baik mengeluh wien...buat jak lah bah gaya macam pelajar...jangan mo enak jak..hihi..aku harap jak usaha ku untuk kuiz dan presentation esok berhasil dann akan memuaskan hatiku...baru2 nie pun, result untuk kuiz dan ujian x memuaskan lah..geram jugak..tapi nk buat macam mana kan..dah berusaha...redha jak lah..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Wednesday, March 24, 2010

cabar diri untuk berjaya

Cabar Diri Untuk Berjaya
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.


Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain


Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.


Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa. Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati


Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.



4. Soal Diri Dengan Soalan Positif


Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:


Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?


Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.


Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?


Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda


Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.


Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.


Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

-THE OTHER SIDE OF ME-

MY LOVE....

My love,

I will forever cherish all the moments we spend together,

treating each day as if it’s our last on earth.

No matter the time of day or night, I will always be there for you.

No matter the distance, you can always count on me.

Let’s take the journey of life together,

till our time on earth comes to an end.

When we first met, I was unsure about where the journey would lead us to but we cautiously started to know each other.

I thank God for bringing you into my life, as I truly believe if we had never met I would have missed the best thing in my life.

You bring me joy and sunshine even when the world seems sad and gloomy.

To me, you are my everything, my world and my dreams come true. I cherish all our times together, both good and bad, for every argument has brought us closer together.

I have grown stronger and become a better person because of you.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Saturday, March 20, 2010

keluargaku syurgaku

Aku mula menyedari insan yang paling terpenting dalam hidupku sekarang nie ialah ibu, ayah, adik2 and keluarga..ibu ngan ayah n adik2…rindunya rasa mo balik umah nengok dorang semua..apa lah agaknya khabar dorang tue ar?? Rindu mo dengar ibu mengomel..mo dengar ayah mengolok..n rindu mo bergaduh ngan adik2 tau…hmm… apa kan daya buat masa nie x leh lg balik umah..aku kena study dulu sini..kena jugak buat yang terbaik untuk buktikan pada ayah ngan ibu yang aku nie jugak anak dorang yang boleh dibanggakan…untuk pengetahuan ayah ngan ibu, mmg susah hidup di sini tau bu, yah…baru wini tau susahnya kalau ibu ngan ayah dakda…maafkan wini ea kalau banyak buat salah ngan ibu ngan ayah sepanjang wini jadi anak ayah ngan ibu..buat adik2ku..ulfa, awik, n yaya…belajarlah betul2 k.jangan main2 tau…ingat ibu ngan ayah selalu…jangan buat dorang kecewa..

Rindunya mau duduk2 nengok tv di ruang tamu umah ngan nenek,ibu,ayah n adik2…hhmm…tapi sedih jugak sebab nenek kan tgh sakit sekarang nie…dak best nie..dakda yang bising2 dah nanti…sayanggg nenek….aku mendoakan semoga nenek cepat sembuh dan beransur ceria seperti dulu lagi…huhuhu…nenek kena kuat k…

ayah keja biasa jak...pengawal keselamatan d airport tawau..ibu surirumah sepenuh masa....sayang ibu ngan ayah...adik2 semua masih study lagi..hhmm...kt poli nie, x best..kalau kt umah , nengok tv jak mesti baring sebelah ibu ngan ayah...nengok tv sama2...sambil cita lawak2...hehehe...

sorry x dapat nk upload pic family...ntah napa blog nie tetiba plak buat hal..nt edit k..

-THE OTHER SIDE OF ME-

Thursday, March 18, 2010

AKU TERIMA DUGAANMU YA ALLAH

Bismilillahirrahmanirrahim..
Assalamua’laikum w.b.t

Firstly wien nak mohon maaf sekiranya post wien nie melukakan hati sesiapa yang membaca dan sememangnya terlalu banyak kekurangan. Komen terhadap nukilan wien sebelum nie, wien juga pernah mengalami masalah putus cinta seperti orang lain jugak. wien percaya kalau sudah jodoh wien dengan dia, tentu dengan dia jgk lah wien kahwin. sebelum ini, wien hadapi masalah kemurungan. wien mahu keluar dari masalah ini dengan redha Allah.Tapi alhamdulillah wien tidaklah begitu terjebak dalam masalah couple.Cuma boleh dikatakan seperti teman tapi mesra. Dia sgt mengambil berat terhadap wien dan menjadi pemberi semangat dalam apa jua yang wien buat dan bila saja wien perlukan dia. Namun dia meminta maaf kepada kepada wien kerana tidak dapat meneruskan hubungan kami itu kerana dia telah mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Waktu itu wien sgt2 down dan sedih sgt2. Kehilangan dia,seorang yg selalu memberi dorongan dan nasihat kepada wien. Mula2, wien memang x dapat nak terima apa yang telah dia lakukan namun wien cuba untuk bangun daripada terus rebah dengan linangan air mata. Setelah beberapa bulan, wien sedar, Allah menyayangi hamba-Nya, wien tidak terus melayan perasaan. Alhamdulillah sekarang wien mampu berfikir dengan waras. Kenapa perlu kita bergantung dengan manusia sedangkan Allah sentiasa ada membantu, menolong, pemberi semangat, yang sentiasa mendengar, melihat rintihan hamba-hamba-Nya. Allah sentiasa ada menolong kita. Latif Tuhan menduga kita dengan semua ini untuk mengelakkan kita terus hanyut dengan permainan dunia ini. Ya Allah terlalu banyak dosa ku pada Mu. Si dia yang selalu memberi semangat itu aku lihat bahagia bersama dengan pasangannya. Namun sedih di hati ini melihat kelakuannya yang agak keterlaluan. Aku mohon padamu Allah, moga dibukakan hatinya kembali ke jalan yang sepatutnya.Tapi inilah hikmahnya aku berserah kepada Dia, Allah tunjukkan aku siapa si dia sebenarnya. Ini sahajalah post untuk kali nie dan sedikit pengalaman aku untuk dikongsi bersama. Moga kita sentiasa dalam jagaan-Nya.~ Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiinnn~
“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbanding bapanya, anaknya dan seluruh umat manusia”(HR Bukhari)
Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri. Sedangkan yang berkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan mahram. Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata.

-THE OTHER SIDE OF ME-

tym cuti

salam....

hmm...cuti nie x abis lagi lah....boringnya duk kamsis....betul2 boring..nk study pun susah...sunyi yang teramat sangat...keja..pagi2, bangun, cuci, muka berus gigi, mandi..pas tue...breakfast then study then tido...tu je lah keja tym cuti nie...ya ampunn....boringnya....huhuhu...

xpalah...sabar jakk dulu...hmm...apalah cuti nie ingat nak buat assignment, tapi xda 1 pun yang siap..kerja kami tiga orang dalam bilik ialah menonton movie...hehehe...siang2, kami gi cari movie, malam baru nonton..wui..best...tido lewat...hehehe...bangun pun lewat jugak lah...

badan pun makin nek suda nie..makan jak kerja...tidor jugak..hahahaha...aku rasa dak dapatlah mo lupakan kenangan aku d poli nie ... best betul tau..hahaha...

-THE OTHER SIDE OF ME-

tanda-tanda kematian

Tanda-Tanda Kematian

100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita Iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, March 14, 2010

-TERIMA KASIH CINTA-

Nak Tanya korang lah….

Best x bila ganggu hubungan cinta orang lain???????

Hmmm….Wien pun xtau pa jawapannya…tapi bagi wien semuanya dah ditentukan oleh Allah…sebenarnya wien xpernah nk salahkan dia sebab hadir dalam hubungan kami malah wien berterima kasih pada Allah sebab hantar pompuan yang baik tue untuk hadir menggantikan tempat wien di hati D.I.A…walaupun wien sedih sebab wien kehilangan seseorang untuk saya bercerita masalah, berkongsi kesedihan, kehilangan orang yg percayakan kemampuan saya dalam pelajaran dan sebagainya. Kepada pompuan yg wien maksudkan nie, tq so much sis coz dah bg D.I.A hidup bahagia dan semua kegembiraan yang D.I.A x dapat masa wien ngan dia couple dulu…mungkin akak je yang boleh bawa dia balik ke jalanNYA…sekarang, wien dah dapat nengok kat wajah dia yang dia sangat2 bahagia di samping akak…bahagiakanlah dia sis…jangan jadi macam wien…x pandai nak jaga hati dia..asyik2 nak merajuk jer…memang wien ngaku salah wien kot sebab tue dia cari orang lain untuk ganti tempat wien…hehehe…tau nak cakap apa… wien akan turut bahagia bila nengok dia bahagia sis walaupun sebenarnya wien xleh nak tipu diri wien yang disebalik kegembiraan wien nie ada jugaklah tersimpan rasa kesedihan…makin wien cuba untuk lupakan dia, makin kuat ingatan wien pada dia…hehe…tapi xpelah…akak ngn dia anggap je wien x pernah wujud dalam cita cinta akak ngan dia k…semoga Allah memberkati hubungan kamu dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin…dah nak kahwin nanti, jangan lupa jemput2 wien k…Insyaallah kalau umur wien masih panjang, wien akan pergi jugak nanti…x sabar nak tunggu saat tue…hehehe…mesti masa tue pun, wien dah ada orang lain yang wien cintai…hihihi….

“Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar Ruum 30:21)

Kepada D.I.A:

Thankz dear sebab pernah cintakan and sayangkan wien walaupun tempoh masa kita bersama dulu sangat singkat n Cuma dalam 8 bulan, tapi wien betul2 bahagia. Maafkan wien kalau selama kita bersama, wien x buat yang terbaik untuk abg..halalkan makan minum wien masa ngn abg dulu k…lepas nie, semua kulit coklat cadboury yang abg bagi dulu, wien akan buang…xnak simpan kenangan yang bukan jadi milik wien lagi..tq so much abg sebab pernah hadir dalam kamus hidup wien…dan bagi wien jadi matang n kenal apa erti sayang yang sebenarnya…huhuhu…..mungkin ada seseorang yang lebih baik dari abg sedang menunggu wien di sana..hehehe…


-THE OTHER SIDE OF ME-

ZINA HATI

Saya harapkan keberkatan ilmu dari kata-kata guru saya,

“ Seorang perempuan yang malas membasuh kukunya, bila dia mencuci baju, maka kotoran pada kukunya akan tercuci sekali”

Dan sebelum saya masuk lebih dalam berkenaan hal ini, saya hendak mengingatkan diri saya sendiri akan satu ayat ALLAH SWT yang melekat di dalam hati saya.

“ Amat besarlah kemurkaan ALLAH kepada sesiapa yang berkata, apa yang tidak dia lakukan”

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.
Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.

Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?
Lihat sabda Rasulullah SAW ini,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita. Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita. Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Hatta kemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?

Sebab itulah timbul satu pandangan buruk, cinta ini menganggu studi. Sebab hal sebeginilah. Menyebabkan orang lain yang nak berkahwin awal dengan cara hubungan yang baik dan terjaga pun diragui. Saya agak marah juga dengan orang yang membawa imej buruk dalam bercinta ni. Sebab menyusahkan orang lain yang hendak bercinta dengan jalan yang betul.

Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah. Suka tidak menjadi masalah. Tetapi masalahnya, bagaimana cara kita menyukai? Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama, akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan merosakkan diri kita sendiri dari dalam. Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri, berkemungkinan besar menarik diir kita ke lembah zina yang sebenar.

Hendak suka, hendak bercinta, bukan tidak boleh. Saya tidaklah berpendapat cinta sebelum kahwin itu salah. Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi ada caranya untuk kita bercinta. Kita sendiri perlu ada persiapannya. Bila menjurus kepada hati, maka kita sebenarnya perlu bersedia dan bertegas. Janganlah kerana cinta kepada seorang wanita, atau seorang lelaki, diri kita terjual ke lembah yang merugikan. Letakkanlah ALLAH sebagai cinta pertama kita, barulah kita akan menjadi lebih terjaga.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.

Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.

-THE OTHER SIDE OF ME-
LUAHAN SAJA-SAJA

Hari nie memang memboringkan sebab semua pelajar poli mukah nie dah cuti middle sem..huhuhuhu…tinggallah kami budak2 sabah n beberapa ketul budak Sarawak sini..hehhehe…nasib bek lah air ada kat kamsis nie…Cuma kafe jak lah dak bukak…memang memboringkan sebab laptop aku pun hang n tgh di format di jabatan IT tue…ntahlah bila dia mo siap…hhmmm…mo buat assignment pun susahlah lau laptop xda…geramnya…xpalah..ujian dari Allah bah tue…sabar jak k wien…mula2 sekali aku nak bagitau yang aku rinduuuu sangat2 kt my dear…agak2nya dia sihat ka jugak tue ea sana??? Hhhmmm…. Xpalah dear….dear buatlah pa dear sukak k..yang penting dia happy, cukuplah bagi aku…until hari nie, belum ada org berjaya ganti tempat dia di hati aku..wah…boleh than jugak dia erk…hahaha…sebenarnya bukan xda..Cuma aku yang xnak bukak hati untuk org lain dah…malas dh mo bercintan-cintun melainkan dengan dia…hehehe….apalah wien nie…sot dah kot…ntah apa2 ntah…

Wien..belajar sak dulu…nanti ada rezeki, boleh jumpa dia lagi kan…dunia nie x lah besar sangat pun…Allah tahu apa yang terbaik untuk aku…ish3,..tym cuti2 gini nie kan, mmg tiba2 jak jadi rinduu betul ngan dia..huhuhu………….untuk tahun nie, aku nk enjoy…xnak terikat ngan sapa2..hehehehe….dear…dear….lama dah x panggil dia ngn panggilan nie…janggal jak rasa…xpalah..kena sabar jak ngn ujian TUHAN nie,…xboleh nak buat tindakan bodoh…

Hmm….tanpa disedari..beberapa hari lagi, kami dah nak final exam…dam 70 hari lebih lah lagi..nak akj tapi malas study..huhu…bolehka berjaya lau macam tue wien??? Hhmm…x leh dah nak malas2 sekarang nie coz dah sem akhir dah…xnak dah main2…sekarang nie pun pointer atas pagar jer…setakat 3.50 masih xleh nak hidup..harap2 lepas nie, aku dapat result yang lebih baik dari sem sebelum nie..aku xnak mengecewakan ibu ngn ayah di kampong…sayangg dorang sangat2…sekarang nie, aku masih rasa nak relaks..nanti bila tiba masanya untuk aku beraksi, aku akan beraksi…hehehe…kepada pembaca blog nie, doakanlah kejayaan aku bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak…amiinnn….doa tanpa usaha pun x guna jugak kan…hehehe…


“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan diperlihatkan kesalahan kesalahannya” (Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

-THE OTHER SIDE OF ME-

WANITA IDAMAN LELAKI

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

-THE OTHER SIDE OF ME-

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

-THE OTHER SIDE OF ME-

erti sebuah kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…


-THE OTHERSIDE OF ME-

Monday, March 8, 2010

RASA HATIKU

aku tidak pernah ingin, terlalu mengenalmu...
aku tidak pernah ingin, terlalu menyayangimu...
aku mencuba untuk terus mengenalmu ataupun menyayangimu....
sama sekali ku tak ingin, semuanya menjadi terlalu....

aku tak pernah ingin , terus menangis ratapi kepergianmu...
aku juga tak pernah ingin, terus mengharap kembalimu...
aku hanya biarkan hatiku berbicara tentang apa yang ada..
saat ini, semua terjadi di luar keinginanku...

mungkin...tak selayaknya aku menangis..
tapi tetap jer air mata ini menitis meski ku tahan..
setiap aku terbayang akan wajahmu...
saat ku sedar kau tak lagi ada untukku...


-THE OTHER SIDE OF ME-

Sunday, March 7, 2010

kisah lucu

salam...pagi tadi masa gi kelas kan..ada lah kisah lucu nie...x sangka betul lah..hahahaha....rasa mo pecah jak perut ketawa...begini lah ceritanya...

masa pagi2 tue kan, masa mo turun kelas, kami nie g lah kuar kamsis tunggu genk2 lain siap..pas tue , tym mo gerak dah kan, ada sekelompok orang-orang yang lalu hadapan kami then kamu tahu apa yang terjadi???????

baju ku n baju yang dia pakai samalah...hahahaha...lucu nie..macam kena anti bah...nasib baju sak sama...skirt x sama...dui...rupa2nya lagi....dia pun budak jabatan perdagangan ..dui...sandinya...hehehehe....kami nie kan bergenk2 gila2 jak beketawaan...hahahahaha....

ni jak lah cita..nie pun aku buat blog tym kelas note taking..hihihihi...geram bah..laptop masih hang lagi...dak dapat bukak..mo format pun, driver tinggal d tawau..huhuhu.....

-THE OTHER SIDE OF ME-

Tuesday, March 2, 2010

HAPPY VS SAD








antara suka dan duka?????
semuanya pasti akan berakhir...
aku ingin jadi diriku yang sebenar ..
huhuhu....

-THE OTHER SIDE OF ME-

hari demi hari

salam....
hmm...hari nie x ready nk post papa... macam biasalah, bila ari selasa jak, jadual padat..memang penat sangat2 ari nie..tapi biasalah tue lumrah seorang pelajar kan...kena jugak sabar walaupun keletihan menuntut ilmu..semoga perjuanganku nie diredhai oleh Allah SWT...aku harap sangat2 sem nie aku dapat score yang terbaik...semoga kedua ibu bapaku akan gembira dengan kejayaanku nie...betul lah kata pepaatah, hendak seribu daya, xnak seribu dalih... semua orang sama jak sebenarnya dan cuma yang membezakan kita dengan orang lain ialah usaha...

'kenapa orang lain boleh score n napa aku x dapat'?

persoalan nie lah selalu bermain di fikiranku..aku tidak pernah menganggap aku lemah , malah aku akan sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik untuk pencapaianku di peringkat ini..aku tidak lagi mempedulikan pandangan negatif orang lain terhadap aku... namun aku terima ianya sebagai 1 batu loncatan untuk aku teruskan perjuanganku...

semoga apa yang aku impikan ini, akan menjadi kenyataan di masa hadapan..doakanlah kejayaanku..aku juga ingin membela nasib keluarga yang bukan berasal dari keluarga yang senang. . lebih2 aku merupakan anak sulung dan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyara keluarga dan juga adik2 di rumah...

aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk adik2ku..mereka masih kecil dan masih tidak mengetahui erti kesusahan..biarlah mereka membesar tanpa rasa kepayahan...aku akan buktikan aku akan berjaya juga nanti seperti mana orang lain berjaya..amiinnn...

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..