Tuesday, October 19, 2010

sy syg awk

Kadang-kadang saya takut berada di sini. Saya takut dengan tanggungjawab. Saya bimbang dengan persekitaran. Mungkin disebabkan perasaan takut itu, saya mengharapkan seseorang untuk mendengar. Saya nak berubah, saya mahu dibimbing. Saya rasa saya dah jumpa siapa orang tu untuk beberapa ketika. Dia baik, dia penasihat saya, dia pendengar saya. Saya tak kisah kalau saya baru kenal dia, tapi saya sangat selesa dengan dia. Dia selalu buat saya ketawa dengan lawaknya. Dia sangat lain dengan apa yang saya sangka semasa saya tidak mengenalinya. Saya bukan nak dia ada dengan saya setiap waktu, saya bukan nak dia berjalan dengan saya kemana-mana saja, saya cuma nak dia untuk mendengar dan menegur saya.

terima kasih yg teramat sangat pada dia sebab hadir dalam hidup saya dan bimbing saya..saya nak dia tahu, saya bahagia dengan dia...berapa hari lagi dia nak gi k.k dah...ada interview dkt sesb. saya doakan yang terbaik untuk dia..kalau dapat, alhamdulillah, kalau x dapat pun tak apa, mungkin bukan rezeki dia kt situ. biarlah dia sambung study kt UMS klu x dapat interview tue. mesti saya rindukan dia bila dia takda kt sisi saya.tapi dia pegi tak lama, kejap jak. nanti dia balik tawau gak jumpa ngan saya. hehehe..

Sekarang dia dah nak tinggalkan saya, dia nak pergi K.K. Dulu saya tak ambil kisah sangat bila dia kata dia tengah tunggu keputusan permohonan untuk keja n balik UMS. Tapi sekarang memang saya kisah, sebab dia dah nak pergi. Dia dah nak kemas semua barang dia dekat umah dia dah pun! Sedihnya saya bila tahu dia nak pergi jauh dari saya. macam x besa.huhuhu.

dia nak tinggalkan saya. Tapi tak apa lah, dia ada cita-cita. Kami ada cita-cita. Saya percaya kami berkawan bukan sampai di sini saja. Saya harap dia akan jaga diri elok-elok dekat sana. Saya harap dia tak curang2. hehehe.

p/s untuk my dear :

jangn tinggal solat yaa..jangan nakal2...jaga makan minum sana..and jangan merokok k..klu merokok, nanti jantung rosak.. saya nasihat sebab sayangkan awak sgt2.. befday orang nt balik tawau.. hihihi...salam...

YA ALLAH...
terima kasih kerana menemukan saya dengan insan yang bernama FAISAL ABIDIN..saya betul2 bersyukur yang teramat sangat...


-THE OTHER SIDE OF ME-

tepuk dada tanya hati

Kadang-kadang mulut berbicara, tapi hati kosong.
Kadang-kadang bibir tersenyum, tapi hati gundah.
Baik Dia, nyata.

Baik manusia, entah apa-apa.











Tepuk dada, tanya hati.

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..