Thursday, March 18, 2010

AKU TERIMA DUGAANMU YA ALLAH

Bismilillahirrahmanirrahim..
Assalamua’laikum w.b.t

Firstly wien nak mohon maaf sekiranya post wien nie melukakan hati sesiapa yang membaca dan sememangnya terlalu banyak kekurangan. Komen terhadap nukilan wien sebelum nie, wien juga pernah mengalami masalah putus cinta seperti orang lain jugak. wien percaya kalau sudah jodoh wien dengan dia, tentu dengan dia jgk lah wien kahwin. sebelum ini, wien hadapi masalah kemurungan. wien mahu keluar dari masalah ini dengan redha Allah.Tapi alhamdulillah wien tidaklah begitu terjebak dalam masalah couple.Cuma boleh dikatakan seperti teman tapi mesra. Dia sgt mengambil berat terhadap wien dan menjadi pemberi semangat dalam apa jua yang wien buat dan bila saja wien perlukan dia. Namun dia meminta maaf kepada kepada wien kerana tidak dapat meneruskan hubungan kami itu kerana dia telah mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Waktu itu wien sgt2 down dan sedih sgt2. Kehilangan dia,seorang yg selalu memberi dorongan dan nasihat kepada wien. Mula2, wien memang x dapat nak terima apa yang telah dia lakukan namun wien cuba untuk bangun daripada terus rebah dengan linangan air mata. Setelah beberapa bulan, wien sedar, Allah menyayangi hamba-Nya, wien tidak terus melayan perasaan. Alhamdulillah sekarang wien mampu berfikir dengan waras. Kenapa perlu kita bergantung dengan manusia sedangkan Allah sentiasa ada membantu, menolong, pemberi semangat, yang sentiasa mendengar, melihat rintihan hamba-hamba-Nya. Allah sentiasa ada menolong kita. Latif Tuhan menduga kita dengan semua ini untuk mengelakkan kita terus hanyut dengan permainan dunia ini. Ya Allah terlalu banyak dosa ku pada Mu. Si dia yang selalu memberi semangat itu aku lihat bahagia bersama dengan pasangannya. Namun sedih di hati ini melihat kelakuannya yang agak keterlaluan. Aku mohon padamu Allah, moga dibukakan hatinya kembali ke jalan yang sepatutnya.Tapi inilah hikmahnya aku berserah kepada Dia, Allah tunjukkan aku siapa si dia sebenarnya. Ini sahajalah post untuk kali nie dan sedikit pengalaman aku untuk dikongsi bersama. Moga kita sentiasa dalam jagaan-Nya.~ Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiinnn~
“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbanding bapanya, anaknya dan seluruh umat manusia”(HR Bukhari)
Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri. Sedangkan yang berkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan mahram. Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata.

-THE OTHER SIDE OF ME-

tym cuti

salam....

hmm...cuti nie x abis lagi lah....boringnya duk kamsis....betul2 boring..nk study pun susah...sunyi yang teramat sangat...keja..pagi2, bangun, cuci, muka berus gigi, mandi..pas tue...breakfast then study then tido...tu je lah keja tym cuti nie...ya ampunn....boringnya....huhuhu...

xpalah...sabar jakk dulu...hmm...apalah cuti nie ingat nak buat assignment, tapi xda 1 pun yang siap..kerja kami tiga orang dalam bilik ialah menonton movie...hehehe...siang2, kami gi cari movie, malam baru nonton..wui..best...tido lewat...hehehe...bangun pun lewat jugak lah...

badan pun makin nek suda nie..makan jak kerja...tidor jugak..hahahaha...aku rasa dak dapatlah mo lupakan kenangan aku d poli nie ... best betul tau..hahaha...

-THE OTHER SIDE OF ME-

tanda-tanda kematian

Tanda-Tanda Kematian

100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita Iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..