Thursday, March 18, 2010

AKU TERIMA DUGAANMU YA ALLAH

Bismilillahirrahmanirrahim..
Assalamua’laikum w.b.t

Firstly wien nak mohon maaf sekiranya post wien nie melukakan hati sesiapa yang membaca dan sememangnya terlalu banyak kekurangan. Komen terhadap nukilan wien sebelum nie, wien juga pernah mengalami masalah putus cinta seperti orang lain jugak. wien percaya kalau sudah jodoh wien dengan dia, tentu dengan dia jgk lah wien kahwin. sebelum ini, wien hadapi masalah kemurungan. wien mahu keluar dari masalah ini dengan redha Allah.Tapi alhamdulillah wien tidaklah begitu terjebak dalam masalah couple.Cuma boleh dikatakan seperti teman tapi mesra. Dia sgt mengambil berat terhadap wien dan menjadi pemberi semangat dalam apa jua yang wien buat dan bila saja wien perlukan dia. Namun dia meminta maaf kepada kepada wien kerana tidak dapat meneruskan hubungan kami itu kerana dia telah mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Waktu itu wien sgt2 down dan sedih sgt2. Kehilangan dia,seorang yg selalu memberi dorongan dan nasihat kepada wien. Mula2, wien memang x dapat nak terima apa yang telah dia lakukan namun wien cuba untuk bangun daripada terus rebah dengan linangan air mata. Setelah beberapa bulan, wien sedar, Allah menyayangi hamba-Nya, wien tidak terus melayan perasaan. Alhamdulillah sekarang wien mampu berfikir dengan waras. Kenapa perlu kita bergantung dengan manusia sedangkan Allah sentiasa ada membantu, menolong, pemberi semangat, yang sentiasa mendengar, melihat rintihan hamba-hamba-Nya. Allah sentiasa ada menolong kita. Latif Tuhan menduga kita dengan semua ini untuk mengelakkan kita terus hanyut dengan permainan dunia ini. Ya Allah terlalu banyak dosa ku pada Mu. Si dia yang selalu memberi semangat itu aku lihat bahagia bersama dengan pasangannya. Namun sedih di hati ini melihat kelakuannya yang agak keterlaluan. Aku mohon padamu Allah, moga dibukakan hatinya kembali ke jalan yang sepatutnya.Tapi inilah hikmahnya aku berserah kepada Dia, Allah tunjukkan aku siapa si dia sebenarnya. Ini sahajalah post untuk kali nie dan sedikit pengalaman aku untuk dikongsi bersama. Moga kita sentiasa dalam jagaan-Nya.~ Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiinnn~
“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbanding bapanya, anaknya dan seluruh umat manusia”(HR Bukhari)
Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri. Sedangkan yang berkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan mahram. Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata.

-THE OTHER SIDE OF ME-

No comments:

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..