Friday, February 26, 2010

sepi lebih indah

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?


Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.


Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.


Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak dapat melupakanmu.


Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.


Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan, "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahgia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

JANGAN BODOH KERANA CINTA

KERANA CINTA ORANG SANGGUP BERBUAT APA SAJA. SEMUA YANG BURUK MENJADI INDAH, GELAP MENJADI TERANG, LAPAR MENJADI KENYANG. PENDEK KATA, CINTA BOLEH MENGUBAH SEGALANYA. IA INDAH IBARAT SYAIR. OLEH SEBAB BEGITU KUAT OENANGAN CINTA, KITA PERLU WARAS SEWAKTU MELALUINYA...

ramai orang menjadi 'kurang siuman' hingga sanggup 'dikorbankan'. sentiasa letakkan Allah sebagai kecintaan tertinggi , kemudian nabi, ibu ayah dan diri sendiri sebelum memberikan sekelumit cinta kepada seseorang yang ingin dicintai.

bukti cinta boleh membodohkan memang banyak. memang banyak sekali bukti kebodohan cinta berdasarkan peningkatan kes pembuangan bayi atau pengguguran sana sini.

bukti cinta yang membodohkan ini juga dapat dilihat pada 1265 orang terutamanya gadis kita yang ditahan diluar negara atas pelbagai kesalahan jenayah.

sebagai wanita, janganlah mudah mempercayai janji manis lelaki yang baru dikenali termasuklah teman lelaki. wanita adalah manusia emosi. mereka mudah terkesan oleh apa saja yang bermula dari emosi.

disinilah bagaimana lelaki yang mempunyai strategi mengambil kesempatan. mereka mempamerkan cinta untuk disambut dengan rela.kadang-kadang, dengan mempamerkan rasa sayang, wanita mudah terjebak untuk mudah mempercayai akhirnya jatuh cinta. keadaaan seperti ini menyebabkan wanita sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat kasih sayang yang telah dinikmati sebahagiannya itu.

bukti cinta membutakan memang berlaku di mana-mana.begitulah cinta, ia boleh menjadikan kita lebih bijak dengan matlamat membina kehidupan terbaik mengatasi manusia lain, tetapi ia juga boleh menjadikan kita amat bodoh dan membuat persepsi yang silap terhadap banyak perkara.

cinta tue mesti dilalui dengan ukuran agama, ia akan membuatkan pemikiran anda sentiasa waras. tanpa agama sebagai penimbal, cinta akan dilihat amat indah meskipun sebenarnya ia memualkan kerana telah membuatkan kita terjerumus ke lembah hina.

ukur setiap perasaan yang melanda hati anda dengan ukuran halal dan haram, pasti anda terpelihara san hidup segar dalam naungan cinta suci. sesungguhnya cinta bukanlah jijik, ia indah dan menarik untuk dinikmati dan dilalui dengan sejarah kehidupan yang indah dan juga menarik..

~THE OTHER SIDE OF ME~

L.A.G.U

nnie merupakan lagu yang paling aku suka dengar..bila dihayati dan kita dalami maksud lagu nie, memang lah best jer dengar tau....hhmm... hakikat bahagia...memang betul lah bahagia tue adalah satu ketenangan...x da masalah bila bahagia.. terkadang bagai lupa tuhan pun ada...hhmmm.......



Hakikat Bahagia
UNIC
http://azri-afifi.cjb.net

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Thursday, February 25, 2010

KENAPA??????

Kenapa ye,

Bila Allah suruh kita jaga pergaulan dengan lelaki bukan muhrim kita tak dapat nak buat,

tapi bila teman lelaki kita tak bagi kita berhubung dengan lelaki lain kita boleh ikut?

Kenapa ye,

kita tak mampu nak ingat Allah tiap waktu,

tapi kita mampu ingat tiap janji antara kita dan teman lelaki kita?

Kenapa ye,

Bila teman lelaki kita tinggalkan kita, kita rasa dunia ni macam nak hancur

sedangkan Allah yang bagi kita nyawa dan segala-galanya?

Kenapa ye,

Kita selalu kenang-kenang teman lelaki kita baik walaupun dia tak ikut syariat Allah,

tapi kita jarang sekali ingat dan kenang Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang?

Kenapa ye?

Kenapa?


sebab saya pun mengalami benda yang sama.. xtahulah sama ada jahil ataupun buta..tapi, tue masa lalu saya lah.. sekarang saya hanya mengharapkan cinta daripada Allah...amiinn...


~THE OTHER SIDE OF ME~

jika aku jatuh hati

Tuesday, February 23, 2010

bahaya tidur di siang hari

Dilarang tidur di siang hari di dalam cuaca yang panas kerana:

Mendatangkan penyakit kulit
Merosakkan warna kulit
Melemahkan jantung
Menambahkan tekanan yang meluap
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat
Melemahkan kecerdasan akal

Friday, February 12, 2010

masa itu emas

10 wasiat

1o Wasiat Imam Hasan Al-Banna


1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..