Tuesday, May 25, 2010

WAHAI HATI..DENGARKANLAH...

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

-THE OTHER SIDE OF ME-

merdeka!!!

Akhirnya…tepat pukul 10.15 pagi tadi, aku menghabiskan ayat-ayat terakhir dari tinta penaku dengan menjawab paper exam KEUSAHAWANAN P3117… aku dengan penuh harapan melangkah keluar daripada dewan peperiksaan dengan mengatur langkah yang agak kemas.. bukan berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan tetapi aku terlalu gembira apabila menamatkan kertas soalan tadi …. Tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu dan akhirnya aku dan rakan-rakan sekelas yang lain Berjaya menamatkan pengajian untuk semester nie.. harap-harap semuanya Berjaya dan takkan ada member yang repeat lagi untuk semester nie… semoga Berjaya kawan2!!!

Dalam tempoh masa 2 tahun pengajian di politeknik mukah Sarawak nie, macam-macam kenangan yang tercipta samada yang manis mahupun yang pahit…kenangan yang manis tue aku akan terus abadikan dalam ingatanku dan bagi yang pahit-pahit tue, aku juz akan jadikan suatu kisah hitam dan menjadi pengajaran untuk aku… sedihnya nak berpisah ngan rakan2 seperjuangan…. Tadi, masa dah habis paper, sempat gak mamam ngan rakan sekelas dekat kafe tue…gelak tawa , hilaian rakan-rakan sesekali memecah suasana kafe pagi tadi.. malu jugak dengan pelajar-pelajar yang lain..punya bising budak-budak Diploma Sains Kesetiausahaan makan dekat meja hujung tue… hehehe… sebenarnya di sebalik kegembiraan kami tue, mesti ada rasa sebak di dada sebab dah nak berpisah .. tak tau bila dapat jumpa dorang-dorang nie lagi… konvo nanti lah kot.. konvo pun dijangka akan berlangsung pada bulan april tahun depan.. wah… agak lama gak kan…

Hmm….aku tak sabar nak semak keputusan peperiksaan akhir sem nie tau.. tapi kali nie aku tak target lah dapat AKJ coz subjek memang killer sikit lah… aku Cuma berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan menerima segala yang ditakdirkannya dan sesungguhnya aku tahu semua yang terbaik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa… mengimbau kenangan bersama teman2 daripada semester 1 hingga 4 nie, tiba-tiba jak keluar titik2 jernih dari kelopak mata aku… sedih sangat nak tinggalkan dorang nie tau even banyak konflik yang berlaku…hehehe…biasalah tue dalam persahabatan kan….

Petang tadi pun, kawan2 ramai yang dah balik kampong halaman…jelez nengok dorang semua balik kampong…esok, ka kana ngan mina dah balik sabah dah…lusa plak memeng ngan sherley dah balik tawau…aku ngan ira nie jak lah yang jadi guard poli sebab balik 30 hb.. hehehe…macam mana lah keadaan kitaorang balik nanti ar?? Banyak sangat barang…pening kepala fikir kan hal nie… hihi…nanti sampai umah, nak tido puas2… nak mam masakan ibu ngan adik… mo tido ngan ibu lah nanti… rindu sangat2 ngan ibu n ayah kat umah tue…adik2 pun sama…hah…nie adik aku yang sorang nie, 21 hb jun nanti dia dah nak mendaftar dekat politeknik kuching pulak….dia dapat tawaran pengajian diploma in programming ( pengaturcaraan computer)… hari tue apply pemasaran, ntah tetiba plak dapat pengaturcaraan… mesti x best nie, xda adik kat umah… selalunya, kat umah aku mesti buli dia… hehehe…. Xdalah… sayang adik aku tue… rajin… harap dia dapat buat yang terbaik untuk diploma dia selama 3 tahun di politeknik kuching tue nanti….aminnn…

Bah, sampai sini dulu lah ya cita kali nie… mo gi amik kain kat ampaian…hari nak ujan dah…bye kawan2….salam sayang….

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..