Tuesday, May 18, 2010

Awak………

Salam awak….

Saya sebenarnya tak tau dari mana saya kena mula..Saya tak tau napa tetiba je nak cita pasal awak lagi dalam blog nie..saya rindukan awak kot…

Awak…

Saya tengah exam sekarang nie…baru lepas dua paper : document production dan structure of commerce..ada 4 paper lagi wak…saya tak tau awak napa saya jadi rindu sangat2 kat awak hari nie..tadi masa dah sampai kat dewan peperiksaan, saya nampak pasangan couple tengah bincang buat review sikit pasal subjek dorang..tetiba saya ingat kat awak…saya sedih awak…peperiksaan kali nie saya lalui tanpa awak di sisi..masa sem 1 dan sem 2 dulu kan awak ada temankan saya dan selalu bagi saya semangat untuk berjaya dan tak putus asa…

Awak….

Semester nie saya gi exam tanpa restu dari awak..sendiri jer…xda orang nak bagi saya kata-kata semangat sebelum saya masuk dewan..apa-apa pun saya masih ingat kata-kata awak yang bunyi nya lebih kurang macam nie lah..”sayang…masa kat dewan tue nanti, ada jam besar tau dekat depan sekali..besarrrr jam tue..sayang jangan nervous k..jawab soalan dengan tenang”..macam tue lah kata-kata awak dan saya ingat pesan awak tue…saya masuk exam relax je awak..saya tak nervous pun..alhamdulillah…saya dah buat yang termampu saya…saya nak buat yang terbaik untuk sem nie awak…saya nak dapatkan pingat akj lagi macam semester 1 dulu..awak janji nak bagi saya hadiah kan bila saya dapat akj “ nanti …sayang dapat akj, abg bagi hadiah ea”..nie kata-kata awak kan…tima kasih awak sebab bagi saya hadiah bermakna tue pada saya…tapi…………kalau sem nie saya dapat anugerah akj, awak dah tak dapat nak bagi saya hadiah lagi kan sebab awak dah tak da kat sisi saya…dulu, saya study malam sambil baca sms dari awak tau…sekarang hp saya tak bunyi-bunyi lagi dah awak..kalau saya study, saya simpan je h/p kat laci…rindu kenangan masa kita gi semak keputusan peperiksaan akhir julai 2008 tue kat restoran singgah selalu ngan ira kan…

Awak…

Tak sedar kan….dah lama rupanya awak tinggalkan saya sendiri…saya rindu sangat kat awak dan saya masih sayangkan awak maacam dulu lagi…saya tak nak orang lain ambil tempat awak dalam hati saya…awak nak tau…ada beberapa orang dah nak couple ngan saya, tapi saya tak nak…sebab saya masih sayang kan awak lagi….saya tau, awak sekarang dah pun bahagia dengan pilihan hati awak dan saya tak nak runtuhkan masjid yang bakal awak bina bersama dia…saya tahu awak berdua saling menyayangi dan menyintai…tapi, izinkanlah saya untuk terus menyintai dan menyayangi awak k selagi saya mampu dan selagi saya bertahan….nanti tiba satu saat untuk di mana saya harus lupakan dan lepaskan awak, saya akan cuba untuk lupakan awak sedikit demi sedikit dan cuba terima kenyataan yang awak bukan milik saya lagi….saya suka tengok awak sekarang….awak dah bahagia bersama dengan dia kan…saya tengok awak dari jauh pun dah cukup dah buat saya happy..jagalah dia baik-baik ea awak…jangan lukakan hati dia…perempuan nie biasa kalau bab-bab merajuk…awak kena faham dan kena tahan dengan perangai dia tau…tue tandanya dia nak sedikit perhatian dari awak…pujuk dia k…jangan nak marah-marah sebab orang pompuan sensitive…tak boleh kena marah..macam saya lah…hehehe….

Awak….

Terima kasih ea sebab tinggalkan saya…awak ajar saya banyak benda yang saya tak sedar sebelum nie…saya dapat kenal diri saya dengan lebih mendalam…saya dapat jadi orang yang tau jadi lebih sabar…dan awak ajar saya erti pengorbanan yang sebenar….saya terpaksa korbankan kasih dan cinta saya untuk awak…saya percaya, ada jodoh takkan ke mana walaupun awak tak suka dengan statement nie kan..saya dah amanahkan seseorang untuk ambil alih tempat saya di hati awak…saya percaya dia akan jaga awak dengan baik…insyaAllah..kalau ada jodoh, kita boleh jumpa lagi dan jadi kawan kan…saya harap 1 hari nanti, awak boleh terima saya jadi kawan awak…dan saya nak awak tahu, saya tak pernah nak salahkan awak…akhir sekali, halalkan lah semua makan-minum saya dengan awak dulu ea dan ampunkan dosa-dosa saya masa ngan awak..ok…maafkan saya kalau saya tak dapat buat yang terbaik untuk awak dan tak dapat jadi macam apa yang awak nak…itu bukan saya awak..saya dah ditakdirkan lahir macam nie..saya tak suka jadi seorang yang hipokrit…saya Cuma berharap agar kasih sayang saya pada awak tidak melebihi kasih sayang saya pada yang Maha Esa…

Awak…

Hari tue, saya ada gi kampong awak..saja nak jalan-jalan…lama jugak saya kat sana..saya tak gi umah awak lah…saya cuma duduk kat pondok tunggu bas yang awak jemput saya tue masa saya gi umah awak dulu…adalah dalam 2, 3 jam saya duduk sana sorang-sorang..pas tue, saya balik lah..masa tue cuti l.i..saya boring so, pergi lah sana…saya ada gak nampak kelibat umah awak tapi takut nak gi sana…huhuhu…Saya dengar awak dah ada lesen memandu ek….tak taulah betul ke tak…saya Cuma nak nasihatkan awak kalau bawak keta tue, hati-hati k..ingatlah orang yang tersayang…walaupun impian saya nak naik keta bersama awak tak tercapai tapi baguslah awak dah ada lesen…boleh-bawak kawan-kawan awak jalan dah…jaga makan minum awak tue, janganlah kat umah sendiri pun awak masak Maggie je ..tak pun mesti awak makan nasi lauk telur ngan kicap kan…awak kan dah ada bilik baru kat umah…rajin-rajin kemas bilik k..hehe…kalau petang-petang tue, gi main bola atau main futsal janganlah aktif sangat..nanti kaki sakit lagi..jangan balik lewat sangat..nanti mak risau…jangan tinggal solat awak…saya tak dad ah nak kejutkan awak bagun solat subuh tau..so, jangan malas nak bangun subuh lagi k..dah besar dah awak tue…kalau umah kat pasir putih tu banjir lagi, pandai-pandai jaga diri k…jaga family…awak tue anak sulung..besar tanggungjawab tue…baiklah awak..sampai sini je lah nukilan saya untuk awak…kalaulah awak terjumpa dan terbaca blog saya nie, sampaikan salam saya pada mak awak, nenek awak, kawan-kawan awak yang mengenali saya , adik lelaki awak yang comel dan rajin men air tue..hehe…tak lupa jugak salam kat kucing-kucing awak yang manja tue k….sekian…wassalam….

Salam rindu dan sayang dari saya:

Ketika cinta memanggilmu, maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku. Jika cinta memelukmu, maka dakaplah ia walaupun pedang disela-sela sayapnya melukaimu.

Cinta tak pernah menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan lelaki menyentuh tangan perempuan, mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.

-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..