Sunday, March 14, 2010

-TERIMA KASIH CINTA-

Nak Tanya korang lah….

Best x bila ganggu hubungan cinta orang lain???????

Hmmm….Wien pun xtau pa jawapannya…tapi bagi wien semuanya dah ditentukan oleh Allah…sebenarnya wien xpernah nk salahkan dia sebab hadir dalam hubungan kami malah wien berterima kasih pada Allah sebab hantar pompuan yang baik tue untuk hadir menggantikan tempat wien di hati D.I.A…walaupun wien sedih sebab wien kehilangan seseorang untuk saya bercerita masalah, berkongsi kesedihan, kehilangan orang yg percayakan kemampuan saya dalam pelajaran dan sebagainya. Kepada pompuan yg wien maksudkan nie, tq so much sis coz dah bg D.I.A hidup bahagia dan semua kegembiraan yang D.I.A x dapat masa wien ngan dia couple dulu…mungkin akak je yang boleh bawa dia balik ke jalanNYA…sekarang, wien dah dapat nengok kat wajah dia yang dia sangat2 bahagia di samping akak…bahagiakanlah dia sis…jangan jadi macam wien…x pandai nak jaga hati dia..asyik2 nak merajuk jer…memang wien ngaku salah wien kot sebab tue dia cari orang lain untuk ganti tempat wien…hehehe…tau nak cakap apa… wien akan turut bahagia bila nengok dia bahagia sis walaupun sebenarnya wien xleh nak tipu diri wien yang disebalik kegembiraan wien nie ada jugaklah tersimpan rasa kesedihan…makin wien cuba untuk lupakan dia, makin kuat ingatan wien pada dia…hehe…tapi xpelah…akak ngn dia anggap je wien x pernah wujud dalam cita cinta akak ngan dia k…semoga Allah memberkati hubungan kamu dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin…dah nak kahwin nanti, jangan lupa jemput2 wien k…Insyaallah kalau umur wien masih panjang, wien akan pergi jugak nanti…x sabar nak tunggu saat tue…hehehe…mesti masa tue pun, wien dah ada orang lain yang wien cintai…hihihi….

“Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar Ruum 30:21)

Kepada D.I.A:

Thankz dear sebab pernah cintakan and sayangkan wien walaupun tempoh masa kita bersama dulu sangat singkat n Cuma dalam 8 bulan, tapi wien betul2 bahagia. Maafkan wien kalau selama kita bersama, wien x buat yang terbaik untuk abg..halalkan makan minum wien masa ngn abg dulu k…lepas nie, semua kulit coklat cadboury yang abg bagi dulu, wien akan buang…xnak simpan kenangan yang bukan jadi milik wien lagi..tq so much abg sebab pernah hadir dalam kamus hidup wien…dan bagi wien jadi matang n kenal apa erti sayang yang sebenarnya…huhuhu…..mungkin ada seseorang yang lebih baik dari abg sedang menunggu wien di sana..hehehe…


-THE OTHER SIDE OF ME-

ZINA HATI

Saya harapkan keberkatan ilmu dari kata-kata guru saya,

“ Seorang perempuan yang malas membasuh kukunya, bila dia mencuci baju, maka kotoran pada kukunya akan tercuci sekali”

Dan sebelum saya masuk lebih dalam berkenaan hal ini, saya hendak mengingatkan diri saya sendiri akan satu ayat ALLAH SWT yang melekat di dalam hati saya.

“ Amat besarlah kemurkaan ALLAH kepada sesiapa yang berkata, apa yang tidak dia lakukan”

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.
Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.

Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?
Lihat sabda Rasulullah SAW ini,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita. Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita. Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Hatta kemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?

Sebab itulah timbul satu pandangan buruk, cinta ini menganggu studi. Sebab hal sebeginilah. Menyebabkan orang lain yang nak berkahwin awal dengan cara hubungan yang baik dan terjaga pun diragui. Saya agak marah juga dengan orang yang membawa imej buruk dalam bercinta ni. Sebab menyusahkan orang lain yang hendak bercinta dengan jalan yang betul.

Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah. Suka tidak menjadi masalah. Tetapi masalahnya, bagaimana cara kita menyukai? Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama, akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan merosakkan diri kita sendiri dari dalam. Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri, berkemungkinan besar menarik diir kita ke lembah zina yang sebenar.

Hendak suka, hendak bercinta, bukan tidak boleh. Saya tidaklah berpendapat cinta sebelum kahwin itu salah. Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi ada caranya untuk kita bercinta. Kita sendiri perlu ada persiapannya. Bila menjurus kepada hati, maka kita sebenarnya perlu bersedia dan bertegas. Janganlah kerana cinta kepada seorang wanita, atau seorang lelaki, diri kita terjual ke lembah yang merugikan. Letakkanlah ALLAH sebagai cinta pertama kita, barulah kita akan menjadi lebih terjaga.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.

Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.

-THE OTHER SIDE OF ME-
LUAHAN SAJA-SAJA

Hari nie memang memboringkan sebab semua pelajar poli mukah nie dah cuti middle sem..huhuhuhu…tinggallah kami budak2 sabah n beberapa ketul budak Sarawak sini..hehhehe…nasib bek lah air ada kat kamsis nie…Cuma kafe jak lah dak bukak…memang memboringkan sebab laptop aku pun hang n tgh di format di jabatan IT tue…ntahlah bila dia mo siap…hhmmm…mo buat assignment pun susahlah lau laptop xda…geramnya…xpalah..ujian dari Allah bah tue…sabar jak k wien…mula2 sekali aku nak bagitau yang aku rinduuuu sangat2 kt my dear…agak2nya dia sihat ka jugak tue ea sana??? Hhhmmm…. Xpalah dear….dear buatlah pa dear sukak k..yang penting dia happy, cukuplah bagi aku…until hari nie, belum ada org berjaya ganti tempat dia di hati aku..wah…boleh than jugak dia erk…hahaha…sebenarnya bukan xda..Cuma aku yang xnak bukak hati untuk org lain dah…malas dh mo bercintan-cintun melainkan dengan dia…hehehe….apalah wien nie…sot dah kot…ntah apa2 ntah…

Wien..belajar sak dulu…nanti ada rezeki, boleh jumpa dia lagi kan…dunia nie x lah besar sangat pun…Allah tahu apa yang terbaik untuk aku…ish3,..tym cuti2 gini nie kan, mmg tiba2 jak jadi rinduu betul ngan dia..huhuhu………….untuk tahun nie, aku nk enjoy…xnak terikat ngan sapa2..hehehehe….dear…dear….lama dah x panggil dia ngn panggilan nie…janggal jak rasa…xpalah..kena sabar jak ngn ujian TUHAN nie,…xboleh nak buat tindakan bodoh…

Hmm….tanpa disedari..beberapa hari lagi, kami dah nak final exam…dam 70 hari lebih lah lagi..nak akj tapi malas study..huhu…bolehka berjaya lau macam tue wien??? Hhmm…x leh dah nak malas2 sekarang nie coz dah sem akhir dah…xnak dah main2…sekarang nie pun pointer atas pagar jer…setakat 3.50 masih xleh nak hidup..harap2 lepas nie, aku dapat result yang lebih baik dari sem sebelum nie..aku xnak mengecewakan ibu ngn ayah di kampong…sayangg dorang sangat2…sekarang nie, aku masih rasa nak relaks..nanti bila tiba masanya untuk aku beraksi, aku akan beraksi…hehehe…kepada pembaca blog nie, doakanlah kejayaan aku bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak…amiinnn….doa tanpa usaha pun x guna jugak kan…hehehe…


“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan diperlihatkan kesalahan kesalahannya” (Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

-THE OTHER SIDE OF ME-

WANITA IDAMAN LELAKI

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

-THE OTHER SIDE OF ME-

CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

-THE OTHER SIDE OF ME-

erti sebuah kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…


-THE OTHERSIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..