Saturday, August 7, 2010

Teguran Rasulullah Pada Abu Bakar r.a

Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. ketika lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut.

Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi marah lalu bangun dan diikuti oleh Abu Bakar r.a. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Ketika aku mulai membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mulai membalas kata-kata kasarnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Yang demikian itu aku tidak mau duduk bersama-sama dengan syaitan”.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: “Ya Abu Bakar! Terdapat tiga perkara yang benar yaitu:

1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.

2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawanannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.

3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.


-THE OTHER SIDE OF ME-

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..