Friday, February 26, 2010

JANGAN BODOH KERANA CINTA

KERANA CINTA ORANG SANGGUP BERBUAT APA SAJA. SEMUA YANG BURUK MENJADI INDAH, GELAP MENJADI TERANG, LAPAR MENJADI KENYANG. PENDEK KATA, CINTA BOLEH MENGUBAH SEGALANYA. IA INDAH IBARAT SYAIR. OLEH SEBAB BEGITU KUAT OENANGAN CINTA, KITA PERLU WARAS SEWAKTU MELALUINYA...

ramai orang menjadi 'kurang siuman' hingga sanggup 'dikorbankan'. sentiasa letakkan Allah sebagai kecintaan tertinggi , kemudian nabi, ibu ayah dan diri sendiri sebelum memberikan sekelumit cinta kepada seseorang yang ingin dicintai.

bukti cinta boleh membodohkan memang banyak. memang banyak sekali bukti kebodohan cinta berdasarkan peningkatan kes pembuangan bayi atau pengguguran sana sini.

bukti cinta yang membodohkan ini juga dapat dilihat pada 1265 orang terutamanya gadis kita yang ditahan diluar negara atas pelbagai kesalahan jenayah.

sebagai wanita, janganlah mudah mempercayai janji manis lelaki yang baru dikenali termasuklah teman lelaki. wanita adalah manusia emosi. mereka mudah terkesan oleh apa saja yang bermula dari emosi.

disinilah bagaimana lelaki yang mempunyai strategi mengambil kesempatan. mereka mempamerkan cinta untuk disambut dengan rela.kadang-kadang, dengan mempamerkan rasa sayang, wanita mudah terjebak untuk mudah mempercayai akhirnya jatuh cinta. keadaaan seperti ini menyebabkan wanita sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat kasih sayang yang telah dinikmati sebahagiannya itu.

bukti cinta membutakan memang berlaku di mana-mana.begitulah cinta, ia boleh menjadikan kita lebih bijak dengan matlamat membina kehidupan terbaik mengatasi manusia lain, tetapi ia juga boleh menjadikan kita amat bodoh dan membuat persepsi yang silap terhadap banyak perkara.

cinta tue mesti dilalui dengan ukuran agama, ia akan membuatkan pemikiran anda sentiasa waras. tanpa agama sebagai penimbal, cinta akan dilihat amat indah meskipun sebenarnya ia memualkan kerana telah membuatkan kita terjerumus ke lembah hina.

ukur setiap perasaan yang melanda hati anda dengan ukuran halal dan haram, pasti anda terpelihara san hidup segar dalam naungan cinta suci. sesungguhnya cinta bukanlah jijik, ia indah dan menarik untuk dinikmati dan dilalui dengan sejarah kehidupan yang indah dan juga menarik..

~THE OTHER SIDE OF ME~

No comments:

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..