Monday, November 15, 2010

buatmu wahai remaja

Ya Allah, Engkau yang menciptakan diriku, Engkau tahu tentang kelemahanku, Engkau tahu betapa nafsuku sentiasa bergelora, iblis dan syaitan yang sentiasa mengintai kelemahanku. Justeru itu, berilah kekuatan kepadaku, sepertimana Engkau telah berikan kekuatan kepada Yusof untuk menghadapi Zulaikha. Bantulah aku untuk menghadapi ujian gejolak nafsu keremajaan ini, bantulah aku untuk melentur nafsuku supaya sentiasa taat kepadaMu.

Ya Allah, rahmatMu seluas angkasa raya, keampunanMu mendahului azabMu. KasihMu lebih daripada kasih sayang seorang ibu. Limpahkanlah kasih sayangMu kepadaku.

Ya Allah, penuhilah hatiku dengan cintaMu, cinta kepada RasulMu, cinta untuk masuk ke syurgaMu. Amin ya rabbal ‘alamin..

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupku..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku padaNya..”

-THE OTHER SIDE OF ME-

No comments:

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..