Friday, July 23, 2010

hampir jatuh air mataku kerana sahabat

Aku kira, aku sangat cekal saat ini. Bukan memuji diri sendiri, sekadar mencetuskan satu episod yang paling bermakna dalam hidup. Aku berani berkata-kata. Bersungguh-sungguh menyampaikan pesan. Sering sahaja berbicara dari hati ke hati. Saling menziarah. Saling memberi. Sehingga sampai sekarang, episod demi episod itu masih terbayang-bayang. Terkenang-kenang. Terhidu-hidu.

Boleh jatuh air mata aku, sahabat. Mengenangkan segala-galanya, buat aku rasa..

Rasa sesuatu!

Rasakah kau apa yang aku rasa?

Persahabatan yang sukar aku gambarkan seperti apa. Coraknya bagaimana? Isinya macam apa? Terlalu manis. Mungkin kerana kita bersahabat bukan kerana rupa, harta, pangkat. Sama-sama bergerak memperbaiki diri, saling membuang hasad dengki, prasangka buruk, mudah memberi maaf, saling mempercayai, saling menyampaikan pesan dengan sabar dan kebenaran.

Ingatkah, kita pernah bertanyakan tentang pengisian jiwa demi pembaikan diri kita bersama. Semangat muda luar biasa.

Subhanallah.

Juga sampai satu ketika, kita berpelukan, menangis. Kerana satu hari tiba-tiba, terperangkap dengan hasutan syaitan, saling diam, dan masing-masing tak bertegur sapa. Hari itu juga, sama-sama menyatakan maaf, menghapuskan salah faham dan sengketa.

Kerana..kerana..

Kerana aku tak mungkin, tanpamu sahabat! Hati aku gelisah.. Jiwa aku ini resah..

Walaupun saat itu kita masih buta tentang teori persahabatan kerana Allah, namun hakikatnya kita sedang menjalani praktikalnya bersama-sama. Kerana itu, aku rasa kita bahagia. Terlalu.

tapi kini....aku dan kau sudah berbeza...mungkin kerana silapku....maafkan aku...



-THE OTHER SIDE OF ME-

No comments:

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..