Friday, July 23, 2010

SAD??? nope... hehe

KESEDIHAN..Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia,kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata,namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:

1.Bila kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh seseorang,mulalah kita menjadi negatif,terasa kekurangan diri..aku bodoh,aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu,aku ini..semua yang menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat kita merendah diri.

2.Bila ada negara yg di landa ribut,taufan spt di China skrg dan spt Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa tahun dulu..ramai yg terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu kita yg mendengar apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan keluarga tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah ramai yg simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan bantuan dari negara luar termasuk Msia.Sama juga seperti kawan2 kita yang sedang kesedihan kerana putus cinta,kena tipu,kehilangan org tersayang..kita cuba bantu mereka meredakan kesedihan atau berkongsi masalah mereka dengan nasihat dan kata2 positif.Inilah contoh bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.

Sebenarnya,Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kesedihan sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau kecelakaan pada diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya samada hendak membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila cinta putus di tengah jalan,ia sebenarya membawa seseorang itu ke titik permulaan dalam hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamerkan diri,dan bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa kemusnahan diri.Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan sebab itu jangan membuat keputusan dalamkeadaan kita yang tertekan.Pilihan ditangan kita.
Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh membaiki jiwa kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku hidup ini dengan tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita,...

'KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN'

Utk kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah ia..cambahkan ia,agar esok dapat memungut faedah kegembiraan darinya dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi..'

*Utk 'M' sekali lagi apa yg kau mahu aku lakukan, telah aku lakukan disini dan kau sendiri tahu bagaimana aku saat2 begini.


Utk kawan2 disini sbenarnya sy sendiri dalam kesedihan,Namun saya cuba pamerkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini sebagai pengubat/penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenaka saya,saya yg duka turut jd hepi.So,.............

BE HEPIIII.... ;) Hidup mesti diterus kan!

-THE OTHER SIDE OF ME-

No comments:

pemula segalanya

Photobucket

sekadar pingitan

Wanita solehah.. Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan.. Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan.. Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak.. Indah pekertimu,elok peribadimu.. Pastinya kau idaman lElAki budiman..Kau bakal serikandi terbilang.. Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman.. Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan.. Penyeri hidup kau & dia..